| 1. | Syarikat GB dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Permohonan untuk mendapatkan lesen GB hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri di mana premis GB tersebut berada dengan menggunakan borang JKDM No.1 berserta Lampiran A dan dokumen–dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak di 
               Lampiran A. 
  | 
| 2. | Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:-    | 
|  | 
            2.1 | Gudang Berlesen Awam (GBA)   | 
|  |  | i. | Hanya syarikat berstatus Berhad atau Sendirian Berhad sahaja yang didaftarkan dengan SSM layak memohon.   | 
|  |  | ii. | Memiliki sekurang-kurangnya 30% ekuiti bumiputera dan syarat ini adalah terpakai sepanjang tempoh pelesenan.  | 
|  |  | iii. | Modal berbayar:  | 
|  |  |  | a. | Minimum RM 1,000,000 bagi penyimpanan   barang - barang kritikal; | 
|  |  |  | b. | Minimum RM 1,000,000  bagi penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan | 
|  |  |  | c. | Minimum RM 250,000  bagi penyimpanan barang-barang bukan kritikal. | 
|  |  | iv. | Nilai barang-barang yang disimpan untuk tempoh satu (1) tahun hendaklah sekurang-kurangnya:  | 
|  |  |  | a. | RM 3,500,000 bagi barang-barang kritikal; | 
|  |  |  | b. | RM 3,500,000 bagi campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan | 
|  |  |  | c. | Tiada nilai minimum untuk barang-barang bukan kritikal. | 
|  |  | v. |  
               Keluasan minimum GBA:  | 
|  |  |  | a. | Untuk ruang penyimpanan barang-barang kritikal: 50,000 kaki persegi; | 
|  |  |  | b. | Untuk ruang penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal: 50,000 kaki persegi; dan | 
|  |  |  | c. | Untuk ruang penyimpanan barang-barang bukan kritikal: 20,000 kaki persegi. | 
|  |  | vi. | Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang kukuh dan ditandakan dalam pelan yang diluluskan. 
  | 
|  |  | vii. | Barang-barang yang dibenarkan untuk disimpan di dalam kawasan berlesen tanah lapang adalah barang-barang yang bersaiz besar atau tidak sesuai disimpan di dalam bangunan. Contohnya, paip bagi tujuan penggunaan dalam industri petroleum dan gas, kontena, kenderaan dan jentera berat.
  | 
|  |  | viii. | 
            Pihak syarikat dibenarkan untuk memaksimumkan ruang gudang dengan susunan bertingkat (stacking) mengikut kesesuaian dengan syarat dagangan yang disimpan selamat, tidak rosak dan mudah dikenalpasti kedudukannya.
  | 
|  | 2.2 | Gudang Berlesen Persendirian (GBP)   | 
|  |  | i. | Syarikat yang berdaftar dengan SSM / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) layak memohon. | 
|  |  | ii. | Menggudang barang-barang kritikal (minuman keras, rokok, kenderaan, tayar dan beras) atau apa-apa barang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam milik pemegang lesen sahaja.
  | 
|  |  | iii. | Modal berbayar:
  | 
|  |  |  | a. | Minimum RM 150,000 bagi penyimpanan barang-barang kritikal; | 
|  |  |  | b. | Minimum RM 150,000 bagi penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan barang-barang bukan kritikal; dan | 
|  |  |  | c. | Minimum RM 100,000 bagi penyimpanan barang-barang 
            bukan kritikal. | 
|  |  | iv. | Nilai barang-barang yang disimpan dalam satu (1) tahun hendaklah sekurang-kurangnya:
  | 
|  |  |  | a. | RM 5,000,000 bagi barang-barang kritikal; | 
|  |  |  | b. | RM 5,000,000 bagi campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan  | 
|  |  |  | c. | RM 2,000,000 untuk barang-barang bukan kritikal. | 
|  |  | v. | Walau bagaimanapun, kelonggaran syarat di para 2.1(iii) dan 2.1(iv) boleh diberi pertimbangan kepada GBP yang memenuhi salah satu ciri atau keadaan berikut:
  | 
|  |  |  | a. | GBP di kawasan yang tiada kemudahan GBA; | 
|  |  |  | b. | GBP untuk bekalan kapal (ship store) di pelabuhan yang tidak mempunyai kemudahan GBA;  | 
|  |  | vi. | Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang kukuh dan ditandakan dalam pelan yang diluluskan. Barang-barang yang dibenarkan untuk disimpan di dalam kawasan berlesen tanah lapang adalah barang-barang yang bersaiz besar atau tidak sesuai disimpan di dalam bangunan. Contohnya, paip bagi tujuan penggunaan dalam industri petroleum dan gas, kontena, kenderaan dan jentera berat.
  | 
|  | 2.3 | 
            Gudang Berlesen PEKEMA (GB PEKEMA)   | 
|  |  | i. | Telah disahkan menjadi ahli PEKEMA.
  | 
|  |  | ii. | Pemohon merupakan pemegang AP Terbuka yang diluluskan oleh 
               Ministry of International Trade and Indutry / Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
  | 
|  |  | iii. | Struktur GB dibenarkan dalam bentuk bangunan, bilik pameran atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang ditandakan dalam pelan yang diluluskan.
  | 
|  |  | iv. | Premis GB yang dimohon hendaklah mendapat surat sokongan MITI.
