Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM)
(Maklumat dikemaskini sehingga 31 Januari 2021)
1. PENDAHULUANSeiring dengan perkembangan teknologi dan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan merentasi sempadan terutamanya melalui platform e-dagang, JKDM mengambil inisiatif dengan membangunkan dan melaksanakan penggunaan Sistem Pre-Alert Manifest (ePAM) secara elektronik untuk meningkatkan kepantasan, kecekapan serta memperkemaskan lagi prosedur pelepasan kastam. Sistem ePAM membolehkan syarikat perkhidmatan kurier membuat pengikraran import yang dipermudahkan bagi beberapa pengimport sekaligus sebelum ketibaan barang. Pelaksanaan ePAM diharap dapat mempercepatkan proses pelepasan barangan dan seterusnya meningkatkan fasilitasi perdagangan.
2. SKOPePAM hanya terpakai bagi pelepasan kastam melalui mod udara yang dikendalikan oleh syarikat perkhidmatan kurier yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah:
i. Akta Perkhidmatan Pos 2012
ii. Peraturan-Peraturan perkhidmatan Pos (Pelesenan) 2015
iii. Unit Kawalan Ejen JKDM negeri
3. TATACARA PELAKSANAAN(1) Syarikat perkhidmatan kurier diwajibkan menggunakan sistem ePAM untuk membuat pengikraran Pre-Alert Manifest secara elektronik bagi barang yang diimport ke Kawasan Utama Kastam melalui:
i. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ii. Lapangan Terbang Antarabangsa bayan Lepas, Pulau Pinang
iii. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
iv. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
v. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
vi. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
vii. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Shah, Subang, Selangor
(2) Syarikat perkhidmatan kurier hendaklah mengemukakan ePAM kepada JKDM tidak kurang daripada dua (2) jam sebelum ketibaan pesawat. Walaubagaimanapun, bagi negara-negara yang mempunyai tempoh penerbangan kurang daripada 2 jam, ePAM dibenarkan dikemukakan dalam tempoh 2 jam selepas ketibaan pesawat.
(3) ePAM mestilah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:
i. Nama syarikat perkhidmatan kurier
ii. Nombor pesawat
iii. Tarikh Import/Eksport
iv. Pelabuhan/lapangan terbang dimuatkan
v. Nombor Air Waybill
vi. Nama dan alamat pengimport
vii. Nama dan alamat pengeksport
viii. Jumlah barangan dalam konsaimen
ix. Berat bungkusan
x. Nilai dagangan (CIF)
xi. Diskripsi dagangan
xii. Kod Tariff (6 Digit)
xiii. Country of origin
(4) Penghantaran maklumat ePAM perlu menggunakan format yang ditetapkan mengikut platform yang dipilih sama ada DFTZ atau NSW. Syarikat perkhidmatan kurier hanya dibenarkan untuk membuat penghantaran maklumat ePAM melalui satu platform sahaja pada satu-satu masa.
(5) Pelepasan segera
Pelepasan segera boleh diberikan ke atas barang yang memenuhi kriteria berikut:
i. Barang yang diklasifikasikan sebagai surat atau dokumen
ii. Nilai barang yang tidak melebihi RM500.00 CIF (Cost, Insurance, Freight) per konsaimen yang layak mendapat
pengecualian duti/cukai kecuali rokok, tembakau dan minuman keras seperti yang ditetapkan dalam a. Butiran 94, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017; dan
b. Butiran 24, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran cukai) 2018
iii. Berat bagi setiap satu bungkusan adalah tidak melebihi 30 kilogram (kg)
iv. Barang tidak tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
Selain daripada pelepasan segera, pelepasan barang hendaklah dibuat melalui Borang K1.
PERTANYAANSebarang pertanyaaan atau keterangan lanjut mengenai panduan ini sila berhubung dengan:
Bahagian Perkastaman
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Aras 4 Utara,
Kompleks Kementerian Kewangan No. 3, Persiaran Perdana, Presint 2,
62596, Putrajaya
Tel: 03 - 8882 2873/2384