​1.Permohonan​ pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon untuk kelulusan. Kelulusan secara ‘blanket’ boleh diberi pertimbangan bagi pemusnahan waste yang tidak mempunyai nilai komersial.
​2.Permohonan pelupusan barang siap reject dari jenis yang boleh digunakan terus oleh pengguna akhir (consumable goods) iaitu barang yang tidak memenuhi kualiti/spesifikasi, kelulusan hanya boleh diberi oleh Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon sahaja.
​3.Bagi pelupusan waste dan scraps tidak berduti / cukai secara pemusnahan tidak perlu disaksikan oleh pegawai kastam, memadai ianya disahkan oleh wakil Syarikat GPB. Sijil Pemusnahan hendaklah dikemukakan kepada stesen yang mengawal kilang setiap kali pelupusan dibuat. Format sijil adalah seperti di Lampiran K.
​4.Pelupusan secara pemusnahan bagi bahan mentah / komponen termasuk sisa kain dan barang siap yang rosak hendaklah disaksikan oleh pegawai kanan kastam / pegawai kastam tinggi. Sijil Pemusnahan seperti di Lampiran L hendaklah disediakan.
​5.Waste, scraps, bahan pembungkusan, barang siap dan bahan mentah / komponen yang rosak yang dilupus secara jualan kepada syarikat tempatan lain hendaklah diikrar dalam Borang Kastam No. 9. Duti import dan cukai jualan yang telibat hendaklah dijelaskan walaupun dilupuskan melalui pemberian secara percuma. Nilai barang hendaklah berasaskan nilai pasaran semasa.
​6.Kelulusan daripada agensi berkaitan (seperti Jabatan Alam Sekitar) hendaklah diperolehi terlebih dahulu sekiranya barang yang hendak dilupuskan tertakluk kepada peraturan atau kawalan agensi berkenaan.

​​