​​​​​

 (Maklumat dikemaskini sehingga 9 Mei 2025)


​ 

1.      Apakah itu Dokumen Tempat Asal (Proof of Origin – POO)?

POO merupakan dokumen bagi mengesahkan tempat asal sesuatu barang. POO boleh dikeluarkan dalam pelbagai bentuk termasuk Preferential Certificate of Origin (PCO) atau Declaration of Origin (DOO) yang dinyatakan di dalam Perjanjian Perdagangan Bebas


 2.     Apakah itu Sijil Tempat Asal (CO)?​

CO bererti sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara pengeksport yang secara jelas memperakui tempat asal barang. Sijil ini terbahagi kepada 2 iaitu Preferential Certificate of Origin (PCO) dan Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO).


3.      Apakah itu Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO)?

Non-Preferential Certificate of Origin ialah dokumen spesifik untuk mengesahkan tempat asal barang, di mana pihak berkuasa pengeluar berhak untuk mengeluarkan dokumen bagi mengesahkan bahawa barang adalah berasal dari negara pengeksport di bawah Non-Preferential Rules of Origin. NPCO tidak boleh digunakan untuk menuntut kadar duti berkeutamaan dan barang akan dilepaskan menggunakan kadar duti Most-Favoured-Nation (MFN) iaitu kadar duti import biasa mengikut Perintah Duti Kastam yang berkuatkuasa.


​4.      Apakah itu kadar duti Most-Favoured-Nation (MFN)?

Kadar MFN adalah kadar tanpa diskriminasi dikenakan ke atas pengimportan (tidak termasuk kadar duti berkeutamaan di bawah perjanjian perdagangan bebas).


5.      Apakah itu Layanan Tarif Berkeutamaan?

Layanan Tarif Berkeutamaan ertinya kadar duti import yang diwartakan di dalam sesuatu perintah di bawah seksyen 11 Akta Kastam 1967 yang terpakai ke atas barang yang berasal dari negara pengeksport berdasarkan perjanjian perdagangan berkaitan.

 

6.      Apakah itu Preferential Certificate of Origin (PCO)?

PCO ialah dokumen spesifik untuk mengesahkan barang, di mana pihak berkuasa pengeluar berhak untuk mengeluarkan dokumen bagi mengesahkan bahawa barang adalah berasal dari sesuatu negara berdasarkan rules of origin di bawah sesuatu rangka kerja atau perjanjian antarabangsa yang berkuatkuasa.


7.      Apakah itu Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement – FTA)?

FTA adalah perjanjian yang dibuat antara dua atau lebih negara di mana negara-negara yang terlibat diberi akses keutamaan pasaran.

 

8.      Berapakah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang berkuatkuasa di Malaysia?

​Setakat ini, terdapat 11 perjanjian multilateral dan 7 perjanjian bilateral yang telah berkuatkuasa di Malaysia. Senarai FTAs yang telah berkuatkuasa adalah seperti berikut:

 

Bil ​Perjanjian Perdagangan Bebas
​1.ASEAN Trade In Goods Agreement (ATIGA)






Perjanjian Multilateral
​​​​​​​​​​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​​
​2. ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area (AANZFTA)
​3. ASEAN-China Free Trade Area (ACFTA)
​4. ASEAN-India Free Trade Area (AIFTA)
​5.ASEAN-Korea Free Trade Agreement (AKFTA)
​6. ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP)
​7. Developing Eight Preferential Tariff Agreement (D8 PTA)
​8.ASEAN-Hong Kong Free Trade Agreement (AHKFTA)
​9.Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement
​10.
Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) Agreement
​11.Trade Preferential System among the Member States of the Organisation of the Islamic Conference (TPS-OIC)
​12. Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA)




Perjanjian Bilateral
​​​​​​​ ​ ​ ​ ​ ​ ​
​13.Malaysia-Chile Free Trade Agreement (MCFTA)
​14. Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (MICECA)
​15.Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA)
​16.Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA)
​17.
Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement (MPCEPA)
​18. Malaysia-Turkey Free Trade Agreement (MTFTA)

 

Maklumat lanjut berkaitan perjanjian boleh didapati dari laman sesawang Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ​ (https://fla.miti.gov.my/index.php).

