SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

BILANGAN 1 TAHUN 2013

 


GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA MEMOHON KELULUSAN PROJEK ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)

 

TUJUAN

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada semua warga JKDM bagi tatacara memohon kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini adalah selaras dengan langkah Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKDM dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus projek ICT di JKDM.

 

LATAR BELAKANG​​​​

2.     Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 -"Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan" pada 30 April 2009. Surat Pekeliling tersebut adalah sebagai garis panduan kepada agensi-agensi Kerajaan untuk mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan projek ICT daripada Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU.

3.     Selaras dengan surat pekeliling tersebut, Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM ini disediakan sebagai rujukan untuk seluruh warga JKDM mengenai tatacara memohon kelulusan projek ICT bagi peringkat jabatan.

4.    JPICT JKDM merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT daripada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JKDM dan stesen-stesen JKDM bagi perolehan sistem, perkakasan, perisian dan rangkaian ICT.

5.     Permohonan projek ICT yang telah diluluskan melalui jawatankuasa ini seterusnya akan dikemukakan ke JPICT Kementerian Kewangan (MoF) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang bertempat di MAMPU berdasarkan had nilai yang telah ditetapkan.

 

KANDUNGAN GARIS PANDUAN

6.   Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM menyediakan panduan dalam perkara-perkara berikut:

  1. Keahlian Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT);
  2. Skop projek ICT yang memerlukan kelulusan JPICT;
  3. Tatacara permohonan kelulusan JPICT;
  4. Kekerapan mesyuarat JPICT;
  5. Pelaporan kemajuan projek yang diluluskan oleh JPICT JKDM, JPICT MoF dan JTICT MAMPU; dan     
  6. Tempoh sah laku kelulusan JPICT.

 

TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN/STESEN​​​

7.    Semua bahagian/stesen di bawah JKDM adalah dikehendaki mematuhi Garis Pa​nduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Projek ICT JKDM.

 

TARIKH KUATKUASA

8.     Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

MUAT TURUN

​​​​​