|
|
-
KALENDAR AKTIVITI
Lihat Aktiviti Terkini
-
AGENSI
Lihat Laman Sesawang Agensi-Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan Lain Disini
-
ADUAN & CADANGAN
Sistem Aduan Awam
-
REGISTER
|
LOGIN
GST shall be levied and charged on the taxable supply of
-
CHECK WITH EXPERT
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
GST CALCULATOR
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
MUAT TURUN
Muat Turun Dokumen/Borang Disini
|
Page Content
Profil Bahagian
BAHAGIAN KASTAM
PENDAHULUAN
Bahagian Kastam di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia adalah diketuai oleh seorang Pengarah Kastam ( Gred VU7) yang dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah Kastam (Gred 54) . Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan dan sebelas (11) unit. Kedua-dua (2) Cawangan tersebut adalah seperti berikut:
1. Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian
- Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan
- Unit Pengurusan & Kawalan Kemudahan & Insentif
- Unit Pengurusan Pelesenan Pangkalan Data
- Pengurusan & Kawalan Zon Perindustrian & Zon Perdagangan Bebas
- Unit Pengurusan & Kawalan Gudang Pengilangan Berlesen
2. Cawangan Import/Eksport & Kawalan Sempadan
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Import
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Eksport
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai/Kedai Bebas Cukai
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Penumpang/Kawalan Sempadan
- Unit Analisis & Dasar Percukaian
- Unit Komitmen Antara Agensi
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Melaksanakan dasar-dasar mengenai perindustrian, import, eksport dan kawalan sempadan yang ditetapkan oleh jabatan dan kerajaan.
- Membangunkan prosedur perindustrian, import, eksport dan kawalan sempadan selaras dengan dasar-dasar jabatan dan kerajaan.
- Mengkaji semula dasar dan prosidur berkenaan supaya prosidur kastam dipertingkatkan, dipermudahkan serta menjadi lebih telus.
- Memberi kerjasama dan fasilitasi kepada agensi kerajaan yang lain.
- Melaksanakan komitmen dan kerjasama antarabangsa dengan World Customs Organization (WCO), Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), World Trade Organization (WTO) dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) serta 'Free Trade Agreements' dengan negara-negara lain.
- Memberi panduan kepada anggota jabatan di barisan hadapan bagi melaksanakan dasar dan prosedur perkastaman dengan cekap.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN KASTAM
Fungsi Bahagian
FUNGSI BAHAGIAN KASTAM
1. CAWANGAN FASILITASI PERDAGANGAN / PERINDUSTRIAN
1.1 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN PENGGUDANGAN
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar , perundangan dan prosedur berkaitan dengan aktiviti penggudangan.
-
Menimbang dan memperakukan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Awam dan Depoh Pelepasan Dalaman (ICD) kepada Perbendaharaan untuk kelulusan.
-
Menimbang dan meluluskan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Persendirian.
-
Menimbang dan meluluskan permohonan remisi duti / cukai di bawah seksyen 18 Akta Kastam 1967 dan seksyen 33 Akta Cukai Jualan 1972.
-
Memantau aktiviti penggudangan dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang/pelabur.
1.2 UNIT PENGURUSAN KAWALAN KEMUDAHAN DAN INSENTIF
-
Mengkaji polisi, perundangan dan prosedur berkaitan dengan pengecualian duti / cukai yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
-
Mengkaji amalan perdagangan dan perindustrian global bagi mengenalpasti penambahbaikan kemudahan yang boleh diberikan.
-
Menimbang dan memperakukan permohonan syarikat-syarikat untuk diiktirafkan status Authorised Economic Operator (AEO).
-
Memperaku permohonan remisi duti/cukai untuk barangan yang memperolehi pengecualian oleh Menteri Kewangan. (Seksyen 14A Akta Kastam 1967).
-
Mengadakan program kesedaran mengenai dasar-dasar terkini untuk meningkatkan pengetahuan dan pematuhan oleh syarikat/pengilang.
1.3 UNIT PENGURUSAN PANGKALAN DATA PERKASTAMAN
-
Merancang pengumpulan data maklumat dan mengumpul data berkaitan perkastaman.
-
Membangunkan petunjuk risiko aktiviti perkastaman.
-
Menjalankan analisis data untuk mengenalpasti potensi, trend dan kelemahan aktiviti perkastaman.
-
Menyedia dan membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan mengikut keperluan.
-
Menyalurkan maklumat ke negeri / stesen profil risiko dan arahan berjaga-jaga.
-
Menyediakan laporan buletin statistik, laporan suku tahun dan laporan tahunan.
1.4 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN ZON PERINDUSTRIAN DAN ZON PERDAGANGAN BEBAS
-
Mengkaji dasar, perundangan dan prosedur berkaitan Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Membuat penambahbaikan berkaitan peraturan / prosedur di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memantau aktiviti di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memproses permohonan kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan aktiviti nilai tambah di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.
-
Memproses permohonan pengecualian duti ke atas 'manufacturing aids'.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.
