​​​​​​​​​

​1. ​​Aktiviti subkontrak merujuk kepada pemindahan atau pergerakan bahan mentah / komponen dari syarikat GPB ke syarikat subkontraktor dengan kelulusan pejabat kastam. Pemindahan tersebut adalah untuk kerja subkontrak bagi menyelesaikan proses pengilangan tertentu dan setelah selesai ianya akan dibawa balik semula ke syarikat GPB berkenaan atau dieksport terus dari premis subkontraktor.
​2. ​​​Kerja subkontrak boleh dilakukan di antara syarikat GPB dengan syarikat pengilangan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956:
​2.1 ​​ ​Syarikat GPB dengan syarikat GPB lain
​2.2 Syarikat GPB dengan syarikat di dalam Zon Perindustrian Bebas.​​ ​
​2.3 Syarikat GPB dengan syarikat di dalam Kawasan Utama Kastam.​​ ​
​​2.4 Syarikat GPB dengan syarikat di luar Negara (keperluan pendaftaran di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai).​​​ ​
​3.​​​Garis panduan kerja subkontrak;
​3.1 Permohonan subkontrak di dalam Negara:
Nilai​ ​bahan mentah / komponen yang boleh dihantar untuk kerja subkontrak adalah tidak melebihi 50% daripada nilai pengeluaran sebenar ATAU tidak melebihi 50% daripada proses keseluruhan pengilangan barang siap.​​
​3.2 ​Permohonan subkontrak di luar Negara:
Nilai bahan mentah / komponen yang boleh dihantar untuk kerja subkontrak adalah tidak melebihi 30% daripada nilai pengeluaran sebenar ATAU tidak melebihi 30% daripada proses keseluruhan pengilangan barang siap. Sekiranya melebihi 30%, kelulusan hendaklah diperolehi daripada SME Corporation Malaysia terlebih dahulu.
​3.3 ​Syarikat GPB dibenarkan menghantar bahan mentah / komponen yang diimport terus kepada syarikat subkontraktor dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. Borang Kastam No. 1 (K1) hendaklah digunakan dan syarikat GPB berkenaan bertindak sebagai konsaini (pengimport). Pengecualian duti import dan pelepasan cukai jualan hendaklah dituntut di atas nama syarikat GPB berkenaan.
​3.4 ​Syarikat GPB juga dibenarkan mengeksport terus barang siap dari premis subkontraktor dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. Borang ikrar eksport (K2) hendaklah digunakan dan syarikat GPB berkenaan bertindak sebagai konsainor (pengeksport).
​3.5 ​Permohonan subkontrak hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkastaman / Ketua Cawangan dengan menggunakan format di Lampiran G1 beserta carta aliran proses kerja pengilangan dan dokumen sokongan yang berkaitan.​
​3.6 Syarikat GPB hendaklah mengemukakan penyata bulanan pergerakan / pemindahan bahan mentah dan komponen untuk kerja subkontrak kepada stesen kastam yang mengawal syarikat tidak lewat dari 28 haribulan bulan berikutnya menggunakan Lampiran H.
​3.7 Syarikat GPB dibenarkan menerima kerja subkontrak daripada syarikat dinyatakan di Para 2 di atas. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkastaman / Ketua Cawangan dengan menggunakan format seperti di Lampiran G3 untuk pertimbangan selanjutnya. Surat kelulusan memberi kerja subkontrak daripada stesen kastam yang mengawal syarikat penghantar hendaklah disertakan sebagai dokumen sokongan. Walau bagaimanapun keperluan ini tidak terpakai bagi syarikat yang menerima kerja subkontrak daripada luar Negara.
​3.8 Syarikat GPB tidak dibenarkan memberi kerja subkontrak ke atas kerja subkontrak yang diterima kepada syarikat lain. Semua kerja hendaklah dilakukan dalam premis Syarikat GPB yang diluluskan sahaja.
​3​.9 Pemindahan bahan mentah / komponen dari Syarikat GPB untuk tujuan subkontrak hendaklah diikrar mengunakan borang yang ditetapkan. Pengecualian duti import (jika berkenaan) boleh dituntut di bawah Butiran 85, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 manakala pengecualian cukai jualan dituntut di bawah Butiran 54 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan.
​4. ​​Borang yang perlu diikrar bagi tujuan pergerakan bahan mentah / komponen / barang separuh siap bagi tujuan kerja subkontrak adalah seperti berikut.
​4.1 Pergerakan daripada syarikat GPB ke syarikat sub kontraktor;
​​No. Syarikat Sub Kontraktor Dokumen Ikrar
​a. GPB GPB 1
​b. ZPB Borang Kastam No. 2 (K2)
​c. KUK Borang kastam No. 9 (K9)
​d. Luar Negara Borang Kastam No​. 2 (K2)
​​ ​
​4.2​​ ​Pergerakan daripada syarikat sub kontraktor ke syarikat GPB;
​No.​​Syarikat Sub Kontraktor​Dokumen Ikrar
​a.​GPBGPB 1
​b.​ZPB​Borang Kastam No. 1 (K1)
​c.​KUKInvois dan Delivery Order (DO)
​d.​Luar NegaraBorang Kastam No. 1 (K1)
​ ​