​​​​​​​

​1. ​​ ​ ​PENDAHULUAN.
​​ ​1.1 GPB dilesenkan di bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan keluaran siap berorientasikan eksport. Selain dilesenkan untuk menjalankan pengilangan, GPB juga dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain selain pengilangan seperti nilai tambah, International Procurement Centre (IPC), Regional Distribution Centre (RDC) dan Remanufacturing, Repairing and Servicing.​​ ​
​1.2 Secara dasarnya, permohonan ke atas aktiviti-aktiviti selain pengilangan diproses diperingkat zon / negeri dan dipanjangkan ke Ibu Pejabat untuk pertimbangan selanjutnya. Walau bagaimanapun, berkuatkuasa mulai 1 April 2020 semua permohonan hendaklah diproses dan keputusannya dikeluarkan di peringkat zon / negeri sahaja tanpa perlu dimajukan ke Ibu Pejabat.​ ​
​1.3 Ketetapan baharu ini dibuat berdasarkan keputusan pihak Kementerian Kewangan Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari 2020. Penurunan kuasa melulus kepada Ketua Pengarah Kastam melalui Pengarah Operasi Zon atau Pengarah Kastam Negeri ini dengan matlamat untuk meningkatkan tahap penyampaian serta memudahkan urusan pelanggan.​ ​
​2. TUJUAN
Panduan ini dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada syarikat GPB berhubung tatacara permohonan untuk menjalankan aktiviti tambah nilai agar ianya dapat diseragamkan pelaksanaannya di semua peringkat zon dan negeri.​​ ​ ​
​3. SKOP​​​ ​ ​
Aktiviti selain pengilangan yang diturunkan kuasa melulus ke peringkat zon dan negeri adalah seperti berikut:​​ ​ ​
​3.1 Aktiviti tambah nilai
​a.Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development);
​b. ​Rekabentuk (Product Design);
​c.Pemasaran (Marketing), hanya bagi pengilang berstatus International Procurement Centre, IPC;
​d. ​Pengagihan (Distribution), hanya bagi pengilang berstatus Regional Distribution Centre, RDC;
​e.Kawalan Mutu (Quality Control);
​f.Pengujian dan Pentauliahan (Testing and Commissioning) termasuk Penentukuran dan Konfigurasi (Calibration and Configuration);
​g.Pelabelan, Pembungkusan dan Pembungkusan Semula (Labelling, Packaging and Re-Packaging); dan
​h.Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis (Remanufacturing, Repairing and Servicing).
​3.2 Pengurusan Rantaian Bekalan, Operasi Perolehan Strategik dan Penyelesaian Sokongan Menyeluruh (Supply Chain Management, Strategic Procurement Operation and Total Support Solution).​​ ​
​4. TERMINOLOGI
​4.1

Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development, R&D).

Aktiviti penyelidikan ke atas sesuatu produk bagi mendapatkan pengetahuan tertentu atau menggunakan pengetahuan tersebut untuk menghasilkan atau mempertingkatkan bahan / peralatan / produk / hasil / proses untuk tujuan perniagaan.

​4.2

Rekabentuk (Product Design).

Aktiviti penyelidikan, perekayasaan dan pembuatan bagi menghasilkan sesuatu rekaan produk baharu atau penambahbaikan rekaan produk sedia ada bagi memenuhi permintaan dan keperluan semasa pengguna serta kebolehpasaran dan pengeluaran produk.

​4.3

Pemasaran (Marketing), hanya bagi pengilang berstatus International Procurement Centre, IPC.

Aktiviti perolehan serta jualan bahan mentah, komponen dan barang siap daripada sumber luar negara serta tempatan kepada syarikat di dalam dan luar negara.

​4.4

Pengagihan (Distribution), hanya bagi pengilang berstatus Regional Distribution Centre, RDC.

Aktiviti pengumpulan dan penggabungan barang siap serta alat ganti jenama sendiri yang dihasilkan oleh syarikat dalam kumpulan untuk diagihkan kepada peraih, pengimport, subsidiari atau kepada syarikat dalam dan luar negara.

