​​​​​​​​​​​​​​​​​(Maklumat dikemaskini pada 25 Mei 2023)


​​Jabatan Kastam Diraja Malaysia sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong atau pengembara ke Malaysia. Jabatan ini komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan profesional kepada semua pelancong atau pengembara dalam memberikan keselesaan dan kepuasan ketika berada di Malaysia dan apabila meninggalkan Malaysia. ​​ ​

Di bawah peruntukan Akta Kastam 1967 (Pindaan) 2019 dan Peraturan-Peraturan Kastam 2019, pelancong atau pengembara yang memasuki atau meninggalkan Malaysia dikehendaki mengisytiharkan semua barang yang boleh dikenakan cukai atau larangan atau amaun tunai dan instrumen boleh niaga pembawa (IBNP) dalam milikannya, samada yang dibawanya atau di dalam mana-mana bagasinya atau dalam mana-mana kenderaannya. Kegagalan untuk mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu adalah menjadi suatu kesalahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Akta Kastam 1967.
​​​ ​ ​
BARANG BERDUTI DAN KADAR CUKAI​​ ​ ​
Kadar duti/cukai untuk pelancong atau pengembara adalah tertakluk kepada Perintah Duti Kastam 2022 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018. Kadar duti/cukai ke atas barangan yang diimport bersama-sama orang yang masuk ke Malaysia atau dalam bagasi bagi tujuan bukan komersial (tidak termasuk kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan tiub) ditetapkan pada kadar duti/cukai seperti dalam peruntukan Perintah Duti Kastam 2022 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018.  ​​​ ​ ​

​​ ​ ​Kadar Duti/ Cukai​ ​ ​​

Kadar Duti Kastam Kadar Cukai Jualan​ ​​ Duti/ Cukai Yang Perlu Dibayar Oleh Pelancong Atau Pengembara​
Duti Import Cukai Jualan
Barang bercukai 10% 10% Tiada *
Barang tidak bercukai 10% Tiada ​​​Tiada *
Barang bercukai 5% ** 10% 5%
Barang tidak bercukai 5% ** Tiada 5%
Barang bercukai Spesifik *** 10% Spesifik
Barang tidak bercukai Spesifik *** tiada Spesifik

*Tertakluk kepada Perenggan 2(1)b, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018

** Tertakluk kepada Jadual 1, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018

*** Tertakluk kepada Jadual 1, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 

​​BARANGAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN DUTI / ​CUKAI KASTAM​ ​ ​
​​Berikut adalah barangan yang dikecualikan daripada pembayaran duti/cukai kastam bagi pelancong atau pengembara yang masuk ke Malaysia melalui semua mod pengangkutan KECUALI mod udara:​ ​ ​

KETERANGAN BARANG KUANTITI
Wain, spirit, bir atau minuman keras malt tidak melebihi 1 liter kesemuanya
Pakaian baru tidak melebihi 3 (tiga) helai
Kasut baru tidak melebihi 1 (satu) pasang
Penyediaan makanan nilai keseluruhan tidak melebihi RM150.00
Perkakas mudah alih elektrik atau bateri baharu untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 (satu) unit setiap satu
Semua barang selain barangan yang dinyatakan di atas (tidak termasuk tayar / tiub, rokok, produk tembakau, paip merokok (termasuk mangkuk paip), rokok elektronik / peranti pengewap elektrik peribadi yang serupa, penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan pengewapan elektrik peranti dalam bentuk cecair atau gel tidak mengandungi nikotin) ​jumlah nilai tidak melebihi RM500.00​​

Berikut adalah barangan yang dikecualikan daripada pembayaran duti/cukai kastam bagi pelancong atau pengembara yang memasuki Malaysia melalui mod udara:
KETERANGAN BARANG KUANTITI
Wain, spirit, bir atau minuman keras malt tidak melebihi 1 liter kesemuanya
Pakaian baru tidak melebihi 3 (tiga) helai
Kasut baru tidak melebihi 1 (satu) pasang
Penyediaan makanan nilai keseluruhan tidak melebihi RM150.00
Perkakas mudah alih elektrik atau bateri baharu untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 (satu) unit setiap satu
Semua barang selain barangan yang dinyatakan di atas (tidak termasuk tayar / tiub, rokok, produk tembakau, paip merokok (termasuk mangkuk paip), rokok elektronik / peranti pengewap elektrik peribadi yang serupa, penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan pengewapan elektrik peranti dalam bentuk cecair atau gel tidak mengandungi nikotin) jumlah nilai tidak melebihi RM1000.00
​​​ ​ ​

Rujukan:

Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 untuk syarat-syarat bagi pengecualian duti/cukai kastam.

https://lom.agc.gov.my/act-view.php?type=pua&no=P.U.%20(A)%20445/2017

https://mysst.customs.gov.my/SSTOrders


​​PEMBAYARAN DUTI PENUMPANG ( MOD UDARA ) ​ ​ ​
Bagi tujuan pembayaran Duti Penumpang, pembayaran hanya boleh dibuat melalui Kad Debit/Kad Kredit di kaunter Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang disediakan.​​ ​ ​
​​PENGISYTIHARAN WANG TUNAI DAN INSTRUMEN BOLEH NIAGA PEMBAWA (IBNP) ATAU KEDUA-DUANYA​ ​ ​
​​Di bawah peruntukan perundangan;​ ​ ​
​a. Seksyen 28 B (1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA);​ ​
​"Mana-mana Orang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dengan amaun tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa".​ ​