 

Manakala, perintah berkaitan kadar duti berkeutamaan boleh didapati dari portal Perundangan Persekutuan (https://lom.agc.gov.my/).

 

9.       Apakah itu Declaration of Origin (DOO)?

Declaration of Origin (DOO) merupakan pengikraran tempat asal menggunakan invois atau Certification of Origin bagi perjanjian CPTPP (kecuali Vietnam) yang dikeluarkan oleh Certified Exporter, Approved Exporter, pengeksport atau pengilang.

Sekiranya DOO tidak dapat dikeluarkan di atas invois pada masa pengeksportan, ia boleh dikeluarkan di atas dokumen komersial seperti billing statement, delivery order atau packing list.​


10.     Apakah itu Certified Exporter?

Certified Exporter adalah pengeksport sah yang dilantik oleh pihak berkuasa negara pengeksport untuk membenarkan pengeksport membuat pengikraran Declaration of Origin bagi barang dieksport.

 

​Menuntut kadar berkeutamaan semasa pengimportan:

11.    Bagaimanakah pengimport boleh menikmati kadar duti berkeutamaan semasa pengimportan?

Pengimport boleh menikmati kadar duti berkeutamaan dengn mengemukakan dokumen seperti berikut pada masa pengimportan:

(a)         Pengikraran import (Borang kastam bombor 1).
(b)         Dokumen Tempat Asal seperti Sijil Tempat Asal (CO), Declaration of Origin (DOO) atau Form D elektronik (e-Form D).
(c)         Dokumen sokongan (invois, bill of ladingpacking list, dan dokumen sokongan lain yang diperlukan oleh JKDM).

​​12.    Apakah jenis dokumen tempat asal di bawah setiap FTA?

​Senarai dokumen tempat asal berdasarkan FTA asalah seperti berikut:​ 

​No. ​​Free Trade Agreements​​​Proof of Origin Documents
​1.​​ASEAN Trade In Goods Agreement (ATIGA)a. Form D
b. Declaration of Origin by Certified Exporter
c.
e-Form D
​2.​ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area (AANZFTA)Form AANZ
​​3.​ASEAN-China Free Trade Area​​(ACFTA)Form E
​4.​ASEAN-India Free Trade Area (AIFTA)Form AI
​5.​ASEAN-Korea Free Trade Agreement (AKFTA)Form AK
​6.​ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP)Form AJ
​7.​Developing Eight Preferential Tariff Agreement (D8 PTA)Form D-8
​8.​ASEAN-Hong Kong Free Trade Agreement (AHKFTA)​Form AHK
9.​​Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement

a. Form RCEP
b. Declaration of Origin by Approved Exporter

​10.Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) Agreement​

a. Form CPTPP (import from Vietnam)
b. Certification of Origin based on minimum data requirement

​11.Trade Preferential System among the Member States of the Organisation of the Islamic Conference (TPS-OIC)Form TPS-OIC
​12.​Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA)​​​Declaration of Origin
​13.​Malaysia-Chile Free Trade Agreement (MCFTA)Form MCFTA
​14.Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (MICECA)Form MICECA
​15.​Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA)Form MJEPA
​16.​Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA)Declaration of Origin
​17.Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement (MPCEPA)​Form MPCEPA
​18.​Malaysia-Turkey Free Trade Agreement (MTFTA)​
Form MTFTA

 

13.   Apa yang perlu dilakukan sekiranya pengimport ingin menuntut layanan tarif berkeutamaan pada masa pengimportan, namun Dokumen Tempat Asal (POO) masih belum diterima dari pengeksport?


Pengimport dikehendaki membuat tuntutan layanan tarif berkeutamaan pada masa pengimportan. Bagi situasi Dokumen Tempat Asal tidak dapat dikemukakan pada masa pengimportan, pengimport dikehendaki membuat tuntutan layanan tarif berkeutamaan bagi memaklumkan niat syarikat (secara bertulis) untuk mengemukkan Dokumen Tempat Asal selepas pengimportan. Syarikat dikehendaki membuat perakuan/mengesahkan bahawa barang yang diimport adalah berasal dari negara ahli FTA dan telah mematuhi peraturan tempat asal di bawah FTA berkaitan. Dokumen Tempat Asal perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pengimportan bagi tujuan tuntutan pulang balik tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam FTA berkaitan. Merujuk kepada FTA yang sedang berkuatkuasa, permohonan pulang balik duti import (refund) hanya dibenarkan di bawah perjanjian CPTPP, RCEP, MCFTA, dan MNZFTA.

