|
a. |
Penggudangan |
| | Menggudang barang-barang yang diluluskan oleh Pen. KP Zon / PKN. |
| b. | Pecah Pukal (Break Bulk) |
|
| Barang-barang yang digudangkan boleh dipecah pukal dan dilepaskan secara berperingkat (partial release). |
|
c. | Pembungkusan semula (Repacking) |
| | Barang-barang yang digudangkan boleh dibungkus semula sama ada untuk dieksport atau untuk pasaran tempatan. |
| Pembungkusan semula ini boleh dilakukan dalam keadaan berikut: |
|
| Pembungkusan semula barang-barang yang sama (homogenous goods) ke dalam bungkusan yang lebih kecil atau lebih besar. |
|
| Pembungkusan semula pelbagai jenis barang untuk menjadi satu set barang-barang. |
| d. | Penandaan semula (Relabelling) |
| | Aktiviti ini melibatkan tindakan penandaan semula ke atas barang-barang yang diimport, contohnya, menandakan nama pengimport atau pengedar sebelum barang-barang tersebut dilepaskan untuk pasaran tempatan atau dieksport semula. Barang-barang yang bukan berasal dari Malaysia tidak boleh ditandakan sebagai "BUATAN MALAYSIA" |
| e. | Jual beli |
| | Aktiviti jual beli barang-barang yang disimpan di dalam GB adalah dibenarkan. |
| f. | Penggabungan (Consolidation) |
| Penggabungan di antara barang-barang berikut boleh dilakukan bagi tujuan eksport sahaja :- |
| i. | Barang-barang yang diimport; |
| | ii. | Barang – barang keluaran tempatan; |
| | iii. | Barang-barang berasal dari Zon Bebas; |
| iv. | Barang-barang keluaran Gudang Pengilangan Berlesen; |
| | v. | Barang-barang tidak berduti; |
| | vi. | Barang-barang yang sudah berbayar duti / cukai |
| vii. | Bagi penggabungan barang-barang yang diimport bersama barang-barang keluaran tempatan bercukai jualan, pemegang lesen hendaklah mengemukakan permohonan bertulis merangkumi butiran barangan kepada stesen Kastam yang mengawal. Pemindahan barang-barang ini hendaklah disertakan dengan Delivery Order. |
|
viii. | Walau bagaimanapun, penggabungan rokok dan minuman keras dengan barang-barang lain adalah tidak dibenarkan. |
| g. | Perdagangan Entrepot |
| | Aktiviti ini melibatkan pengeksportan semula barang-barang diimport. Barang-barang yang terlibat masih tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan Akta Perdagangan Strategik 2010. |
| h. | Pusat Perolehan Antarabangsa – IPC, Pusat Pengedaran Serantau – RDC dan Hab Prinsipal |
|
| Aktiviti yang dibenarkan adalah: |
|
|
i. | Pembungkusan semula. |
|
| ii. | Penggabungan barang-barang iaitu barang import / tempatan yang berduti / cukai / tidak berduti / sudah berbayar duti / cukai yang digabungkan dan disimpan untuk tujuan eksport dan jualan tempatan. |
| | Permohonan baharu untuk menjalankan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal hendaklah dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan berserta dengan dokumen-dokumen berikut: |
| |
i. | Surat kelulusan status IPC / RDC / Hab Prinsipal oleh MIDA. |
|
ii. | Salinan lesen gudang. |
|
|
iii. | Carta aliran proses aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal yang hendak dijalankan. iv. Senarai lengkap anggaran kuantiti barang-barang import / belian tempatan setahun, kod tarif dan jumlah duti / cukai terlibat. |
| | Permohonan pembaharuan menjalankan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal di GB hendaklah dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan. |
| | Sebarang bentuk perubahan atau penambahan senarai barang-barang untuk aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal perlu mendapat kelulusan daripada MIDA terlebih dahulu sebelum ianya dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan untuk kelulusan. |
| | Stesen yang mengawal GB yang berstatus IPC / RDC / Hab Prinsipal hendaklah memantau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan supaya syarat-syarat kelulusan dipatuhi. |