Profil Bahagian

PROFIL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

CAWANGAN PENILAIAN

       LATAR BELAKANG

Cawangan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kastam Gred WK54 dan terdiri daripada 2 seksyen iaitu: :

  • Seksyen Penyelidikan Pasaran, Penilaian Barangan Import dan Eksport yang diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I Gred WK52; dan

  • Seksyen Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Tempatan / Penyelidikan dan Rayuan Penilaian yang diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I Gred WK52.

       OBJEKTIF

  1. Melaksanakan aktiviti pengurusan penilaian bagi memastikan kejayaan penilaian kastam berdasarkan perjanjian WTO.

  2. Mengurus hal–hal berkaitan penilaian ke atas barangan import, eksport, barangan bercukai jualan dan eksais berdasarkan definisi nilai di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Cukai Jualan 1972.

  3. Menentukan tahap pematuhan penilaian secara sukarela di kalangan pengimport–pengimport dan menentukan semua peruntukan undang–undang dan peraturan berkaitan penilaian kastam dipatuhi.

  4. Meningkatkan kefahaman serta pengetahuan Pegawai Kastam mengenai hal–hal penilaian kastam.

  5. Menyeragamkan kaedah penilaian barangan dengan memberikan garis panduan yang tepat.

  6. Memperkemaskan semua undang–undang, peraturan–peraturan dan perintah–perintah yang berkaitan dengan penilaian barangan.

Fungsi Seksyen Di Cawangan Penilaian

Seksyen Penyelidikan Pasaran, Penilaian Barangan Import dan Eksport

  1. Membuat perancangan dan tindakan bagi melaksanakan komitmen Cawangan Penilaian ke atas standard–standard penilaian kastam yang ditetapkan oleh World Trade Organization (WTO) dan World Customs Organization (WCO).

  2. Mengeluarkan garis panduan, arahan pekeliling dan perintah kepada Bahagian/Zon/Negeri bagi mempertingkatkan keupayaan dan bagi memastikan keseragaman penilaian kastam.

  3. Menyediakan data dan panduan yang mencukupi untuk rujukan Pegawai Penaksir Zon/Negeri dan Pegawai di Bahagian Perkhidmatan Teknik Zon/Negeri/Ibu Pejabat dalam penetapan nilai kastam.

  4. Melaksanakan program perkongsian bestari (Smart Partnership) di antara JKDM dengan pihak swasta.

  5. Mengadakan mesyuarat Panel Penyemakan dan Penetapan Harga Kenderaan CBU baharu dan terpakai.

  6. Mengkaji kes–kes yang dikemukakan oleh Bahagian Penguatkuasaaan dan Bahagian lain dan juga kes tribunal kastam untuk mendapatkan nasihat dan keputusan penilaian.

  7. Mengkaji berkaitan permohonan ketetapan kastam prinsip penilaian di bawah seksyen 10 Akta Kastam 1967, Seksyen 5 Akta Eksais 1976, Seksyen 42 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Seksyen 43 Akta Cukai Jualan 2018

  8. Mengkaji kes–kes yang melibatkan bayaran duti dibawah bantahan di bawah Seksyen 13b Akta Kastam 1967

  9. Membuat naziran ke negeri–negeri berhubung dengan pemakaian dan pematuhan penilaian ke atas semua peraturan dan garis panduan berhubung dengan penilaian kastam barangan import.

Seksyen Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Tempatan / Penyelidikan dan Rayuan Penilaian

  1. Merancang, menggubal pindaan dasar, mengemaskini serta mengedarkan perintah, pekeliling, panduan dan arahan berkaitan penyelidikan pasaran, penilaian barangan yang dikilangkan secara tempatan selaras dengan Akta dan Peraturan yang sedang berkuatkuasa.

  2. Memastikan dasar dan pelaksanaan penilaian barangan yang dikilangkan secara tempatan diadaptasikan dengan Perjanjian Penilaian World Trade Organization (WTO).

  3. Memastikan kaedah yang digunapakai dalam penentuan nilai barangan yang dikilangkan secara tempatan adalah selaras dengan peruntukan Akta Eksais 1976 dan Akta Cukai Jualan 2018.

  4. Membuat penentuan nilai ke atas kenderaan pemasangan tempatan yang berduti eksais yang dikilangkan oleh Pemegang Kelulusan Model yang diluluskan oleh MITI.

  5. Memberi khidmat nasihat serta panduan berhubung penentuan nilai barangan selain kenderaan pemasangan tempatan yang berduti eksais di bawah bidang kuasa JKDM Negeri.

  6. Menjalankan penyelidikan ke atas kes–kes pertikaian, rayuan dan semakan penilaian yang dirujuk ke Ibu Pejabat untuk keputusan berhubung nilai barangan yang dikilangkan secara tempatan.

  7. Menjalankan kajian dan semakan serta membuat penetapan nilai ke atas permohonan rayuan nilai kenderaan import dan pemasangan tempatan bagi kategori permohonan individu.

  8. Menyediakan Kadar Tukaran Wang Asing untuk dimuat naik ke dalam laman sesawang Jabatan.

  9. Melaksanakan Pewartaan Nilai Komoditi yang melibatkan Nilai Minyak Petroleum Mentah, Nilai Minyak Sawit Mentah dan Nilai Isirung Sawit.

  10. Menyelenggara dan mengemaskini Data Harga Kenderaan Pemasangan Tempatan.

  11. Menghadiri perbincangan mengenai dasar yang melibatkan pengilangan barang–barang tempatan bersama jabatan atau lain–lain agensi Kerajaan.

  12. Melakukan lawatan tanda aras (Benchmarking) dan sesi penglibatan industri (Engagement) berkaitan barangan yang dikilangkan secara tempatan.

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

Selaras dengan gagasan JKDM yang bertemakan “Satu Kastam, Pelanggan dan Stakeholders Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kami berjanji untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti berikut:-

  • Mengeluarkan keputusan penjenisan dan ketetapan kastam dalam tempoh :
    •  90 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat semua dokumen lengkap dan tidak melibatkan agensi pakar, atau
    • 60 hari dari tarikh penerimaan laporan daripada agensi pakar
  • Mengeluarkan Harga Pasaran Terbuka Eksais (HPTE) kenderaan bermotor di bawah Akta Eksais, 1976 dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

  • Memastikan rayuan tuntutan pulangbalik / tarikbalik / duti / cukai kastam yang ditolak oleh negeri diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.