| 
					
					
					
					
				 | 
				
				
				
					
				 | 
				
				
					
						- 
							
								KALENDAR AKTIVITI
 
								Lihat Aktiviti Terkini
							
							
						 
						
						- 
							
								AGENSI
 
								Lihat Laman Sesawang Agensi-Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan Lain Disini
									
						 
						
						- 
							
								ADUAN & CADANGAN
 
								Sistem Aduan Awam
							
						 
						
						- 
							
								REGISTER  
							
							|
							
								LOGIN
							
 
							GST shall be levied and charged on the taxable supply of
						 
						- 
								CHECK WITH EXPERT
 
								GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services. 
								more
						 
						- 
								GST CALCULATOR
 
								GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services. 
								more
						 
						
						- 
							
								MUAT TURUN
 
								Muat Turun Dokumen/Borang Disini
							
						 
					 
				 | 
				
			
			
			
				
				
				
					
						  
							
							
	
								
								
	
		
		
			Page Content  
		
	
Profil Bahagian
Objektif Bahagian Penguatkuasaan adalah untuk membanteras segala bentuk penyeludupan dan penyelewengan dengan cekap dan berkesan bagi mempastikan segala undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh Jabatan dipatuhi sepenuhnya. Dengan demikian hasil negara serta kepentingan masyarakat sentiasa dipelihara dan dilindungi tanpa mengganggu transaksi perdagangan yang sah. 
Struktur Organisasi 
Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Ibu Pejabat, negeri dan stesen. 
- Di peringkat Ibu Pejabat, Bahagian Penguatkuasaan adalah diketuai oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) yang berjawatan JUSA B, bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan). Beliau dibantu oleh dua orang Ketua Cawangan yang berjawatan Gred JUSA C dan tiga orang pegawai yang berjawatan Gred W54. 
 
- Di peringkat negeri, Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh: Timbalan Pengarah Kastam berjawatan Gred W54 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan JUSA C); Penolong Kanan Pengarah Kastam Gred W52 atau W48 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W54); dan Penolong Pengarah Kastam Gred W44 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W52). 
 
- Di peringkat stesen, Bahagian Penguatkuasaan adalah diketuai sama ada oleh Penolong Pengarah Kastam Gred W44 atau Penguasa Kastam Gred W41, bergantung  kepada negeri di mana stesen itu terletak. 
   
Fungsi Bahagian
Fungsi 
 Bahagian Penguatkuasaan mempunyai fungsi seperti berikut : 
  
- 
Menjalankan 	operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah 	meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan. 
 
  
- 
Menjalankan 	operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi  melalui 	kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan  	 pemeriksaan ke atas premis yang disyaki.  
 
  
- 
Menjalankan 	siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan 	samada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau 	hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan 	siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 
 
  
- 
Melaksanakan 	operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan 	mematahkan saluran penghantaran sindiket, memecahkan rangkaian 	sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya 	dihapuskan melalui tindakan serbuan, penggelidahan, operasi dan 	perang saraf. 
 
  
- 
Membuka 	Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan 	diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap 	kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan samada 	melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun. 
 
  
- 
Menguruskan 	penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen. 
 
  
- 
Mengadakan kempen anti 	penyeludupan sebagai mekanisma memberi kesedaran kepada orang awam 	mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama  dengan 	lain-lain agensi penguatkuasa di dalam dan luar negara. 
 
  
- 
Melaksanakan tugas-tugas 	penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan  hak harta 	intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan 	Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of 	Mass Destruction (WMD).
    
 Tugasan Bahagian
  
Tugasan utama Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut: 
Pencegahan 				dan Rampasan 
- Menjalankan tugas-tugas pencegahan penyeludupan di darat dan laut.
 
- Pengurusan 	barang-barang rampasan dan lucut hak.
 
 
  
Siasatan  
- Membuat 	siasatan ke atas kes-kes 
 
- Memantau 	perkembangan kertas siasatan yang berprofil tinggi.
 
- Pemantauan 	ke atas kertas siasatan
 
- Mengkaji 	kekuatan dan kelemahan kertas siasatan.
 
