Content Editor

Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Single Sign-On (SSO) ini dan adakah perkhidmatan ini untuk rakyat Malaysia sahaja?

Semua pihak atau sesiapa sahaja tidak kira kewarganegaraan boleh menggunakan perkhidmatan SSO yang disediakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ini.

Apakah kebaikan saya memiliki akaun SSO yang disediakan ini?

Pemilikan akaun SSO ini membolehkan anda mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan online disediakan JKDM dengan hanya memerlukan anda membuat pendaftaran akaun sekali sahaja , dan boleh dikemaskini sendiri secara perkhidmatan online self-service.