Profil Bahagian

Pendahuluan

Bahagian KPSM di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian (Gred VU7) dan dibantu oleh enam (6) orang Timbalan Pengarah (Gred 54). Bahagian ini dibahagikan enam (6) Cawangan seperti berikut:-

  1. Cawangan Khidmat Pengurusan
  2. Cawangan Perkhidmatan dan Latihan
  3. Cawangan Pengurusan Perolehan
  4. Cawangan Pengurusan Kewangan
  5. Cawangan Logistik
  6. Cawangan Akaun

Objektif Bahagian KPSM

  1. Mentadbir dan mengurus hal ehwal pengurusan sumber manusia dan kewangan Jabatan
  2. Membangunkan Jabatan dengan mengkaji dan merancang keperluan sumber tenaga manusia secara optimum.
  3. Mengurus sumber manusia dari aspek pengambilan, kenaikan pangkat dan penempatan anggota Jabatan
  4. Mengurus penilaian prestasi kakitangan Jabatan dari segi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  5. Mengurus perancangan perolehan Jabatan.
  6. Mengurus perancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dan pelaksanaan projek pembangunan Jabatan.
  7. Mengurus perancangan bajet dan peruntukan kewangan bagi perbelanjaan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Jabatan.
  8. Mengurus perakaunan Jabatan.
  9. Menggubal dan mengemaskini perintah-perintah dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan hal ehwal manusia, pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.
  10. Melaksanakan naziran berprogram ke negeri-negeri dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal sumber manusia dan kewangan.

Fungsi Bahagian

    Cawangan Khidmat Pengurusan (PTD M54)

  1. Bertanggungjawab ke atas urusan pengurusan pentadbiran Ibu Pejabat dan Negeri
  2. Mengurus dan mengendali peperiksaan Jabatan seperti Peperiksaan Perkhidmatan, Peperiksaan KPSL dan Peperiksaan Ejen Cukai GST.
  3. Menyelenggara dan mengemaskini data HRMIS.
  4. Memproses permohonan, pengeluaran dan pelupusan Kad kuasa Kastam bagi anggota berunifom Gred W17 ke atas.
  5. Mengurus, menyedia dan menyemak Penyata Perubahan (Kew.8), permohonan elaun pelbagai, perubatan dan lain-lain kemudahan yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam.
  6. Mengurus penerimaan dan pengedaran surat menyurat Ibu Pejabat.
  7. Mengurus kenderaan Ibu Pejabat, kenderaan SPANCO (termasuk negeri) dan permohonan mengunakan kenderaan.
  8. Menyelenggara bangunan dan kemudahan pejabat.
  9. Mengurus percetakan dan pengedaran perintah-perintah dan pekeliling.
  10. Mengurus keperluan pakaian seragam pegawai Ibu Pejabat.
  11. Mengurus Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Surat Pergerakan Gaji Tahunan anggota JKDM.
  12. Mengurus pencalonan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri serta pengiktirafan lain.

     

    Cawangan Perkhidmatan Dan Latihan (PTD M54)

  1. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan JKDM.
  2. Menyelenggara dan mengemaskini data perjawatan pegawai dan memproses permohonan perintah penempatan dan pertukaran pegawai.
  3. Bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan, pengesahan dalam jawatan, kenaikan pangkat dan pemangkuan, kemasukan dalam jawatan pencen bagi anggota JKDM dan gunasama.
  4. Menyusun semula dan memperkukuhkan organisasi dengan menyediakan perkhidmatan yang cepat, cekap, adil dan berkesan selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
  5. Mengubal dasar pengurusan sumber manusia dan skim-skim perkhidmatan di JKDM.
  6. Mengubal dan mengurus dasar latihan anggota melalui ‘training needs’ serta kemajuan kerjaya anggota JKDM dan gunasama.
  7. Menyedia dan menyusun penggunaan sumber manusia secara optimum melalui keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian melalui dasar latihan, pelan strategik dan konsep bagi mencapai objektif organisasi.