​4.5

Kawalan mutu (Quality Control).

Pemeriksaan ke atas sesuatu barang bagi memastikan barang yang dihasilkan mematuhi piawaian mutu atau standard yang ditetapkan.

​4.6

Pengujian dan Pentauliahan (Testing and Commissioning) termasuk Penentukuran dan Konfigurasi (Calibration and Configuration).

Penelitian ke atas sesuatu produk dengan menggunakan mekanisma tertentu bagi memastikan ianya menepati spesifikasi.

​4.7

Pelabelan, Pembungkusan dan Pembungkusan Semula (Labelling, Packing and Re-Packaging).

Membawa masuk bahan mentah, komponen atau produk siap untuk pelabelan atau pembungkusan atau pembungkusan semula untuk penyatuan produk (product consolidation), kitting* dan integrasi sebelum pengedaran kepada pengguna akhir.

Pelabelan termasuk penandaan produk menggunakan RFID bagi menyediakan maklumat mengenai produk seperti jenama, harga dan spesifikasi lain.

*Proses kitting merujuk kepada koleksi bahagian dan bahan dikumpulkan bersama dalam kit tunggal.

​4.8

Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis (Remanufacturing, Repairing and Servicing).

Pengilangan semula adalah proses perindustrian yang mempunyai standard di mana teras (cores) dikembalikan kepada keadaan seperti baharu atau lebih baik dari segi keadaan fizikal dan prestasi. Proses ini hendaklah mengikut spesifikasi teknikal tertentu termasuk piawaian kejuruteraan, kualiti dan pengujian oleh Original Equipment Manufacturer (OEM). Produk yang telah melalui proses pengilangan semula akan mempunyai jaminan (warranty) daripada pengilang.
Meliputi proses:

​a.pengurusan teras dan penyisihan teras,
​b.pembongkaran teras menjadi bahagian,
​c.pembersihan semua bahagian dalaman dan luaran,
​d.kerja semula (reworking),
​e.pemesinan atau melaksanakan operasi lain yang diperlukan untuk mengembalikan komponen / peralatan dalam keadaan kerja asal atau lebih baik,
​f.pemulihan semua bahagian yang rosak, cacat atau haus kepada keadaan yang baik,
​g.penggantian semua komponen yang hilang, komponen mandatori; dan
​h.pemasangan semula komponen dan ujian terakhir terhadap komponen yang telah dipasang semula.
​4.9

Pengurusan Rantaian Bekalan, Operasi Perolehan Strategik dan Penyelesaian Sokongan Menyuluruh (Supply Chain Management, Strategic Procurement Operation and Total Support Solution).

Pengurusan bekalan bahan mentah dan komponen untuk proses pembuatan sendiri, syarikat kumpulan dan untuk menyokong aktiviti kontrak pembuatan (contract manufacturing) di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan kelangsungan aktiviti syarikat.

