1. Kawalan Ke Atas Premis
     Kawalan adalah secara dokumentari. Pihak syarikat hendaklah menyimpan rekod-rekod  seperti berikut:
  • Buku dan rekod yang diarahkan oleh Ketua Pengarah
  • Bahan-bahan mentah dan bahan-bahan lain yang digunakan dalam pengilangan yang disimpan dalam premis berlesen, yang dikeluarkan untuk pengilangan dan yang disimpan dalam stok
  • Keluaran separa siap atau sebahagiannya telah siap dalam pengilangan
  • Sisa-sisa keluaran
  • Keluaran siap yang dikilang, disimpan dan dipindahkan dari premis pengilang (Lampiran A Penyata Bulanan Eksais)

2. Kaedah Kawalan Produk Minuman Bergula
  • Setiap bungkusan minuman bergula hendaklah dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Kandungan total sugar hendaklah dinyatakan dengan jelas pada label tersebut.
  • Sijil Makmal (lab report) yang dikeluarkan oleh makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).

3. Perubahan dalam proses pengilangan, tambahan produk, kawasan pengilangan hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dengan disertakan ratio penggunaan bahan mentah      dan barang siap. Sebarang penambahan produk dan kawasan pengilangan hendaklah dipohon untuk kelulusan terlebih dahulu kepada stesen pengawal. 


4. Laporan oleh Pelesen
     Laporan ke JKDM negeri. Setiap pelesen hendaklah mengemukakan laporan bulanan berikut ke stesen yang mengawal setiap bulan berikutnya.
  • Laporan penggunaan bahan mentah (Lampiran B Penyata Bahan Mentah)
  • Laporan pengeluaran barang siap (Lampiran A Penyata Bulanan Eksais)

5. Laporan Tahunan
    Stesen Pengawal hendaklah mengemukakan ke Ibu Pejabat satu Laporan Tahunan berkaitan dengan:
  • Jumlah penggunaan bahan mentah,  
  • Jumlah keluaran barang siap, harga barang siap, jumlah duti yang dibayar

6. Tanggungjawab Pelesen
  • Mematuhi Akta, peraturan dan arahan Ketua Pengarah
  • Mematuhi peruntukan undang-undang lain yang berkait dengan perniagaannnya
  • Mempamerkan lesen ditempat yang sesuai
  • Menyimpan rekod-rekod perniagaan
  • Buku, rekod dan daftar hendaklah disimpan selama 7 tahun
  • Membayar cukai
  • Memohon dan mendapatkan kelulusan terhadap sebarang pindaan pada proses pengilangan,jenis produk, jenama,  plan, bangunan, pindah milik, pindah premis, perubahan                pada  pemilikan, kebrankapan, pelikuidasi.

7. Pembayaran Duti Eksais
  • Borang yang akan dikeluarkan dari kilang diikrar dalam borang Eksais 7.
  • Pembayaran di kaunter Juruwang JKDM di stesn yang mengawal kilang.
  • Pembayaran Cek (Beserta Jaminan Bank)/ Bank Deraf atas nama Pengarah Kastam Negeri.
  • Barang-barang hanya boleh dikeluarkan dari kilang/gudang setelah duti eksais dibayar.