Content Editor

MAKLUMAN

  1. Dengan terlaksananya Akta Perdagangan Strategik 2010, pengembara yang meninggalkan Malaysia dengan barang strategik yang ternyata dalam Bahagian 1 dan 2 Jadual Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 adalah dikehendaki memperolehi permit  di bawah Akta ini dan mengikrar kepada kastam di pintu keluar negara dengan menggunakan Borang Kastam No. 22.

  2. Permit Khas hendaklah diperolehi untuk barang strategik jika ke negara dan destinasi terhad seperti di Bahagian 3 Jadual Pertama  Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang) 2010.

  3. Kegagalan mengemukakan permit dan / atau permit khas dan mengikrar kepada kastam untuk barang strategik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(1), 9(2) dan 9(3) Akta Perdagangan Strategik 2010 dan apabila disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(4), 9(5) dan 9(6) Akta yang sama.

  4. Senarai barang strategik boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.customs.gov.my dan maklumat ringkas mengenai Akta Perdagangan Strategik 2010 boleh diperolehi dari www.miti.gov.my.

Customs Call Ce​ntre

Royal Malaysi​an Customs Department

Tel : 03-7806 7200 (0830-1700 hrs)
Fax: 03-7806 7599
E-mail : ccc@customs.gov.my

The Strategic Trade Sec​retariat​ ​​​ ​​​

​​Ministry of International Trade and Industry

Tel : 03-6203 4683 / 03-6203 3365
​E-mail : admin.sts@miti.gov.my​
​​