​5. KRITERIA PERMOHONAN​​​ ​ ​
​5.1 Kriteria / syarat umum yang perlu dipatuhi:​​ ​
​a. Syarikat telah mendapat lesen Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) atau beroperasi di dalam Kawasan Zon Perindustrian Bebas (FIZ);​
​b.Aktiviti tambah nilai berkaitan adalah berhubungkait dengan aktiviti pengilangan utama;
​c. Aktiviti pengilangan seperti yang diluluskan di dalam Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan lesen GPB di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 tidak boleh dihentikan​
​d.Aktiviti tambah nilai ini hanyalah aktiviti sampingan sahaja yang mana nilai jualan barangan yang terhasil daripada aktiviti ini tidak melebihi 40% daripada nilai jualan tahunan syarikat. Syarat ini tidak terpakai untuk syarikat yang berstatus IPC dan RDC.
​e.Syarikat perlu membuat pengasingan dari segi operasi / peralatan / kemudahan / mesin di antara aktiviti pengilangan dengan aktiviti tambah nilai di dalam premis kilang.
​f.Syarikat dikehendaki menyimpan rekod yang teratur dan lengkap bagi bahan mentah / komponen yang diimport dan dieksport untuk semakan Jabatan Kastam.
​g. ​Syarikat perlu menyediakan akaun yang berasingan bagi aktiviti tersebut dan boleh diakses pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Kastam Negeri / Stesen Kastam yang mengawal syarikat.
​h. ​Produk / keluaran siap yang diluluskan bagi aktiviti tambah nilai hendaklah dikembalikan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, penjualan ke kawasan FIZ dan LMW adalah dibenarkan dengan syarat digunakan sebagai bahan mentah bagi tujuan pengilangan syarikat berkenaan. Syarat dan kemudahan ini tidak terpakai untuk syarikat yang berstatus IPC, RDC dan bagi aktiviti pelabelan, pembungkusan atau pembungkusan semula.
​i.Pengecualian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tertakluk kepada dasar dan perundangan semasa. Jika duti / cukai berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti / cukai yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.
​j.Syarikat hendaklah mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan undang-undang serta peraturan lain yang berkuat kuasa di Malaysia.
​5.2 Kriteria / syarat khusus yang perlu dipatuhi;​​ ​
​a.
Pelabelan, Pembungkusan atau Pembungkusan Semula (Labelling, Packaging or Re-Packaging).

Label negara asal pengeluar (country of origin) tidak boleh diubah. Aktiviti pelabelan yang dibenarkan adalah bermaksud keadaan di mana pengilang yang menjalankan aktiviti campuran atau pembungkusan semula yang menyebabkan perubahan formula isi kandungan ataupun bentuk pembungkusan. Dalam keadaan demikian, label baru yang menunjukkan maklumat serta bentuk pembungkusan terkini hendaklah dipamerkan.

​b. Pemasaran (marketing), hanya bagi pengilang berstatus International Procurement Centre, IPC.​

​i. ​Syarikat telah memperoleh kelulusan status IPC daripada MIDA;
​ii.Mematuhi semua syarat-syarat IPC; dan
​iii.Senarai barang untuk aktiviti IPC adalah berdasarkan kelulusan daripada MIDA.
​c. ​Pengagihan (distribution), hanya bagi pengilang berstatus Regional Distribution, RDC.
​i.Syarikat telah memperoleh kelulusan status RDC daripada MIDA;
​ii. ​Mematuhi semua syarat-syarat RDC; dan
​iii. ​Senarai barang untuk aktiviti RDC adalah berdasarkan kelulusan daripada MIDA.
​d. Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis (Remanufacturing, Repairing and Servicing).​
​i.Produk elektronik, elektrik, mesin dan peralatan;
​ii.Syarikat perlu mendapatkan sokongan daripada MIDA;
​iii.Mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar bahawa tiada generation of toxic waste;
​iv.Sebarang bentuk pelupusan adalah tertakluk kepada peraturan dan prosidur kastam
​v. ​Produk yang gagal menjalani aktiviti tambah nilai ini hendaklah dipulangkan semula kepada pelanggan asal.
​e. Pengurusan Rantaian Bekalan, Operasi Perolehan Strategik dan Penyelesaian Sokongan Menyeluruh (Supply Chain Management, Strategic Procurement Op​eration and Total Support Solutions)​​ ​
​i.Pembekalan dan pengedaran bahan mentah, komponen dan barang siap dalam kumpulan syarikat yang sama (dalam dan luar negara) atau contract manufacturer;
​ii.Pembekalan kepada syarikat dalam kumpulan yang sama atau dikalangan contract manufacturer di dalam negara adalah tertakluk kepada duti dan cukai (jika berkenaan); dan
​iii.Hanya senarai barang yang diluluskan sahaja dibenarkan untuk aktiviti ini.
​5.3 Kelulusan adalah tertakluk kepada definisi, skop, kriteria dan syarat yang telah ditetapkan sahaja. Permohonan yang tidak mematuhi mana-mana kriteria dan syarat yang ditetapkan perlu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia secara keseluruhannya atau sebahagiannya, tertakluk kepada kesesuaiannya.​​ ​
​6. PELAKSANAAN​​​ ​ ​
​6.1
Permohonan hendaklah dimajukan kepada Stesen Kastam yang mengawal syarikat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk Tindakan pegawai kanan kastam yang mengawal syarikat;​ ​

