​​​​​​

​​​1​​​​​Syarikat GPB dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967. Permohonan untuk mendapatkan lesen GPB hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon di mana kilang tersebut berada dengan menggunakan borang JKDM No.1 berserta Lampiran A dan dokumen–dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak di Lampiran A4.​
​2.​​​​​Syarikat GPB tidak perlu dilesenkan di bawah Seksyen 12, Akta Cukai Jualan 2018 memandangkan ianya dikenali sebagai Kawasan Khas. Bagi maksud Akta ini, GPB adalah tidak termasuk 'Malaysia' dan tidak tertakluk kepada pendaftaran sebagai Pengilang Berdaftar di bawah Akta ini. 
​3.Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan barang berduti eksais, ianya tidak boleh dilesenkan sebagai GPB tetapi hendaklah dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976. 
​4.Keperluan ke atas kawasan dan premis kilang;
​4.1​ ​Bangunan kekal, kukuh dan selamat, dikawal oleh pengawal keselamatan dan dipasang dengan sistem pengggera keselamatan.
​4.2​​​​ ​Bangunan hendaklah berpagar berukuran ketinggian yang difikirkan sesuai dan selamat oleh Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon
​4.3Bangunan yang tidak boleh dipagar (contoh rumah kedai, premis di tingkat 2 yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti jeriji ​​​besi boleh dipertimbangkan dengan dikenakan syarat tambahan yang difikirkan sesuai.
​4.4​​ ​Ruang yang berasingan hendaklah disediakan untuk;
​a.Menjalankan aktiviti pengilangan.
​b. Penyimpanan bahan mentah
​c.Penyimpanan barangan siap.
​d.Penyimpanan sisa pengilangan.
​4.5Sebarang perubahan atau pindaan ke atas premis pengilangan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.​​ ​
​5.​​ ​​ ​Kelulusan Secara Prinsip
​5.1​​ ​Boleh dipertimbangkan dengan syarat;
​a.lembaga pengarah syarikat telah lulus tapisan keselamatan; dan 
​b.permohonan untuk pembangunan tapak kilang telah dibuat kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
​5.2​​Syarikat GPB dibenarkan mengimport mesin / peralatan dan bahan mentah / komponen sebelum lesen dikeluarkan dengan syarat;
​a.Mendapat kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon,
​b.Dilindungi jaminan bank (jumlah jaminan bank adalah berdasarkan nilai duti kastam / cukai jualan yang terlibat).
​5.3Aktiviti pengilangan secara percubaan boleh dipertimbangkan ke atas kuantiti yang berpatutan dengan syarat tiada pelepasan atau jualan barang siap dibuat melainkan dengan cara pelupusan yang dibenarkan oleh Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.
​6.​​​​ ​ ​Lesen GPB
​6.1​​ ​Bayaran lesen GPB adalah sebanyak RM2,400.00 setahun. Lesen dikeluarkan dengan menggunakan Borang JKDM No. 3 dan berkuatkuasa mulai hari pertama sesuatu bulan.
​6.2​​Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh tamatnya lesen itu dengan menggunakan borang permohonan pembaharuan lesen GPB seperti di Lampiran B. Senarai Semak untuk pembaharuan lesen GPB adalah seperti di Lampiran A5.
​6.3​​ ​Lesen GPB tidak diberikan kepada syarikat yang hanya menjalankan aktiviti subkontrak sahaja.
​6.4​​Syarikat GPB tidak dibenarkan memberi kepada mana-mana syarikat atau entiti lain untuk beroperasi di dalam kawasan GPB yang dilesenkan. Begitu juga dengan menjalankan aktiviti penyimpanan barang-barang yang bukan hak milik Syarikat GPB berkenaan.
​6.5Jaminan;​​ ​
​a.​Syarikat GPB yang mengilang barang kritikal: Hendaklah mengemukakan jaminan bank (10% dari jumlah duti kastam dan cukai jualan yang terlibat ke atas bahan mentah dan bar​​ang siap bagi satu bulan.
​b.​Syarikat GPB yang mengilang selain barang kritikal: Hendaklah mengemukakan bon am atau jaminan bank (berdasarkan ketetapan oleh Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon). Nilai bon am atau jaminan bank berkenaan ditetapkan oleh Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.
​​​​6.6​​ ​Syarat lesen GPB adalah seperti di Lampiran C
​6.7​​​ Penambahan premis operasi syarikat di dalam negeri yang sama (stesen kastam yang sama) adalah dibenarkan dengan meminda lesen GPB sedia ada setelah mendapat kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon.​
​6.8​​ Manakala bagi penambahan cawangan operasi syarikat di negeri yang lain, permohonan lesen GPB yang baharu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon yang berkenaan.
6.9​​​ ​Pemindahan kilang GPB dari satu negeri ke negeri yang lain adalah dibenarkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon yang mengeluarkan lesen.
​7.Pembatalan Lesen​​​ ​ ​
​7.1Lesen GPB boleh dibatalkan bagi kes-kes berikut:​​ ​
​a.Syarikat GPB memohon untuk membatalkan lesen.
​b.Syarikat GPB telah menamatkan pengilangan.
​c.Syarikat GPB tidak menjalankan aktiviti pengilangan.
​d.Syarikat GPB telah dibubarkan.
​e.Lesen GPB tidak diperbaharui dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat lesen.
​f.​Penukaran nombor pendaftaran syarikat.​
​g.​Pemindahan kilang ke negeri lain.​
​h.​Pembatalan atas arahan Ketua Pengarah Kastam kerana syarikat telah melanggar Peruntukan akta dan peraturan yang ditetapkan​
​7.2​​​Bagi syarikat GPB yang telah dibatalkan lesennya, JKDM berhak menuntut sebarang tunggakan duti kastam dan cukai jualan (jika berkenaan) dan pihak syarikat adalah bertanggungjawab untuk membayar sepenuhnya tuntutan yang dikeluarkan.