Sebagai contoh, bagi permohonan tuntutan pulang balik duti di bawah layanan tarif keutamaan CPTPP, pengimport dikehendaki membuat tuntutan dengan memaklumkan niat syarikat untuk mengemukakan CPTPP 
Certification of Origin selepas pengimportan. Pemakluman tersebut hendaklah dalam format bertulis dengan memasukkan klausa dalam Borang Kastam Nombor 1 (K1) bahawa pengimport mengaku/mengesahkan bahawa barang yang diimport adalah berasal dari negara CPTPP dan telah mematuhi peraturan tempat asal di bawah CPTPP. CPTPP Certification of Origin akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pengimportan berdasarkan perundangan dan prosedur yang berkuatkuasa.


​14.    Adakah pengimportan menggunakan Dokumen Tempat Asal (POO) yang diverifikasi boleh dilepaskan dari kawalan kastam?

Pengimportan boleh dilepaskan setelah pembayaran duti pada kadar MFN dibuat. Pengimport juga dibenarkan untuk mengemukakan jaminan bank ke atas perbezaan duti import pada kadar MFN dan kadar tarif berkeutamaan sementara menunggu keputusan verifikasi.


​15.  ​Adakah pengimport layak menikmati kadar duti berkeutamaan sekiranya maklumat di dalam Dokumen Tempat Asal (POO) dan pengikraran import (Borang Kastam No. 1 - K1) yang diikrar adalah berbeza?

Pengimport perlu memastikan semua maklumat yang terkandung di dalam POO adalah sepadan dengan pengikraran import yang dibuat serta dokumen sokongan yang berkaitan seperti invois dan Bill of Lading.


16.    Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya terdapat kegagalan untuk mengikrar maklumat pengikraran dengan lengkap dan tepat berkaitan tempat asal semasa pengimportan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 79 (1) Akta Kastam 1967 atau gagal mengemukakan dokumen sokongan yang sah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 100 Akta Kastam 1967?

Ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tujuh (7) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Versi HS

17.     ​Bagi situasi kod HS di Dokumen Tempat Asal (POO) tidak dijumpai semasa pengimport atau ejen yang dilantik membuat pengikraran import, pengimport atau ejen yang dilantik perlu membuat korelasi versi HS di POO untuk dipadankan dengan versi kod HS yang ditawarkan di bawah sesuatu FTA. Versi HS bagi setiap FTA boleh dirujuk di dalam Perintah Duti Kastam FTA berkaitan.

Contoh: Form MJEPA dikeluarkan menggunakan HS versi 2002 dari Jepun, manakala Perintah Duti Kastam MJEPA mewartakan HS versi 2007. Pengimport dan ejen yang dilantik perlu membuat korelasi Hs versi dari 2002 kepada 2007 untuk diikrar di dalam pengikraran import.

Pada masa pengeksportan:

18.    Apakah syarat bagi sesuatu dagangan eksport untuk mengikrar tempat asal sebagai Malaysia?

Bagi mengikrar dagangan dengan tempat asal MALAYSIA, proses pengeluaran barang di Malaysia perlu melepasi syarat minimum kriteria tempat asal yang ditetapkan oleh pihak MITI di bawah Non-Preferential Rules of Origin atau mematuhi kriteria tempat asal di bawah FTA yang berkaitan.

​19.  ​​Bagaimana pengeksport boleh memohon Preferential Certificate of Origin (PCO) atau Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO)?

  • ​Pengeksport Malaysia boleh memohon PCO melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
  • Pengeksport Malaysia boleh memohon NPCO melalui Chambers dan Association yang diiktirafkan oleh MITI. Senarai pihak berkuasa mengeluarkan NPCO boleh dirujuk di Laman Web MITI.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Preferential Certificate of Origin (PCO) or Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO) bagi tujuan eksport boleh dirujuk di laman web MITI.  


20.    Bagaimanakah pengeksport boleh memohon untuk menjadi Certified Exporter?

Permohonan tersebut boleh dibuat melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).