- Melaksanakan 	penyelesaian kes-kes berasaskan keputusan melalui perbincangan meja 	bulat.
 
- Melaksanakan 	siasatan secara bersepadu ke atas kes-kes penting bagi tujuan 	mempercepatkan penyelesaian tempoh siasatan.
 
 
  
Pendakwaan 
- Mengkaji 	kelemahan dan kekuatan siasatan
 
- Menjalankan 	pendakwaan
 
- Mengkaji dan 	mencadangkan pindaan ke atas undang-undang tadbiran Jabatan
 
- Mengkaji 	keputusan penghakiman untuk dijadikan tanda aras
 
- Melakukan 	kajian kes-kes
 
 
  
  
Narkotik 
- Merancang 	pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah 	Negara dalam bidang penguatkuasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah 	Jabatan. 
 
- Melaksana 	aktiviti pengesanan / penguatkuasaan di semua pintu masuk negara 	melalui darat, laut dan udara. 
 
- Merancang 	aktiviti risikan dadah melalui kaedah risikan strategik dan 	operational ke atas individu / sindiket yang terlibat.
 
- Memberi 	arahan dan nasihat berkenaan hal Penguatkuasaan dan penyiasatan kes 	dadah kepada negeri. 
 
- Menyediakan 	bekalan / peralatan yang mencukupi dan anjing pengesan dadah yang 	terlatih bagi menjalankan aktiviti pengesanan dengan berkesan.
 
- Mengeluarkan 	surat pekeliling, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian 	kes yang berkaitan dengan dadah.
 
 
  
Risikan 
- Menyelaras 	aktiviti risikan di antara negeri / stesen dengan Ibu Pejabat. 
 
- Meneliti 	dan mengkaji laporan perisikan dan profil yang dihantar oleh negeri 	/ stesen untuk diambil tindakan susulan. 
 
- Membuat 	kajian dan analisis khas ke atas aktiviti penyeludupan bagi tujuan 	merancang dan menyusun strategi Penguatkuasaan. 
 
- Mengkaji 	dan menganalisis maklumat/aduan mengenai penyeludupan dan 	penyelewengan yang diterima dan dikumpul dari pelbagai sumber dan 	seterusnya menyusun strategi dan mengeluarkan arahan untuk tindakan 	selanjutnya.
 
- Mengeluarkan 	 dan mengedar surat-surat pekeliling Penguatkuasaan, arahan 	berjaga-jaga, notis perisikan dan  kajian kes.
 
- Mengujud 	dan meningkatkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa 	lain dalam dan luar negeri. 
 
- Merancang 	dan mengeluarkan perintah / arahan operasi untuk dilaksanakan oleh 	negeri bagi menangani penyeludupan dan penyelewengan secara berkala 	mengikut kesesuaian / keperluan dan seterusnya menyediakan laporan 	hasil pelaksanaan sesuatu operasi itu. 
 
- Memberi 	bantuan siasatan kepada negeri / stesen dan juga agensi-agensi 	penguatkuasaan lain dalam dan luar negara.
 
 
  
Piagam Pelanggan
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, IBU PEJABAT  
Selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :  
- 
 Semua aduan awam dan maklumat yang lengkap yang diterima dari orang awam hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.    
 
- 
Menjalankan siasatan yang lengkap dan kemaskini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kes diperolehi bagi membolehkan keputusan dibuat.  
 
- 
 Membuat pembayaran hadiah kepada ampoma dalam tempoh 7 hari dari tarikh cek pembayaran diterima daripada Cawangan Kewangan.  
 
- 
 Mengeluarkan keputusan semua kes rayuan dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan diperolehi  
 
- 
Memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan muktamad dibuat.  
 
- 
Melaksanakan pelupusan barang-barang lucuthak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diperolehi.  
 
 
KAMI MENGIKTIRAF HAK PELANGGAN 
- 
Untuk mendapat maklumat /nasihat yang tepat  
 
- 
Untuk mendapat kelulusan mengikut tempoh yang ditetapkan  
 
- 
Untuk mendapat perkhidmatan yang mesra dan adil  
 
- 
Untuk menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan 
    
 
	   
		 
		
	 
							
 
						 
				
				
				
				    |