​​​​​​​​​​

Content Editor


Apa Itu Data Terbuka?

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti pe​rniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat. Sila klik Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0​ untuk maklumat berkenaan dengan terma penggunaan data terbuka Kerajaan.

Set Data Terbuka Senarai Waktu Operasi Bagi Kawasan Kastam(Import Dan Eksport) Melalui Mod Darat.