Pengenalan Berkenaan Dokumen ATA Carnet       
      
   
      ATA Carnet adalah dokumen yang digunakan diperingkat antarabangsa kepada negara yang layak (ahli Konvensyen Istanbul) mengikut syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan.
      Kemudahan ini diberikan untuk mengimport atau mengeksport barangan secara sementara dengan jaminan dari 
         Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) bagi melindungi duti yang terlibat, menggunakan Carnet yang menggantikan penggunaan borang kastam.
      Barangan yang diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 
         3 bulan atau tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pejabat Kastam pintu masuk pertama. Sekiranya gagal untuk mengeksport semula duti/cukai hendaklah dijelaskan dengan serta-merta di mana-mana Pejabat Kastam berdekatan. 
      Sekiranya barangan hendak dijual, duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Satu dokumen ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu negara yang menjadi anggota konvensyen ATA. Sekiranya negara bukan anggota konvensyen ATA, pemohon boleh memohon meng gunakan prosedur biasa untuk kemudahan Import/Eksport Sementara. 
 
       
         Kategori barang yang dibenarkan untuk menggunakan dokumen ATA Carnet:-
- 
         Commercial Sample
 - 
          Peralatan Profesional (Peralatan Perdagangan)
 - 
          Barangan untuk kegunaan pameran
 
 
       
         Kategori barang yang TIDAK DIBENARKAN menggunakan dokumen ATA Carnet:-
- 
         Barang-barang yang boleh rosak atau pakai buang
 - 
         Barang yang telah dijual atau ditawarkan untuk penjualan
 - 
         Permata 
 - 
         Barang untuk tujuan proses semula atau pembaikan
 - 
         Kenderaan 
 - 
         Postal traffic
 
 
      Syarat Penggunaan kemudahan Dokumen ATA Carnet
- 
         Barangan tidak boleh dijual atau tukar milik.
 - 
         Barangan yang sama hendaklah dieksport semula ke negara asal sebelum tamat tempoh.
 - 
         Lesen/permit hendaklah dikemukakan bagi barangan yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 / Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.
 
 
      Prosedur Import/Eksport Barangan Melalui Kemudahan Dokumen ATA Carnet
- 
         Pengimportan/pengeksportan sementara menggunakan dokumen ATA Carnet akan diproses di pintu keluar/masuk Malaysia
 - 
         Sekiranya, barang dibawa keluar adalah melalui stesen yang berbeza semasa barang dibawa masuk, pengimport perlu memaklumkan terlebih dahulu stesen asal dan begitu juga sebaliknya.
 
 
      Pelanjutan Tempoh
- 
         Tempoh import sementara menggunakan dokumen ATA Carnet yang dibenarkan adalah dihadkan kepada 
            3 bulan dari tarikh ianya diimport.
 - 
         Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri sebelum tempoh kelulusan asal tamat.
 
 
      Permohonan dokumen ATA Carnet
      Permohonan dokumen ATA Carnet untuk tujuan eksport boleh dibuat melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) yang beralamat seperti berikut:
      Pengarah Eksekutif
 
      Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Antarabangsa
C-8-8, Tingkat 8, Blok C, Plaza Mont Kiara
 
      2 Jalan 1/70C, Mont Kiara
 
      50480 Kuala Lumpur
 
      Tel: (03) 6201-7708
 
      Fax: (03) 6201-770
 
      Laman web: www.micci.com
      Email:  ramli@micci.com/adilah@micci.com
 
      Manakala dokumen ATA Carnet bagi barangan yang diimport ke negara Malaysia pula dikeluarkan oleh agensi yang diberi tauliah oleh Kerajaan di negara pengeksport masing-masing.