Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui Portal Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.customs.gov.my.
 
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (www.customs.gov.my) ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel
 
Pautan
Portal JKDM mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.
 
File Log
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal JKDM, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.
 
Cookies
Pada masa ini, cookies tidak digunakan. Walaubagaimana pun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.
 
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
 
Pertanyaan, Maklumbalas atau Aduan
Sebarang pertanyaan,maklumbalas atau aduan mengenai dasar privasi www.customs.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui Sistem e-Aduan yang disediakan.