|
Kebakaran, Bencana Alam dan Kehilangan
|
-
KALENDAR AKTIVITI
Lihat Aktiviti Terkini
-
AGENSI
Lihat Laman Sesawang Agensi-Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan Lain Disini
-
ADUAN & CADANGAN
Sistem Aduan Awam
-
REGISTER
|
LOGIN
GST shall be levied and charged on the taxable supply of
-
CHECK WITH EXPERT
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
GST CALCULATOR
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
MUAT TURUN
Muat Turun Dokumen/Borang Disini
|
Page Content 1. | Syarikat GPB hendaklah melaporkan sebarang kes kebakaran, bencana alam, kecurian dan kehilangan yang melibatkan bahan mentah / komponen, bahan pembungkusan, barang siap dan mesin-mesin yang diperolehi dengan pengecualian duti import dan cukai jualan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian. | 2. | Laporan tersebut hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: | | 2.1 | maklumat barang, kod tarif, nilai, kuantiti
serta duti dan cukai yang terlibat, | | 2.2 | laporan siasatan dari Jabatan Bomba dan
Penyelamat, | | 2.3 | laporan Polis, | | 2.4 | maklumat insurans dan tuntutan, | | 2.5 | gambar-gambar kejadian. | 3. | Syarikat GPB boleh mengemukakan permohonan untuk meremit duti import dan cukai jualan ke atas barang yang musnah akibat kebakaran dan bencana alam selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 65AB(2) Akta Kastam 1967 dan seksyen 41(1) Akta Cukai Jualan 2018. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam yang mengawal syarikat. | 4. | Permohonan remisi ke atas duti import dan cukai
jualan bagi barang yang terlibat dengan kebakaran dan bencana alam yang berlaku
selepas dilepaskan daripada kawalan kastam hendaklah dikemukakan terus kepada
Kementerian Kewangan untuk pertimbangan Y.B. Menteri selaras dengan peruntukan
di bawah seksyen 14A Akta Kastam 1967 dan seksyen 41(1) Akta Cukai Jualan 2018. | 5. | Bahan mentah / komponen, barang siap atau mesin
yang rosak akibat kebakaran dan bencana alam boleh dimusnahkan dengan kelulusan
Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon dan diselia oleh pegawai kanan
kastam, setelah selesai siasatan oleh pihak yang berkaitan seperti Jabatan
Bomba, Polis, Syarikat Insuran dan lain-lain. | 6. | Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menuntut duti
import dan cukai jualan terlibat bagi kes kecurian dan kehilangan di dalam GPB
berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 65AB(1) Akta Kastam 1967 dan seksyen
27(9) Akta Cukai Jualan 2018. |
|