​​

​1.​​​Syarikat GPB boleh men​​gimport semula barang siap yang telah dieksport untuk tujuan pembaikan. Syarikat GPB hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan format seperti di Lampiran R1 bagi mendapatkan kebenaran dari Pengarah Kastam Negeri/ Pengarah Operasi Zon untuk:
​1.1Menyimpan barang-barang yang dibawa masuk untuk diproses semula atau diperbaiki di tempat yang diluluskan; atau
​1.2Menerima balik barang siap ke dalam kilang GPB bagi tujuan dibaiki apa-apa barang berduti yang sebelumnya telah dieksport. Pengecualian duti import boleh dituntut di bawah Butiran 47, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan tiada cukai jualan dikenakan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 57(a)(i) Akta Cukai Jualan 2018.
​2.Syarikat GPB hendaklah menyediakan rekod yang dikemaskini berkenaan butir-butir barang yang diproses semula atau diperbaiki untuk tujuan pemeriksaan pegawai kanan stesen yang mengawal.​​ ​
​3.Syarikat GPB hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Cawangan Industri yang mengawal syarikat sahaja tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Cukai Dalam Negeri melalui sistem MySST.​​ ​