​​ ​Bil ​ ​Aktiviti​ ​Dokumen ​
​Khusus ​Umum
a)

Penyelidikan dan Pembangunan

​​​​​​​​i.  Surat Iringan (Covering Letter);
ii. Borang Permohonan;
iii. Salinan Lesen GPB;
iv. Salinan Lese​n ICA;
v.  Cart​a Aliran Proses Kerja ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ ​
​b)Rekabentuk
​c)Pemasaran (IPC) 

​i. Surat kelulusan MIDA

ii. Senarai baran​g diluluskan MIDA

d)Pengagihan (RDC)
​e)Kawalan Mutu
​f) ​Pengujian dan Pentauliahan termasuk Penentukutan dan Konfigurasi
​g. ​Pelabelan, Pembungkusan dan Pembungkusan
​h.
​Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis

​i. Surat sokongan daripada MIDA, ii. Kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar,
iii. Kelulusan daripada agensi-agensi lain

(jika berkaitan)

​i)
​Pengurusan Rantaian Bekalan, Operasi Perolehan Strategik dan Penyelesaian Sokongan

Menyeluruh

i.  Permohonan daripada syarikat dalam kumpulan atau contract manufacturer
ii. Senarai barang dan kuantiti yang dipohon oleh syarikat dalam kumpulan atau contract manufacturer,

