Content Editor

Profil Bahagian

Profail Cawangan Integriti

Pendahuluan

Cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia , ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 ; Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam, yang berkuatkuasa 1 Ogos 2013. Cawangan ini diletak secara terus dibawah Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Ia merupakan unit khas yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di JKDM, dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah ( Gred P54) dan 25 orang pegawai/kakitangan . Cawangan ini  bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras , melalui unit berikut:-

  1. Unit Tadbir Urus
  2. Unit Pengukuhan Integriti
  3. Unit Pengesanan dan Pengesahan
  4. Unit Pengurusan Aduan
  5. Unit Pemeriksaan dan Pematuhan
  6. Unit Tatatertib

Setiap satu fungsi teras , menjadi satu unit dibawah cawangan integriti dan diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.

Objektif Cawangan Integriti

Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah cawangan yang khusus bertujuan ianya dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Fungsi Bahagian

Fungsi Teras & Strategik Cawangan Integriti

  1. Unit Tadbir Urus

  2. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

    i) Memastikan tadbir urus organisasi yang melibatkan isu integriti bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dilaksanakan secara efektif

    ii) Bekerjasama dengan Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus (JITU) agensi dalam hal-hal yang melibatkan tadbir urus melalui pengharmonian tugas di antara kedua-dua entity

    iii) Menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesahan pelanggaran integriti yang melibatkan isu dasar dan prosedur serta sistem dan prosedur kepada JITU untuk tidakan selanjutnya oleh jawatankuasa berkenaan

    iv) Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur dalam organisasi kepada JITU Jabatan

  3. Unit Pengukuhan Integriti

  4. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

    Menanam dan meningkatkan amalan nilai-nilai murni di kalangan warga supaya menjadi budaya hidup melalui:

    i) Mengenal pasti problematic areas dan merangka bentuk inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah di sektor berkenaan (identify and addressing the issues)

    ii) Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman atau luaran yang diperolehi untuk mengenalpasti jenis kesalahan, sector problematic areas, kekerapan kesalahan, trends dan sebagainya (cth. SPAN, PIJ, Statistik Tatatertib)

    iii) Memastikan pelaksanaan dan pembudayaan nilai-nilai integriti dalam organisasi

    iv) Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan kesedaran (awareness), pendidikan, bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti JAKIM, ILIM, MAMPU dsb melalui blue ocean strategy.

  5. Unit Pengesanan Dan Pengesahan

  6. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaraan tatakelakuan dan etika organisasi serta melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

    i) Mengesan, melalui sumber-sumber dalaman atau luaran, salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dan melaporkan serta mengambil tindakan susulan yang berkaitan

    ii) Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan susulan

    iii) Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salahlaku tatatertib

    iv) Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab

  7. Unit Pengurusan Aduan

  8. Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

    i) Menyemak setiap aduan dan maklumat yang diterima (pelbagai saluran cth. e-Aduan) secara telus oleh satu Jawatankuasa Tapisan Aduan yang dibentuk bagi menentukan sama ada melibatkan salahlaku jenayah, tatatertib dan etika organisasi

    ii) Menyalurkan setiap aduan yang telah disemak kepada Negeri/ Bahagian/ Cawangan atau Agensi Kerajaan yang terlibat seperti SPRM, PDRM dll

    iii) Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

  9. Unit Pemeriksaan Dan Pematuhan

  10. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

    i) Melaksanakan atau bekerjasama dengan unit-unit pematuhan khusus seperti Bahagian Audit Dalaman, Penguatkuasaan, Jika ada, dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelanggaran tatakelakuan dan ketidakpatuhan prosedur kerja bagi tindakan susulan oleh unit integriti dalam aspek tatatertib

    ii) Mengadakan pemeriksaan berjadual dan mengejut serta naziran terhadap pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan di Bahagian/ Cawangan/unit yang telah dikenalpasti bagi memastikan pematuhan terhadap dasar, undang-undang, kod etika dan peraturan yang berkaitan telah ditetapkan berdasarkan Akujanji Piagam Pelanggan; (cth: Pemeriksaan Wang Saku, urine test, Kertas Siasatan, ABT dsb.)

    iii) Melaksanakan kajian hasil dapatan pematuhan berkaitan keberkesanan pelaksanaan dan ketidakpatuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan bagi tindakan susulan.

  11. Unit Tatatertib

  12. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib

    i) Memastikan kes-kes tatatertib semasa dan tertunggak diselesaikan segera terutamanya yang memerlukan keputusan panel tatatertib

    ii) Menjadi urus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai

    iii) Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenalpasti isu, trends, sektor bagi cadangan penambahbaikan penginstitusian integriti di agensi.