​​

​1.​​S​esuatu kawasan itu sah menjadi zon bebas setelah diisytiharkan oleh YB Menteri Kewangan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990.
​2.​Permohonan untuk menjadikan sesuatu kawasan sebagai zon bebas hendaklah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.
3.​​Pemohon hendaklah mengemukakan satu kertas kerja kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan disalinkan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat bagi tujuan mendapat kelulusan secara dasar ke atas permohonan zon bebas.
4.​​Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
​i.​Lokasi kawasan dan keluasan kawasan;
​ii.​Status tanah (guna tanah / pemilikan tanah);
​iii.​Aktiviti yang ingin dijalankan (business model);
​iv.​Jenis barang dan perkhidmatan yang terlibat;
​v.​Justifikasi permohonan kawasan sebagai zon bebas;
​vi.Perancangan pembangungan perniagaan (business development planning) untuk memajukan kawasan;
​vii.​Daya maju perniagaan (business viability);
​viii.​Sumber kewangan;
​ix.​Jangkaan pulangan pelaburan (return on investment);
​x.​Maklumat syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah / pemegang saham;
​xi.​Impak terhadap ekonomi, sosial, keselamatan dan persekitaran;
​xii.​Surat sokongan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan lain-lain; dan
​xiii.Lain-lain maklumat lanjut yang diperlukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.​
​5.​Setelah dipersetujui oleh YB Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Melaysia akan mengeluarkan surat kelulusan secara dasar bagi tujuan pewartaan.
​6.​Pemohon hendaklah berurusan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan penyediaan pelan warta dan berhubung terus dengan JKDM Negeri bagi urusan keperluan kawalan kastam di kawasan yang terlibat.
​7.​Kawasan yang dipohon adalah sah sebagai zon bebas setelah diisytihar dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. Mana-mana kawasan yang tidak diwartakan adalah dianggap sebagai berada di dalam KUK.
​8.​YB Menteri Kewangan akan melantik Pihak Berkuasa Zon selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 3(2) Akta Zon Bebas 1990. Pihak Berkuasa Zon hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab mentadbir, menyenggara dan mengendali kawasan zon bebas yang telah diwartakan.