​​

​1.​​​​Barang-barang yang disenaraikan di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian Barang) 1998 adalah dikecualikan dari peruntukan Seksyen 4 Akta Zon Bebas 1990 dan tertakluk kepada pembayaran duti kastam dan duti eksais. Senarai barang-barang tersebut adalah seperti jadual berikut:

​Perintah Zon Bebas (Pengecualian Barang) 1998​​ ​
​1.​​ Trak angkat susun (forklift)
​2.​Kren
3.​Bahan dan peralatan pembinaan / bangunan
​4.Peralatan / perabot pejabat
​5.Peralatan pemadam kebakaran dan pengawalan pencemaran
6.​Kenderaan bermotor dan alat ganti
​​7.Petroleum/keluaran petroleum​​​
​8.Tayar
​9.Bahan letupan dan kimia
​10.Peralatan hawa dingin
​11.Alat bantu pengilangan
​12.Semua barang dan perkhidmatan yang tidak digunakan secara langsung dalam aktiviti yang diluluskan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta
​13.Liquor yang memabukkan, produk tembakau dan rokok, terpakai hanya bagi Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir
​14.Rokok, rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa, paip tembakau (termasuk kepala paip) dan sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektronik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin, yang diimport ke dalam zon bebas selain zon bebas yang dibenarkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6A Akta Zon Bebas 1990 bagi tujuan pengeksportan semula
​13. Rokok, produk tembakau, rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa, paip tembakau (termasuk kepala paip) dan sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin, yang diimport ke dalam zon bebas yang dibenarkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6A Akta
​​
​ ​
​2.​​Rokok, produk tembakau, rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa, paip tembakau (termasuk kepala paip) dan sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk ce​cair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin, yang diimport ke dalam zon bebas yang dibenarkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6A Akta