iii. Perjanjian atau dokumen lain yang menunjukkan hubungkait dengan pemohon

​6.2 Kuantiti barang yang boleh dipertimbangkan untuk kelulusan adalah berdasarkan anggaran (estimated) yang dipohon sebagaimana dinyatakan di dalam dokumen s​okongan yang dikemukakan atau untuk tempoh satu tahun.​​ ​
​6.3 Tempoh kelulusan boleh dipertimbangkan selama tidak melebihi satu (1) tahun atau sehingga tamat tempoh kelulusan lesen GPB (yang mana lebih awal).​ ​​
​6.4 Bagi aktiviti Pemasaran (IPC) / Pengagihan (RDC);​ ​
​a. ​Barang yang dipohon hendaklah selari dengan senarai barang yang diluluskan oleh MIDA.
​b.Sebarang perubahan atau penambahan barang untuk aktiviti IPC / RDC perlu mendapat kelulusan daripada pihak MIDA terlebih dahulu
​7. TARIKH KUATKUASA​​​ ​ ​
Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 April 2020.​​​ ​ ​
​8. PENUTUP​​ ​ ​
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaannya, pihak YBhg. Dato' / Tuan / Puan boleh terus merujuk kepada Cawangan Gudang Pengilangan Berlesen / Cawangan Perindustrian di peringkat zon / negeri yang berkaitan.​​ ​ ​
​​ Bahagian Perkastaman
Ibu Pejabat Kastam
Putrajaya​
​​ ​SYARAT-SYARAT KELULUSAN AKTIVITI TAMBAH NILAI
​1.Aktiviti pengilangan seperti yang diluluskan di dalam Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan lesen GPB di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 tidak boleh dihentikan.​
​2.Aktiviti tambah nilai adalah berhubungkait dengan aktiviti pengilangan utama.​
​3.Aktiviti tambah nilai ini hanyalah aktiviti sampingan sahaja yang mana nilai jualan barangan yang terhasil daripada aktiviti ini tidak melebihi 40% daripada nilai jualan tahunan syarikat. Syarat ini tidak terpakai untuk syarikat yang mempunyai status IPC dan RDC​
​4.​Produk / keluaran siap yang diluluskan bagi aktiviti tambah nilai hendaklah dikembalikan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, penjualan ke kawasan FIZ dan LMW adalah dibenarkan dengan syarat digunakan sebagai bahan mentah bagi tujuan pengilangan syarikat berkenaan. Syarat dan kemudahan ini tidak terpakai untuk aktiviti pelabelan, pembungkusan atau pembungkusan semula.​
​5.Syarikat hendaklah;​
​5.1membuat pengasingan dari segi operasi / peralatan / kemudahan / mesin di antara aktiviti pengilangan dengan aktiviti tambah nilai di dalam premis kilang.​
​5.2menyimpan rekod yang teratur dan lengkap bagi bahan mentah / komponen yang diimport dan dieksport untuk semakan Jabatan Kastam.​
​5.3menyediakan akaun yang berasingan bagi aktiviti tersebut dan boleh diakses pada bilabila masa yang dikehendaki oleh Kastam Negeri / Stesen Kastam yang mengawal syarikat.​
​6.​Syarat khusus untuk aktiviti berikut;​
​6.1Pelabelan, Pembungkusan atau Pembungkusan Semula.​
​a.Label negara asal pengeluar (country of origin) tidak boleh diubah.
​b.Aktiviti pelabelan yang dibenarkan adalah bermaksud keadaan di mana pengilang yang menjalankan aktiviti campuran atau pembungkusan semula yang menyebabkan perubahan formula isi kandungan ataupun bentuk pembungkusan. Dalam keadaan demikian, label baru yang menunjukkan maklumat serta bentuk pembungkusan terkini hendaklah dipamerkan.
​6.2​Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis.​
​a. Sebarang bentuk pelupusan adalah tertaklik kepada peraturan dan prosidur kastam.
​7. Pengecualian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tertakluk kepada dasar dan perundangan semasaJika duti import dan cukai jualan berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti / cukai yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.​​ ​
​8.Syarikat hendaklah mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan undang-undang serta peraturan lain yang berkuat kuasa di Malaysia.
​9. Syarat-syarat di atas boleh dipinda, ditambah dan diubahsuai dari semasa ke semasa jika didapati perlu.​ ​
SYARAT-SYARAT KELULUSAN AKTIVITI TAMBAH NILAI (PEMASARAN – IPC & PENGAGIHAN – RDC)​​ ​ ​
​1. Aktiviti pengilangan seperti yang diluluskan di dalam Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan lesen GPB di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 tidak boleh dihentikan.​ ​
​2. Syarikat hendaklah;​ ​
​2.1membuat pengasingan dari segi operasi / peralatan / kemudahan / mesin di antara aktiviti pengilangan dengan aktiviti IPC / RDC di dalam premis kilang.
​2.2menyediakan akaun yang berasingan bagi aktiviti tersebut dan boleh diakses pada bilabila masa yang dikehendaki oleh Kastam Negeri / Stesen Kastam yang mengawal syarikat.
​2.3​menyimpan barang-barang IPC / RDC secara berasingan di dalam Gudang Pengilangan Berlesen dan hendaklah ditandakan dan disusun dengan apa cara yang memuaskan sebagaimana yang diarahkan bagi keselamatan barang-barang dan untuk tujuan pemeriksaan oleh stesen pengawal.