     

    Cawangan Pengurusan Perolehan (PTD M54)

  1. Merancang dan menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi JKDM.
  2. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan kontrak-kontrak perolehan JKDM.
  3. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek fizikal dan bukan fizikal JKDM.
  4. Merancang, mengurus dan mengawal peruntukan pembangunan JKDM.
  5. Memberi bantuan khidmat nasihat berkaitan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada JKDM Negeri.

     

    Cawangan Pengurusan Kewangan ( PTD M54)

  1. Menyedia dan mengurus bajet tahunan JKDM.
  2. Menyemak dan mengurus keperluan tambahan bajet JKDM.
  3. Mengurus dan mengawal perbelanjaan tahunan dan pembayaran Jabatan.
  4. Mengeluar waran peruntukan bagi belanja mengurus dan pembangunan.
  5. Mengurus semua pembayaran bagi semua perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang ditanggung kepada vot Ibu Pejabat.
  6. Mengkaji sistem pengurusan kewangan dari masa ke semasa bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan Jabatan.

     

    Cawangan Logistik (Gred 54)

  1. Mengurus Aset Alih dan Aset Hidup Kerajaan melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.
  2. Memantau, menyelia dan memastikan aset-aset Jabatan yang diperolehi daripada peruntukan Jabatan ditadbir dan diselia dengan baik serta tidak disalahgunakan.
  3. Mengurus dan menyelia urusan perolehan dan pengedaran barangan serta peralatan di Stor Pusat kepada Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  4. Mengurus permohonan dan perakuan pelupusan aset dan inventori Jabatan.
  5. Membuat pemeriksaan Inventori dan Verifikasi Stok Bekalan Pejabat serta menyediakan laporan-laporan pemeriksaan harta modal, inventori dan bekalan pejabat mengikut prosedur yang ditetapkan.
  6. Mengkaji serta membuat perancangan perolehan aset-aset yang diperlukan Jabatan.
  7. Mengumpul, mengemaskini dan menyediakan laporan mengenai maklumat semua aset Jabatan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan.

       

      Cawangan Akaun ( GRED W54)

    1. Mengurus, menyemak dan menyelaras data kewangan serta menyediakan Penyata Kewangan JKDM.
    2. Merancang, membuat naziran dan auditan tunai di PTJ, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi bayaran dan terimaan.
    3. Memproses baucer bayaran, menyemak dan mengakaun penyata pemungut melalui EDI, pinjaman dan bayaran gaji, elaun, pendahuluan diri serta menyelenggara vot JKDM.
    4. Mengurus operasi harian serta memastikan kerja-kerja cetakan dilakukan dengan sempurna dan mengakaunkan penyata melalui laporan harian SMK dan Penyata Harian Bank Negara.
    5. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkaitan pelaksanaan sistem eSPKB serta menyelaras semua aduan mengenai tatacara perakaunan.
    6. Melaksanakan program latihan mengenai sistem perakaunan secara berterusan.

    Piagam Pelanggan Bahagian KPSM

      Piagam Pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia

    • Menyiapkan kertas perakuan kenaikan pangkat pegawai yang sedang memangku dalam tempoh 12 bulan pemangkuan.
    • Menguruskan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) diselesaikan pada bulan Mac setiap tahun.
    • Mengurus Peperiksaan Perkhidmatan dan Peperiksaan KPSL dalam tempoh 90 hari bekerja mulai tarikh peperiksaan sehingga keluar keputusan.
    • Memproses dokumen tender/sebutharga dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tutup tender/sebutharga ke atas tender yang tidak melibatkan jawatankuasa penilaian.
    • Memproses bayaran kepada penerima bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh baucer lengkap diterima sehingga EFT dihantar ke bank.
    • Menguruskan pendaftaran setiap aset alih dan aset hidup kerajaan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pengesahan penerimaan beserta punca maklumat yang lengkap diterima.

      Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan seperti berikut :

    • Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil dan tanpa penyelewengan.
    • Mendapatkan kelulusan dalam standard masa yang ditetapkan.
    • Diberi peluang untuk membuat aduan dan rayuan.