​​​​​

Malaysia adalah antara negara perdagangan terbesar di dunia dan penyertaan aktif oleh syarikat Multinasional dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang menyumbang kepada pelbagai sektor seperti pertanian, pembuatan, elektronik dan teknologi maklumat. 

Pergerakan barangan yang pantas dan selamat, dokumentasi minimum, campur tangan manusia yang minimum dan kebolehramalan proses kastam adalah elemen penting untuk keberkesanan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perolehan, pembekalan, pengedaran dan pemasaran secara global kepada sektor pembuatan dan perdagangan.

Sistem perdagangan global terdedah kepada eksploitasi pengganas yang boleh merosakkan dan mengganggu rantaian bekalan dan secara tidak langsung menjejaskan keseluruhan ekonomi global. 

AEO adalah konsep yang diperkenalkan oleh SAFE Framework of Standard yang merujuk kepada pengendali yang terlibat dalam pergerakan barangan di sepanjang rantaian bekalan perdagangan antarabangsa yang telah mencapai standard keselamatan yang diperlukan dan diakreditasi oleh pentadbiran kastam. Program AEO yang dibangunkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah berdasarkan konsep yang sama.

Konsep AEO menggalakkan transaksi elektronik untuk pengurusan keselamatan yang lebih baik dalam rantaian bekalan. Untuk aliran perdagangan yang lancar, pengendali ekonomi digalakkan untuk melaksanakan ciri-ciri keselamatan yang tinggi berdasarkan piawaian antarabangsa dalam pengurusan harian mereka dalam semua aspek aktiviti perniagaan, antara lain termasuk aktiviti pembuatan, pergerakan bahan mentah dan barangan siap, penyimpanan dan pergudangan dan juga memastikan pengangkutan dan pengendalian barangan yang selamat.

Pengendali ekonomi yang mempunyai tahap pematuhan yan​g tinggi dan pengurusan keselamatan yang tinggi digalakkan untuk memohon Program AEO daripada JKDM.

​​​Sila layari http://customsgc.gov.my/index_aeo.html​ untuk maklu​mat lanjut dan rujuk FAQ berkaitan Program AEO.