  | 
|  | 2.4 | 
            Gudang Berlesen Awam Pelabuhan / Lapangan Terbang   | 
|  |  | i. | GBA pelabuhan / lapangan terbang hanya dibenarkan di dalam pelabuhan dan lapangan terbang yang bukan terletak di kawasan ZB.  | 
|  |  | ii. | Hanya syarikat penerbangan, operator terminal lapangan terbang, operator pelabuhan dan pihak berkuasa pelabuhan / lapangan terbang sahaja layak memohon.  | 
| 3. | Pertimbangan permohonan lesen baharu semua kategori GB adalah di peringkat Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat JKDM.
  | 
| 4. | Kelulusan secara dasar diberikan selama enam (6) bulan atau untuk suatu tempoh yang munasabah tetapi tidak melebihi tempoh dua belas (12) bulan. 
  | 
| 5. | 
            Lesen GB akan dikeluarkan oleh Pen. KP Zon / PKN Negeri sekiranya semua syarat pelesenan telah dipatuhi. 
  | 
| 6. | Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum lesen dikeluarkan:-
  | 
|  | a. | Dibina dari bahan-bahan yang kukuh dan selamat. Pintu keluar / masuk utama barang-barang hendaklah dihadkan kepada satu laluan keluar / masuk sahaja
  | 
|  | b. | Sijil kelayakan menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan iaitu Certificate of Completion and Compliance (CCC) / kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.   | 
|  | c. | Premis dipasang dengan CCTV dan Pegawai Kastam yang mengawal boleh mengakses rakaman CCTV tersebut.
  | 
|  | d. | Dipasang dengan sistem penggera dengan secukupnya di tempat yang strategik dan dikawal 24 jam oleh Pengawal Keselamatan.
  | 
|  | e. | Berpagar berukuran ketinggian yang difikirkan sesuai dan selamat oleh Pen. KP Zon / PKN.   | 
|  | f. | 
            Berpagar berukuran ketinggian yang difikirkan sesuai dan selamat oleh Pen. KP Zon / PKN
  | 
|  | g. | Lokasi premis tidak berhampiran atau bersebelahan dengan kilang atau tempat yang menyimpan atau mempunyai peralatan yang mudah terbakar atau meletup seperti bahanbahan kimia berbahaya dan selinder gas.
  | 
|  | h. | Bahan-bahan yang mudah terbakar dan berbahaya hendaklah dilabelkan dan diasingkan daripada barang-barang lain.
  | 
|  | i. | Mempunyai sistem kawalan inventori secara elektronik
  | 
|  | j. | Jaminan Bank dikemukakan mengikut penetapan stesen yang mengawal.
  | 
| 7. | Lesen GB
  | 
|  | a. | Bayaran lesen GB adalah sebanyak RM2,400.00 (swasta) / RM240.00 (Agensi Kerajaan) setahun. Lesen dikeluarkan dengan menggunakan Borang JKDM No. 3.
  | 
|  | b. | Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri selewat-lewatnya 90 hari sebelum tarikh tamatnya lesen itu dengan menggunakan borang JKDM No.1. Senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti di 
               Lampiran B.
  | 
|  | c. | Jaminan bank yang perlu dikemukakan:-  | 
|  |  | i. | GBA  | 
|  |  |  | Permohonan Baharu :   | 
|  |  |  | 10% daripada anggaran duti/cukai bagi barang-barang yang akan disimpan untuk tempoh setahun  | 
|  |  |  | Pembaharuan Lesen :  | 
|  |  |  | Barang Kritikal : 10% daripada jumlah duti/cukai bulanan tertinggi bagi barang-barang yang disimpan dalam tempoh pelesenan sebelumnya.  | 
|  |  |  | Barang bukan kritikal : 10% dari nilai purata duti/cukai terlibat bagi tempoh pelesenan sebelumnya.  | 
|  |  | ii. | GBP  | 
|  |  |  | Permohonan Baharu :   | 
|  |  |  | Nilai jaminan bank minimum adalah 50% daripada anggaran jumlah duti/cukai bagi barang-barang yang akan disimpan di dalam GBP untuk tempoh setahun.  | 
|  |  |  | Pembaharuan Lesen :  | 
|  |  |  | Nilai jaminan bank 50% daripada jumlah duti/cukai bulanan tertinggi bagi barangbarang yang dibawa masuk ke dalam GB dalam tempoh pelesenan sebelumnya.  | 
|  |  | iii. | 
            GB PEKEMA | 
|  |  |  | mengemukakan Bon Am (Borang Kastam No. 6, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Kastam 2019) yang selaras dengan tempoh pelesenan dan meliputi semua duti / cukai.  | 
|  | d. | Syarikat perlu mengemukakan permohonan baharu sekiranya:-
  | 
|  |  | i. | No pendaftaran syarikat berubah. | 
|  |  | ii. | Pemindahan premis GB daripada satu negeri ke negeri lain. | 
|  |  | iii. | Penambahan premis di lot yang dipisahkan oleh sungai atau jalan awam. | 
|  |  | iv. | Pertukaran kategori lesen. | 
| 8. | Lesen boleh dibatalkan dalam keadaan berikut:-   | 
|  | i. | Pemegang lesen memohon untuk pembatalan lesen.
  | 
|  | ii. | Pemegang lesen telah menamatkan operasi penggudangan.  | 
|  | iii. | GB tidak aktif untuk tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah.   | 
|  | iv. | Pembubaran / penggulungan syarikat.  | 
|  | v. | Pertukaran nombor pendaftaran syarikat (perubahan entiti).  | 
|  | vi. | Pemindahan GB ke negeri lain.  | 
|  | vii. | 
            Pertukaran kategori GB.   | 
|  | viii. | Atas arahan KPK kerana pemegang lesen telah melanggar peruntukan akta dan peraturan yang berkenaan.  |