​2.4menyimpan serta mengemaskini rekod barang bagi aktiviti IPC / RDC untuk rujukan Pegawai Kanan Kastam pada bila-bila masa menggunakan format sebagaimana di Lampiran M3 – Penyata Bulanan Aktiviti IPC / RDC. Penyata yang telah disahkan oleh akauntan syarikat hendaklah dikemukakan kepada stesen pengawal pada atau sebelum 28hb. bulan berikutnya
​2.5mematuhi syarat-syarat kelulusan skim IPC / RDC oleh MIDA termasuk ketetapan kuota jualan tempatan sebanyak ……..% dan eksport sebanyak …….%. Jualan melalui “drop shipment” adalah dihadkan tidak melebihi 30% daripada jumlah nilai jualan eksport IPC / RDC.
​2.6​mengemukakan kepada stesen pengawal, satu penyata tahunan yang telah diaudit oleh audit bebas. Penyata tersebut hendaklah mengandungi butir-butir mengenai baki dibawa ke hadapan, jumlah dibawa masuk, jumlah yang dieksport semula dan baki dalam simpanan.
​2.7​bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemasukan, penyimpanan dan pengeksportan serta penjualan barang IPC / RDC berkenaan. Bil Tuntutan akan dikeluarkan bagi menungtut duti dan cukai yang terlibat ke atas kehilangan / kekurangan barang (lost / unaccounted / deficient in quantity).
​2.8mengemukakan jaminan bank / bon am sebanyak RM……….. kepada stesen pengawal untuk menjaminkan keselamatan duti / cukai barang-barang yang disimpan dalam gudang pengilangan berlesen. Bagaimanapun, sekiranya jaminan bank yang sedia ada telah mencukupi maka jaminan bank tambahan tidak diperlukan lagi.
​3. Aktiviti IPC / RDC hendaklah dikendalikan oleh pemegang lesen sahaja dan tidak bolehdilakukan oleh syarikat lain di dalam kawasan GPB.​​ ​
​4. Jumlah jualan barang ke pasaran tempatan di bawah kemudahan IPC / RDC hendaklah tidak melebihi kuota jualan tempatan​ ​
​5.Pengecualian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tertakluk kepada dasar dan perundangan semasa. Jika duti / cukai berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti / cukai yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.​ ​
​6.Syarikat hendaklah mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan undang-undang serta peraturan lain yang berkuat kuasa di Malaysia.​ ​
​7. Syarat-syarat di atas boleh dipinda, ditambah dan diubahsuai dari semasa ke semasa jika didapati perlu.​ ​
SYARAT-SYARAT KELULUSAN PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN, OPERASI PEROLEHAN STRATEGIK DAN PENYELESAIAN SOKONGAN MENYELURUH​​ ​ ​
​1.Aktiviti pengilangan seperti yang diluluskan di dalam Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan lesen GPB di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 tidak boleh dihentikan.​​ ​
​2.Aktiviti ini hanyalah aktiviti sampingan sahaja yang mana nilai jualan barangan yang terhasil daripada aktiviti ini tidak melebihi 40% daripada nilai jualan tahunan syarikat.​​ ​
​3. Syarikat hendaklah menyimpan rekod yang teratur dan lengkap bagi bahan mentah / komponen yang diimport, dieksport atau dilepaskan dipasaran tempatan untuk semakan Jabatan Kastam.​ ​
​4.Bahan mentah / komponen yang terlibat dengan aktiviti ini hendaklah direkod di dalam ruangan 10, penyata Lampiran M1 (Penyata Bulanan Bahan Mentah / Komponen).​ ​
​5. Syarikat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan mentah / komponen yang telah diluluskan. Bil Tuntutan akan dikeluarkan bagi memungut duti dan cukai yang terlibat ke atas sebarang kehilangan / kekurangan (lost / unaccounted / deficient in quantity)​​ ​
​6.Pembekalan bahan mentah / komponen hanyalah untuk menyokong kelangsungan aktiviti pengilangan;​ ​
​6.1
Syarikat di dalam kumpulan yang sama di dalam dan luar negara seperti berikut, atau

​No.​Nama Syarikat ​​Alamat
​6.2
​Di kalangan contract manufacturer yang dilantik seperti berikut.

​No.​Syarikat​​Alamat
​7.Pembekalan kepada syarikat dalam kumpulan yang sama atau dikalangan contract manufacturer di dalam Kawasan Utama Kastam adalah tertakluk kepada duti dan cukai (jika berkenaan) dan hendaklah dijelaskan sebelum bahan mentah / komponen dilepaskan daripada kawalan kastam.​​ ​
​8.Pengecualian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tertakluk kepada dasar dan perundangan semasa. Jika duti / cukai berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti / cukai yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.​​ ​
​9.Syarikat hendaklah mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan undang-undang serta peraturan lain yang berkuat kuasa di Malaysia.​​ ​
​10.Syarat-syarat di atas boleh dipinda, ditambah dan diubahsuai dari semasa ke semasa jika didapati perlu.​ ​