1.5 UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN
- Merangka, memperaku, mengkaji dan menyelaras dasar, prosedur dan aktiviti berkaitan Gudang Pengilangan Berlesen.
- Memantau aktiviti Gudang Pengilangan Berlesen dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan yang dilakukan serta mengambil tindakan penambahbaikan ke atas sistem pemantauan dan kawalan.
- Mengkaji dan memproses permohonan aktiviti nilai tambah, kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan penjualan 'replacement parts' sebagai alatganti.
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.
2. CAWANGAN IMPORT/EKSPORT DAN KAWALAN SEMPADAN
2.1 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN IMPORT
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti import / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.
-
Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.
-
Meluluskan permohonan lanjutan tempoh masa untuk kemudahan import sementara dan ATA Carnet.
-
Meluluskan penggunaan Bon Am.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.
2.2 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN EKSPORT
-
Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti eksport / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.
-
Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.
2.3 UNIT PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN KAWALAN PULAU BEBAS CUKAI (PBC) / KEDAI BEBAS CUKAI (KBC)
-
Merangka, memantau, menyelaras dan memperaku dasar, perundangan, fasilitasi serta prosedur berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Memproses permohonan remisi / pemusnahan dibawah seksyen 18 Akta Kastam 1967.
-
Merangka dasar dan mengurus aktiviti lesen import ke atas rokok dan minuman keras.
-
Meluluskan permohonan baru bagi lesen mengimport rokok dan minuman keras.
-
Merangka dasar dan mengurus aktiviti Had Gerakan.
-
Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.
-
Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan PBC dan KBC.
2.4 UNIT PENGURUSAN KAWALAN PENUMPANG / KAWALAN SEMPADAN
- Merangka, memperaku, memantau dan menyelaras pelaksanaan dasar baru / pindaan undang-undang berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.
- Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti kawalan penumpang / sempadan.
- Mengkaji dasar-dasar pergerakan dagangan In-transit termasuk truck flight.
- Mengkaji keperluan untuk menubuhkan stesen sempadan dan tempat pendaratan yang sah.
- Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dengan keselamatan kawalan sempadan negara.
- Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.
2.5 UNIT ANALISIS DAN DASAR CUKAI
- Mengkaji dan menganalisis isu-isu perkastaman dan keberkesanan dasar-dasar cukai, peraturan-peraturan yang sedia ada.
- Mencadangkan dasar-dasar cukai dan peraturan baru.
- Mengkaji sistem penyampaian perkhidmatan perkastaman dari masa ke semasa.
2.6 UNIT KOMITMEN ANTARA AGENSI
- Memberi khidmat nasihat berkenaan dasar, perundangan dan prosedur perkastaman kepada pelabur / bakal pelabur.
- Menjalin networking dan mempertingkatkan kerjasama dengan MIDA, Agensi-Agensi di bawah MITI dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain (OGAs) berkaitan perundangan dan prosedur perkastaman.
Piagam Pelanggan
Kami komited memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan dan sentiasa menambahbaik perkhidmatan supaya ia selaras dengan aspirasi pelanggan dengan memberi penekanan kepada kriteria berikut :
✔ BERLUNASKAN UNDANG-UNDANG ✔ TEPAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN ✔ MENEPATI MASA YANG DIJANJIKAN
✔ LAYANAN MESRA DAN ADIL
|
Dalam melaksanakan amanah memungut duti dan cukai, memberi fasilitasi perkastaman serta memastikan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara, kami janji :
|
AKTIVITI PERKASTAMAN
|
|
- Pelaksanakan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan import dalam tempoh 180 minit (mod udara); 130 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).
- Melaksanakan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan eksport dalam tempoh 30 minit (mod udara); 180 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).
- Meluluskan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan secara transit dalam tempoh 60 minit (mod udara); 130 minit (mod laut) dan 30 minit (mod darat).
- Melaksanakan pelepasan penumpang dalam tempoh 30 minit.
- Meluluskan permohonan lanjutan tempoh Import Sementara bagi pengimportan yang melebihi setahun dari tarikh import dalam masa tujuh (7) hari.
- Meluluskan permohonan Had Gerakan dalam masa tiga (3) hari.
- Meluluskan permohonan lesen Gudang Berlesen Persendirian dan Agen Awam dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh laporan lengkap diterima daripada Pengarah Kastam Negeri.
- Permohonan Lesen bagi Gudang Berlesen Awam, Depoh Pelepasan Pendalaman dan Kedai Bebas Cukai yang diterima daripada Pengarah Kastam Negeri akan diproses dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari.
- Meluluskan permohonan pengecualian duti untuk jualan tempatan, permohonan pemindahan/ pengeksportan bahan mentah, komponen, mesin dan alat kelengkapan dan permohonan operasi Pusat Perolehan Antarabangsa ( IPC) dalam tempoh tujuh (7) hari.
|
- KOMITMEN KAMI INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA DOKUMEN LENGKAP YANG DIKEMUKAKAN
Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan seperti berikut :
- Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil dan profesional
- Mendapatkan kelulusan dalam standard masa yang ditetapkan
- Diberi peluang unuk membuat aduan dan rayuan.
|