Gudang berlesen (GB) merupakan lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 bertujuan untuk penyimpanan barangan berduti/cukai dan barangan lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam. Barangan yang digudangkan ini pembayaran duti dan cukainya ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk dieksport semula.
Terdapat 4 kategori GB seperti berikut :-
a. Gudang Berlesen Awam (GBA)
b. Gudang Berlesen Persendirian (GBP)
c. Gudang Berlesen PEKEMA (GB PEKEMA)
d. Gudang Berlesen Awam Pelabuhan / Lapangan Terbang (GBA Pelabuhan /Lapangan Terbang)