​​​
1. Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 untuk menjalankan aktiviti pengilangan serta penggudangan bahan mentah dan barang keluaran siap yang berorientasikan eksport. Aktiviti pengilangan dalam pelesenan ini hendaklah menepati tafsiran pengilangan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 2(1) Akta Kastam 1967.

2. Selain dilesenkan untuk menjalankan aktivit pengilangan, syarikat GPB juga dibenarkan menjalankan aktiviti nilai tambah tertakluk kepada pematuhan ke atas kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan.


​​