Apa itu Duti Eksais?
Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976. Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport.
Barangan tertakluk kepada Duti Eksais diwartakan dalam Perintah Duti Eksais 2022. Barangan tersebut adalah:
- Minuman Bergula /
Sugar-Sweetened Beverages (SSB)
- Kenderaan Bermotor
- Minuman Keras
- Rokok termasuk Tembakau dan Cerut
-
Mahjong Tiles
- Daun Terup
- Minuman Bergula/
Sugar-Sweetened Beverages (SSB)
- Kenderaan Bermotor
- Minuman Keras
- Rokok termasuk Tembakau dan Cerut
-
Mahjong Tiles
- Daun Terup
PENGENALAN MINUMAN BERGULA/ SUGAR-SWEETENED BEVERAGES (SSB)
1) Pengenalan Minuman Bergula/ SSB
Sebagai salah satu langkah ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan kawalan terhadap masalah obesiti dan
Non-Communicable Diseases (NCDs) yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, Menteri Kewangan melalui pembentangan bajet 2019 pada telah mengumumkan pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula atau
Sugar Sweetened Beverages (SSB).
2) Apakah itu Minuman Bergula/SSB
Minuman bergula/ SSB sama ada gula yang dikandung itu wujud secara semulajadi atau ditambah sedia untuk diminum tanpa mengikut bentuk bungkusan bagi kod tarif 2202 dan 2009.
3) Mengapa Duti Eksais Ke Atas Minuman Bergula/ SSB Diperkenalkan
- Mengurangkan kebolehdapatan minuman bergula di pasaran terutamanya kanak-kanak sekolah.
- Salah satu langkah ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
- Kawalan terhadap masalah obesiti dan
Non-Communicable Diseases (NCDs).
- Menteri Kewangan melalui pembentangan bajet 2019 telah mengumumkan pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula.
4) Kadar dan Tarikh Kuatkuasa
-
Fruit Juices di bawah kepala 2009
- Beverages/ Air Minuman di bawah kepala 2202
- Sedia untuk diminum tanpa mengikut bentuk pembungkusan
- Bermula 1 Julai 2019
- Kadar RM 0.40 Seliter
5) Produk minuman bergula/ Sugar Sweetened Beverages (SSB) yang dikenakan duti eksais
Kod Kepala Tarif | Kategori | Nilai ambang total sugar | Kadar Duti Eksais | Contoh
|
2009 | Jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran sama ada mengandungi gula tambahan atau mengandungi bahan pemanis yang lain. | >12 gram/100 ml | RM 0.40/liter | Jus Oren, Jus Limau |
2202 | Minuman bergas, minuman tidak-beralkohol kecuali produk minuman berasaskan susu haiwan | >5 gram/100 ml | RM 0.40/liter | Minuman Cola, Minuman Bertenaga , Minuman Bergas |
2202 | Minuman berasaskan susu haiwan | >7 gram/100 ml | RM 0.40/liter | Minuman susu, berperisa coklat. |
6) Mekanisma pengenaan Duti Eksais ke atas produk minuman bergula/ SSB
- Produk minuman bergula yang kandungan gulanya di atas threshold yang ditetapkan akan dikenakan duti eksais.
- Produk minuman bergula/ SSB yang sedia untuk diminum (ready to drinks).
- Produk minuman bergula/ SSB yang tidak termasuk dalam kategori di atas akan diberikan pengecualian di bawah Perintah Duti Eksais (Pengecualian)(Pindaan) (No. 2) 2019.
7) Total Sugar
- Threshold kandungan gula adalah berdasarkan jumlah gula keseluruhan (total sugar) yang ada dalam minuman tersebut.
- Sama ada gula tersebut wujud secara semulajadi atau ditambah.
- Jumlah kandungan gula adalah merujuk kepada semua monosakarida dan disakarida yang terkandung dalam makanan dan minuman sama ada secara semula jadi atau ditambah. Contoh gula: Fruktosa, glukosa, sukrosa, laktosa, maltosa dan sebagainya.
- Total sugar hendaklah dinyatakan pada label minuman setiap bungkusan.
8) Label Kandungan Gula dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
- Produk minuman bergula hendaklah dilabelkan seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Kandungan total sugar hendaklah dinyatakan dengan jelas pada label tersebut.
- Untuk menikmati pengecualian duti pengimport/ pengilang hendaklah menyertakan sijil dari makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.
- JKDM berhak mengambil dan menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.