Profil Bahagian

Bahagian Pengurusan Pematuhan

Latar Belakang

  1. Bahagian Pengurusan Pematuhan merupakan salah satu bahagian penting di dalam organisasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bekerjasama dengan bahagian-bahagian di dalam jabatan yang melaksanakan tugas-tugas pungutan hasil, penguatkuasaan, penjenisan, penilaian, pengurusan risiko dan perundangan. Aktiviti pematuhan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) (TKPK (P&P)) yang secara langsung bertanggung jawab kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia (KPK).
  2. Bahagian Pengurusan Pematuhan bertanggung jawab melaksanakan pengauditan ke atas auditi bagi memastikan segala perundangan yang ditadbir oleh kastam dipatuhi serta cukai diikrar dan dibayar dengan betul dan tepat. Pengauditan adalah alat pengurusan pematuhan yang penting sebagai proses perancangan, penyusunan dan pengawalan untuk membangunkan strategi pengurusan pungutan hasil yang profesional, cekap dan berkesan.
  3. Objektif Bahagian Pengurusan Pematuhan adalah:
  • • Mentadbir dan menguatkuasa program pengauditan secara tersusun dan berkesan.
  • • Menentukan pengikraran dan pembayaran cukai yang dibuat oleh auditi adalah betul dan tepat.
  • • Mempromosi pematuhan kendiri dan mendidik pembayar cukai untuk mengikrar dan membayar cukai dengan dengan tepat dan betul.
  • • • Mempromosi pematuhan sukarela (voluntary Compliance) kepada pembayar cukai melalui kewujudan atau kehadiran pegawai audit JKDM.
Objektif
  1. Menjalankan auditan yang sistematik dan terancang ke atas pelesen/ pengimport bagi memastikan cukai/duti kastam dipungut dengan tepat dan betul serta memberi khidmat nasihat berkaitan perkastaman.
  2. Memastikan syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah perundangan kastam dan pengimport memahami dan mematuhi perundangan serta peraturan perkastaman yang berkaitan

Fungsi Bahagian

Bahagian Pematuhan JKDM terdiri daripada 2 peringkat (tier) iaitu Ibu Pejabat dan zon/negeri.

  1. 1. Bahagian Pengurusan Pematuhan, Ibu Pejabat
  2. Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan Ibu Pejabat (Ph. BPP) adalah pegawai kanan kastam yang mengetuai Bahagian Pengurusan Pematuhan Ibu Pejabat. Bahagian Pengurusan Pematuhan terdiri dari Cawangan Dasar dan Teknikal Audit, Cawangan Jaminan Kualiti Audit (CJKA) dan Cawangan Pendidikkan Masyarakat dan Pelanggan (CPMP).
  3. • Cawangan Dasar dan Teknikal Audit (CDTA)
  4. CDTA diketuai oleh Timbalan Pengarah. Fungsi utama CDTA adalah mengubal dasar dan polisi audit JKDM, menyediakan mengemaskini MAP dan PETUa, merancang dan melaksana operasi khas, mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan bahagian lain dan agensi kerajaan yang berkaitan dan menjadi tempat rujukan serta membuat keputusan bagi isu-isu pengauditan yang dibangkitkan oleh zon dan negeri.
  5. • Cawangan Jaminan Kualiti Audit (CJKA)
  6. CJKA diketuai oleh Timbalan Pengarah. Fungsi utama CJKA adalah membuat semakan semula dan penilaian keatas laporan audit kawalan kualiti serta memberi maklum balas kepada pengurusan tertinggi jabatan berkenaan prestasi pegawai audit secara individu, prestasi bahagian dan cawangan di zon dan negeri. Mengkaji dan menyediakan laporan keatas rayuan pembayar cukai berkaitan remisi/penalty/compound/pembatalan dan ansuran Bil of Demand (BOD).
  7. • Cawangan Pendidikan Masyarakat dan Pelanggan (CPMP)
  8. CPMP diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I . CPMP bertindak sebagai urussetia BPP. Antara fungsi utama CPMP merancang, menyedia, menerima dan menghantar laporan prestasi pencapaian Key Performance Index (KPI) ke bahagian perancangan korporat. Merancang dan melaksanakan program outreach ke zon dan negeri. Merancang dan melaksanakan permohonan belanjawan BPP.

  9. 2. Bahagian Pematuhan Zon/Negeri.
  10. Organisasi Bahagian Pematuhan Zon/Negeri

  11. Bahagian Pematuhan di peringkat zon/negeri adalah di bawah seliaan Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon (Pen. KP. Zon) atau Pengarah Kastam Negeri (PKN) dan diketuai oleh:

  12.  Pengarah Operasi Pematuhan Zon Tengah gred Jusa C bagi Zon Tengah dan cawangan diketuai Timbalan Pengarah Kastam Zon gred WK54.

  13.  Timbalan Pengarah Kastam Negeri gred WK54 bagi zon/negeri yang diketuai oleh pengarah berjawatan Jawatan Utama Sektor Awam B (JUSA B)/Jawatan Utama Sektor Awam C.

  14.  Penolong Kanan Pengarah Kastam I gred WK52 bagi negeri yang diketuai oleh pengarah berjawatan gred WK54.

  15. Fungsi Bahagian Pematuhan di peringkat zon/negeri:

  16. • Menerima arahan untuk menjalankan pengauditan ke atas auditi dan menyediakan laporan pengauditan dan syor tindakan.

  17. • Memberi khidmat nasihat dan meningkatkan kefahaman auditi berkaitan peranan dan tanggungjawab auditi seperti yang diperuntukkan dalam akta dan peraturan yang ditadbir oleh jabatan.

  18. • Memastikan sasaran-sasaran yang ditetapkan dapat dicapai selaras dengan perancangan tahunan/ KPI.

  19. • Menyemak dan meneliti permohonan rayuan yang diterima daripada orang yang diaudit sebelum dihantar ke BPP Ibu Pejabat.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan

  1. • Memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 24 jam ke atas maklumat dan aduan awam yang diterima.
  2. • Menyampaikan notis kepada auditi untuk mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengauditan siap bagi kes yang tidak melibatkan tuntutan dan tindakan perundangan.