​1.​​ ​​ Se​​cara prinsipnya barang siap GPB adalah untuk dieksport 100%. Walau bagaimanapun GPB diberi kelonggaran untuk menjual barang siap ke pasaran tempatan tidak me​lebihi 20% dalam tempoh 12 bulan mulai tarikh lesen diluluskan (dalam tempoh pelesenan semasa). Bagi jualan ke pasaran tempatan ini, duti import dan cukai jualan hendaklah dibayar seolah-olah ianya diimport selaras dengan kehendak seksyen 65A(3)(b) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 57(b) Akta Cukai Jualan 2018.
​2. ​​Taksiran duti import dan cukai jualan ke atas barang siap hendaklah berpandukan kepada Perintah Duti Kastam 2017 manakala bagi tujuan penilaian harga barang hendaklah mengikut Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.
​3.
​​​Jualan barang siap ke pasaran tempatan hendaklah diikrar menggunakan Borang Kastam No. 9 (K9) dengan kod jenis transaksi seperti berikut berdasarkan jenis jualan yang berkaitan;

Kod ​Jenis Transaksi (Transaction types)
​E LMW Local Sales
​LS LMW Local Sales with Preferential Tariff
​LX LMW Local Sales with Exemption
​4. ​​Jualan barang siap GPB ke pasaran tempatan adalah tertakluk kepada duti import dan cukai jualan mengikut Perintah Duti Kastam 2017. Walau bagaimanapun, syarikat GPB boleh memohon untuk membayar duti import pada kadar BERSAMAAN ATIGA mengikut Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN)(Tatanama Tariff Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN) 2017 (ATIGA) tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.
​4.1 Syarikat GPB perlu mematuhi syarat tempasal (Regional Value Content) sekurangkurangnya 40% nilai kandungan bahan mentah tempatan dan atau dari Negara ASEAN. Kaedah kiraan bagi menentukan peratusan Regional Value Content (RVC)​ ​
​a. ​Direct Method

​                             Asean Material Cost + Direct Labour Cost + Direct Overhead Cost + Other Cost    X   100%
    RVC =           _________________________________________________________________________________________________
                                                                                                            FOB Price

​b. ​Indirect Method

                           FOB Price - Value of non-Originating Materials, parts of goods      X    100%
RVC =              _________________________________________________________________________________
                                                                                              FOB Price

 
​4.2 Sekiranya penggunaan bahan mentah tempatan (termasuk dari negara ASEAN) kurang dari 40%, GPB dapat membuktikan bahawa bahan mentah asing (non-originating raw material) yang digunakan telah menjalani tranformasi substantif melalui kaedah seperti berikut juga layak dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, hanya produk akhir yang disenaraikan di bawah ANNEX 3 “Products Specific Rules” sahaja layak membayar duti import pada kadar bersamaan ATIGA. Empat kaedah tersebut adalah seperti berikut:
​a. Pertukaran kod tarif pada peringkat dua digit pertama atau Change in Chapter (CC) di bawah Sistem Berharmonis (HS). Ini bermakna bahan mentah asing (selain dari ASEAN) perlu berasal dari Bab berlainan untuk membolehkan produk akhir menikmati konsesi tarif ATIGA.
​b.Pertukaran kod tarif pada peringkat empat digit atau Change in Tariff Heading (CTH) di bawah Sistem Berharmonis (HS). Ini bermakna bahan mentah asing (selain dari ASEAN) perlu berasal daripada kepala berlainan untuk membolehkan produk akhir menikmati konsesi tarif ATIGA.
​c.Pertukaran kod tarif pada peringkat enam digit atau Change in Tariff Sub-Heading (CTSH) di bawah Sistem Berharmonis (HS). Ini bermakna bahan mentah asing (selain dari ASEAN) perlu berasal dari sub-kepala berlainan untuk membolehkan produk akhir menikmati konsesi tarif ATIGA.
​d.Process rule adalah tindak balas proses ke atas bahan mentah asing (selain dari ASEAN) dalam penghasilan produk akhir. Ia terpakai bagi produk-produk seperti tekstil dan bahan kimia. Pada kebiasaannya, ia tidak melibatkan pertukaran kod tariff.
​5. ​​​Permohonan jualan ke pasaran tempatan dengan menggunakan kadar duti import bersamaan ATIGA hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon dengan mengemukakan dokumen seperti berikut;
​a. ​​​ ​Lampiran I – Permohonan Untuk Membayar Duti Import Dengab Kadar Bersamaan ATIGA​
b. ​​Lampiran IA – Senarai Barang Siap Diluluskan Untuk Bayaran Duti Bersamaan Kadar ATIGA bagi Syarikat GPB
​c. Lampiran J – Analisa Kos Barangan Siap Bersamaam Kadar ATIGA​
6. Permohonan dan pertimbangan untuk kelulusan akan diproses berdasarkan maklumat semasa yang dikemukakan. Sebarang perubahan maklumat akan mengakibatkan kelulusan yang dikeluarkan terbatal. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat GPB untuk mengemukakan permohonan baharu dengan maklumat yang terkini untuk pertimbangan selanjutnya.​ ​
​7. ​​ Bagi Syarikat GPB yang tidak layak dipertimbangkan menikmati kadar duti di bawah ATIGA, duti import hendaklah dibayar sepenuhnya mengikut Perintah Duti Kastam 2017.
​8. ​​ ​Kelulusan jualan barang siap ke pasaran tempatan dengan membayar duti import BERSAMAAN kadar duti ATIGA adalah TERHAD kepada peratusan kuota jualan tempatan yang telah ditetapkan di dalam syarat lesen GPB. Jika berlaku jualan melebihi kuota yang ditetapkan, kemudahan ini tidak layak dinikmati ke atas lebihan kuota tersebut. Duti import hendaklah dibayar mengikut kadar semasa berdasarkan Perintah Duti Kastam 2017.