Profil Bahagian

Struktur Bahagian

Bahagian Perancangan Korporat terdiri daripada empat (4) cawangan seperti  berikut:

  • Cawangan Perancangan Strategik

  • Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa

  • Cawangan Perhubungan Awam

  • Cawangan Keurusetiaan dan Penyelarasan 

Dasar Amalan 5’S JKDM

Warga JKDM sentiasa mengamalkan semangat kerja berpasukan, berdisiplin dan ceria demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan selamat melalui amalan 5’S yang berterusan.

Slogan 5’S

Persekitaran Kondusif Paksi Perkhidmatan Cemerlang. 

Fungsi Bahagian

Fungsi Bahagian

Bahagian Perancangan Korporat merupakan salah satu bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertanggungjawab ke atas pengurusan perancangan strategik jabatan, hal ehwal antarabangsa, perhubungan awam, keurusetiaan dan program-program keagamaan. Bahagian ini terlibat secara langsung dalam usaha-usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selaras dengan dasar perkhidmatan awam dan kerajaan serta amalan dan kehendak antarabangsa.

Objektif Bahagian

  • Mengerat dan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan Pentadbiran Kastam Luar Negara supaya pertukaran maklumat perkastaman dapat dilaksanakan dengan berkesan selari dengan amalan perkastaman antarabangsa.
  • Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui kajian dan penyelidikan serta penyelarasan program kualiti, inovasi dan produktiviti.
  • Menyelaras usaha-usaha pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan perubahan dan pemodenan organisasi selari dengan dasar pekhidmatan awam dan kerajaan.
  • Memantapkan imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui komunikasi korporat dan pengurusan perhubungan awam.
  • Menyelaras dan mengurusetiakan mesyuarat peringkat tertinggi Jabatan, teguran-teguran audit dan cadangan-cadangan baru potensi cukai.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Bahagian Perancangan Korporat

Selaras dengan Dasar i-SPEED ("Integrity", "Speed", "Professional", "Efficient", "Effective" dan "Dynamic") berteraskan pendekatan holistik yang menjurus ke arah perkhidmatan yang berintegriti, pantas, professional, cekap dan efektif, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :-

  1. Melaksanakan dan menyediakan Laporan Kajian dalam tempoh 8 bulan.
  2. Menyediakan Pelan Tindakan Strategik Lima (5) Tahun Jabatan dalam tempoh 3 bulan.
  3. Merancang pelaksanaan program-program Kualiti Jabatan dalam tempoh 1 bulan.
  4. Mengurus dan menyediakan perakuan punca baru Cukai Tak Langsung bagi maksud Bajet Tahunan sebelum februari setiap tahun.
  5. Merancang pelaksanaan program Sambutan Hari Kualiti Jabatan dalam tempoh 1 bulan.
  6. Membuat ‘feasibility study’ atas proposal pihak swasta dalam tempoh 1 bulan.
  7. Mengurus dan mengambil tindakan ke atas pertanyaan dan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan/ pertanyaan diterima.


Kami juga mengiktiraf hak pelanggan seperti berikut :

  • Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil, tepat dan professional.
  • Mendapatkan laporan/maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Mempunyai peluang untuk membuat aduan, pandangan dan cadangan.