1. | Mesin, peralatan dan alat ganti. |
| 1.1 |
Mesin, peralatan dan alat ganti yang digunakan secara langsung dalam proses pengilangan layak dipertimbangkan untuk mendapat pengecualian duti import, manakala cukai jualan adalah tidak dikenakan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. |
| 1.2 | Semua Mesin, peralatan dan alat ganti tidak boleh dijual, ditukarmilik, dieksport atau dikeluarkan dari kilang syarikat tanpa kebenaran Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. |
| 1.3 | Mesin, peralatan dan alat ganti yang tidak layak diberi pengecualian duti import dan cukai jualan adalah seperti berikut: |
| | 1.3.1 | forklift / crane / construction / building material / equipment, |
| | 1.3.2 | office equipment / furniture, fire-fighting and pollution equipment and vehicles, |
| | 1.3.3 | generator, petroleum and petroleum products, tyre, explosive and chemicals, |
| | 1.3.4 | air conditioning equipment dan alat-alat berkaitannya dan |
| | 1.3.5 | pakaian kakitangan. |
| | 1.4 | Senarai inventori mesin, peralatan dan alat ganti hendaklah disediakan dan dikemaskini untuk pemeriksaan Kastam. |
2. | Bahan Mentah, Komponen, Aksesori dan Bahan Pembungkusa |
n |
| 2.1 | Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam aktiviti pengilangan layak mendapat pengecualian duti import. Manakala cukai jualan adalah tidak dikenakan. Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. |
| 2.2 | Bahan mentah, komponen, aksesori dan bahan pembungkusan boleh juga dibeli dari Gudang Berlesen, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen lain. |
3. | Alat Kelengkapan Lain Untuk Aktiviti Pengilangan. |
| 3.1 | Peralatan cleanroom dan alat bantu pengilangan (manufacturing aids) untuk kegunaan secara langsung dalam pengilangan boleh dipertimbangkan untuk pengecualian duti import dan tidak dikenakan cukai jualan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri / Pengarah Operasi Zon. |
4. | Pelepasan Import |
| 4.1 | Pengimportan mesin, peralatan, bahan mentah, komponen, aksesori serta bahan pembungkusan hendaklah diikrar di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK). SMK akan membuat validasi secara otomatik berdasarkan nombor lesen GPB dan nombor pendaftaran syarikat. Bagi menuntut pengecualian duti import, kod jenis transaksi (transaction type) L (LMW Import) hendaklah digunakan. |
| 4.2 | Pengecualian duti import boleh dituntut di bawah
butiran 55, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Manakala cukai jualan
adalah tidak dikenakan berdasarkan peruntukan Seksyen 57(a)(i) Akta Cukai
Jualan 2018. Jenis transaksi yang digunakan adalah X (exemption) untuk
pengecualian duti import dan OE (other) untuk pengecualian cukai jualan. |
| 4.3 | Sekiranya pengimportan barang tersebut tertakluk
kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, syarat-syarat yang
ditetapkan hendaklah dipatuhi. |