Oleh yang demikian, bagi pelancong atau pengembara yang memasuki atau meninggalkan Malaysia dengan membawa amaun tunai dan IBNP dengan jumlah melebihi atau bersamaan dengan USD 10,000.00 hendaklah mengisytiharkan di dalam Borang Kastam No. 7 yang disediakan di kaunter Kastam di semua pintu masuk dan keluar Malaysia.
​b. Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kastam 2019;​ ​
​"jumlah wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa, yang ada dalam milikannya, atau dalam mana-mana bagasinya atau dalam mana-mana kenderaannya, yang melebihi jumlah dikehendaki untuk diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia menurut Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Wang Tunai dan Instrumen Boleh Runding Pembawa)" hendaklah membuat akuan dalam Borang Kastam No. 7.​ ​

Mana-mana orang yang melanggar syarat-syarat tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.​ 

Bagi pelancong atau pengembara yang mengimport dan mengeksport Mata Wang Ringgit Malaysia (RM) yang melebihi had bersamaan USD 10,000, permohonan bagi kelulusan hendaklah dikemukakan kepada BNM melalui laman sesawang https://www.bnm.gov.my/submission-of-application dengan melengkapkan borang CN-RM (Ringgit Notes-Confiscation, Import and Export). Meskipun kelulusan telah diberi oleh BNM, pemohon masih dikehendaki untuk membuat​ pengisytiharan wang tunai termasuk Ringgit Malaysia dan instumen boleh niaga tunai melalui Borang Kastam No.7. ​

LARANGAN / SEKATAN MENGENAI IMPORT​​

Senarai barang larangan atau barang yang diimport ke Malaysia adalah tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023

https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/outputp/1809215/PUA117.pdf

​​​ ​LARANGAN / SEKATAN MENGENAI EKSPORT

Senarai barang larangan atau barang yang dieksport ke luar Malaysia adalah​ tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023

https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/outputp/PUA%20122.pdf

DADAH​​​ ​ ​

Di bawah Akta Kastam 1967 san Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman bagi perdagangan adalah hukuman mati mandatori.

Aktiviti import dan eksport dadah (cth: morfin, heroin, candu, ganja dsb) adalah DILARANG sama sekali. Ubat perskripsi hanya boleh diimport ke dalam atau dieksport keluar negara tertakluk kepada lesen / permit yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEMUDAHAN LORONG HIJAU / MERAH​​​ ​ ​
Lorong Green Lane adalah laluan kepada pelancong atau pengembara yang membawa barang yang tidak tertakluk kepada duti/cukai atau "Tidak ada apa-apa untuk diisytiharkan". Bagi pelancong atau pengembara yang membawa barangan berduti/bercukai perlu meneruskan perjalanan ke laluan Red Lane dan mengisytiharkan barangan yang dibawa. Penalti atau penjara akan dikenakan jika pelancong atau pengembara menyalahgunakan kemudahan ini di bawah undang-undang Malaysia.​​​ ​ ​
KEMUDAHAN JAMINAN / CAGARAN UNTUK PENGIMPORTAN SEMENTARA KEPADA PELANCONG / PENGEMBARA​​​ ​ ​
Jaminan / cagaran adalah kemudahan membuat pengimportan sementara bersyarat oleh pelancong atau pengembara yang memiliki barangan berduti/ bercukai. Tuntutan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pengimportan dan boleh dituntut semula di mana-mana pintu keluar negara. ​​​ ​ ​
KEMUDAHAN ATA CARNET​​​ ​ ​
ATA Carnet adalah dokumen yang diterima di peringkat antarabangsa debagai dokumen kastam dan dikeluarkan oleh pertubuhan / badan yang diberi tauliah oleh negara yang menjadi ahli konvensyen antarabangsa. Pengikraran borang kastam tidak perlu dibuat sekiranya dokumen ATA Carnet telah diperolehi daripada negara asal. ​​​ ​ ​
KEDAI BEBAS CUKAI KEPADA PELANCONG​​​ ​ ​
Kedai Bebas Cukai (KBC) diwujudkan untuk mempromosikan dan memajukan industri pelancongan di Malaysia. KBC membolehkan pelancong atau pengembara untuk membeli barang bebas duti/cukai di mana-mana KBC yang disediakan. Antara KBC yang tersedia adalah KBC lapangan terbang antarbangsa, KBC pelabuhan, KBC sempadan dan KBC negeri.  ​​​ ​​ ​
​​​ AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 (STA) 

Pelancong / pengembara yang meninggalkan Malaysia dengan barang strategik yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan 2 Jadual Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 dikehendaki mendapatkan permit di bawah Akta ini dan mengikrar kepada kastam di pintu keluar negara dengan menggunakan Borang Kastam No. 7.

Kegagalan mengemukakan permit dan / atau permit khas dan mengikrar kepada kastam untuk barang strategik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1), 9(2) dan 9(3) Akta Perdagangan Strategik 2010 dan apabila disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(4), 9(5) dan 9(6) Akta yang sama.

Senarai barang strategik boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.customs.gov.my dan maklumat ringkas mengenai Akta Perdagangan Strategik 2010 boleh diperolehi dari www.miti.gov.my .​







​​