|
a. |
Syarat-syarat pelesenan sebagaimana Lampiran C, |
|
b. |
Perundangan-Perundangan dan Peraturan-Peraturan yang ditadbir Jabatan, |
|
c. |
Syarat-syarat kelulusan bagi setiap kemudahan yang dinikmati, |
|
d. |
Lain-lain ketetapan dari semasa ke semasa. |
2. |
Penyata |
| 2.1 |
Syarikat GPB hendaklah mengemukakan penyata mengikut masa yang telah ditetapkan: |
| | a. | Lampiran H – Penyata Bulanan Kerja-Kerja Subkontrak |
| | b. | Lampiran M1 – Penyata bulanan bahan mentah/komponen |
| | c. | Lampiran M2 – Penyata bulanan barang-barang keluaran siap |
| | d. | Lampiran M3 – Penyata bulanan aktiviti IPC/RDC Penyata-penyata di atas hendaklah dikemukakan selewat–lewatnya pada 28hb, bulan berikutnya. |
| | e. | Lampiran M4 – Penyata tahunan Penyata M4 hendaklah dihantar sebelum 31 Januari tahun berikutnya. Penyata tersebut hendaklah disertakan dengan Laporan Tahunan Kewangan Syarikat yang telah diaudit oleh Audit Bebas. Walau bagaimanapun sekiranya Laporan Tahunan Kewangan Syarikat tidak bersamaan dengan tempoh penyata tahunan, Laporan Tahunan Kewangan Syarikat hendaklah dikemukakan kepada jabatan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh tahun kewangan syarikat. |
| 2.2 | Penyata-penyata di atas hendaklah disahkan dan
ditandatangani oleh akauntan syarikat atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
pihak syarikat. Penyata berkenaan boleh dikemukakan dalam bentuk softcopy. |
| 2.3 | Bagi syarikat GPB yang berstatus Authorised
Economic Operators (AEO), penyata–penyata yang berkaitan (M1, M2, M3 dan M4)
hendaklah juga disediakan. Walau bagaimanapun, ianya perlu dikemukakan kepada
pejabat kastam apabila dikehendaki oleh pegawai yang mengawal syarikat pada
bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. |
3. | Pemberitahuan kepada Stesen Kastam yang Mengawal
Syarikat. |
| 3.1 | Syarikat GPB hendaklah memberitahu pegawai
kastam yang mengawal syarikat secara bertulis apabila berlaku perkara-perkara
berikut dalam tempoh 14 hari; |
| | a. | Perubahan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. |
| | b. | Satu ketetapan, diluluskan untuk penggulungan syarikat. |
| | c. | Suatu Perintah dibuat untuk penggulungan syarikat. |
| | d. | Pelantikan pelikwidasi atau penerima dibuat. |
| | e. | Syarikat terlibat dalam apa-apa kes tuntutan
sivil, muflis dan lain-lain. |
| 3.2 | Syarikat GPB hendaklah memaklumkan kepada pegawai kastam yang mengawal syarikat dengan segera apabila berlaku perkara-perkara berikut yang menjejaskan barang-barang dikecualikan duti / cukai; |
| | a. | Kebakaran, kemusnahan dan bencana alam. |
| | b. | Kehilangan dan kecurian. |
| 3.3 | Pemberhentian Operasi Syarikat |
| | a. | Syarikat GPB hendaklah memberitahu pegawai
kastam yang hak secara bertulis apabila ingin memberhentikan operasi syarikat. |
| | b. | Sekiranya syarikat masih mempunyai baki bahan
mentah, barang siap, dan mesin yang berusia kurang daripada 10 tahun, duti /
cukai (sekiranya ada) hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. |
| 3.4 | Perubahan ke atas aktiviti perniagaan . Syarikat GPB adalah bertanggungjawab untuk
melaporkan sebarang perubahan yang akan dilakukan ke atas aktiviti syarikat
kepada pegawai kastam yang mengawal syarikat seperti perubahan ke atas; |
| | a. | Struktur bangunan, |
| | b. | Pelan yang telah diluluskan, |
| | c. | Senarai barang siap yang dikeluarkan, |
| | d. | Model perniagaan di luar kebiasaan, |
| | Sebarang perubahan yang tidak mendapat kelulusan
boleh mengakibatkan syarikat GPB dikenakan tindakan sewajarnya berdasarkan
peruntukan dan ketetapan sedia ada |