1. | PENDAHULUAN |
| 1.1 |
GPB dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 merupakan syarikat pengilang yang berorientasikan eksport. GPB menikmati kemudahan pengimportan atau pembelian bahan mentah, komponen serta bahan pembungkusan tanpa dikenakan duti import dan cukai jualan. |
| 1.2 |
Secara dasarnya, pengecualian duti dan cukai ke atas bahan mentah, komponen serta bahan pembungkusan ini adalah untuk digunakan secara langsung di dalam pengilangan bagi tujuan menghasilkan barang siap syarikat. |
| 1.3 |
Walau bagaimanapun, terdapat permohonan untuk mengeksportnya dalam keadaan tertentu yang tidak dapat dielakkan disebabkan alasan-alasan yang wajar untuk pertimbangan selanjutnya. |
2. |
TUJUAN |
| Tatacara ini dikeluarkan untuk memberi panduan ke atas permohonan mengeksport bahan mentah dan bahan pembungkusan supaya ianya dapat diseragamkan pelaksanaannya di semua peringkat negeri. |
3. | SKOP |
| 3.1 | Aktiviti eksport adalah melibatkan pergerakan
barang daripada GPB ke; |
| | a. | Luar Negara, |
| | b. | Zon Bebas, atau |
| | c. | GPB yang lain. |
| 3.2 | Bahan mentah dan bahan pembungkusan yang boleh
dipertimbangkan untuk dieksport adalah; |
| | a. | Sebagai alat ganti (replacement part), |
| | b. | Sebagai gantian dalam tempoh jaminan (warranty
part), |
| | c. | Rosak (defect) untuk tujuan pelupusan atau
dijual sebagai second grade, |
| | d. | Tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, |
| | e. | Tidak lagi digunakan (berhenti mengilang, expired / obsolete / end of life), |
| | f. | Untuk pengujian (testing and evaluation), |
| | g. | Untuk dibaik pulih (repair), |
| | h. | Sebagai contoh produk (production sample), dan |
| | i. | Atas alasan lain yang munasabah kecuali
melibatkan kes-kes Bahagian Penguatkuasaan. |
| 3.3 | Aktiviti eksport bagi tujuan trading dan pengelakan trade barrier adalah tidak dibenarkan. |
4. | PELAKSANAAN |
| 4.1 | Permohonan hendaklah dimajukan kepada stesen kastam yang mengawal syarikat dengan mengemukakan dokumen seperti berikut; |
| | a. | Surat permohonan (covering letter). |
| | b. | Senarai barang yang akan dieksport sebagaimana
Lampiran 1. |
| | c. | Dokumen sokongan yang berkaitan. |
| 4.2 | Kuantiti yang boleh dipertimbangkan untuk
dieksport adalah berdasarkan anggaran kuantiti (estimated quantity) yang
dipohon sebagaimana dinyatakan di dalam dokumen sokongan. Contoh dokumen
sokongan adalah seperti; |
| | a. | Perjanjian dengan syarikat yang bertanggungjawab
dalam aktiviti membaik pulih (Sales and service contract) |
| | b. | Quality report / defect report, |
| | c. | Product Specification report, |
| 4.3 | Tempoh kelulusan untuk eksport adalah tidak
melebihi enam (6) bulan. Selepas tamat tempoh kelulusan berkenaan, walaupun
kuantiti diluluskan masih belum dieksport sepenuhnya permohonan baharu
hendaklah dikemukakan sekiranya berkenaan. |
5. | TANGGUNGJAWAB GPB |
| 5.1 | Maklumat bahan mentah dan bahan pembungkusan yang telah dieksport hendaklah direkodkan di dalam Lampiran M1 (Penyata Bulanan Bahan Mentah / Komponen) pada ruangan 10 bagi tujuan penolakan dengan kuantiti yang telah diluluskan. |
| 5.2 | Bahan mentah dan bahan pembungkusan yang
tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, permit
hendaklah disertakan. |
| 5.3 | Bahan mentah dan bahan pembungkusan yang tertakluk kepada duti kastam hendaklah dijelaskan semasa pelepasan eksport dilakukan. |
| 5.4 | Pemohon dikehendaki menyimpan rekod pergerakan
barang serta dokumen sokongan, kelulusan dan ikrar eksport untuk tujuan semakan
kastam. |
| 5.5 | GPB adalah bertanggungjawab ke atas bahan mentah
dan bahan pembungkusan yang telah diluluskan untuk eksport yang tidak dapat diakaunkan.
Duti dan cukai terlibat hendaklah dijelaskan (jika berkenaan). |
| 5.6 | Mematuhi syarat-syarat kelulusan dan lain-lain ketetapan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. |
6. | TARIKH KUATKUASA |
| Tatacara ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. |