SURAT PEKELILING ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
BILANGAN 1 TAHUN 2010
DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

 



TUJUAN

Surat Pekeliling ICT ini bertujuan untuk menjelaskan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan perkara-perkara berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menggunakan aset ICT JKDM.

LATAR BELAKANG

  1. Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 -"Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan" pada 1 Oktober 2000. Pekeliling tersebut dirumus untuk memenuhi keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-Iangkah yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT kerajaan. Semua agensi kerajaan, dipertanggungjawabkan untuk memastikan Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan di!aksana dan dipatuhi.
  2. Selaras dengan pekeliling tersebut, Dasar ICT JKDM diwujudkan sebagai garis panduan kepada seluruh warga JKDM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT JKDM.
  3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JKDM Bil 1/2010 yang telah diadakan pada 22 Februari 2010 telah bersetuju untuk mengguna pakai dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam surat pekeliling ini.

DASAR ICT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

    Dasar ICT JKDM seperti di Lampiran adalah terpakai oleh semua pengguna di JKDM termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding yang mengurus, menyenggara, memproses, mencapai, memuat turun, menyedia, memuat naik, berkongsi, menyimpan dan menggunakan aset ICT JKDM.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

    Semua pengguna JKDM adalah dikehendaki mematuhi Dasar ICT JKDM dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan di dalamnya.

PERANAN CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(CTM)

    CTM bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan kepada Surat Pekeliling ICT ini di JKDM.

TARIKH KUATKUASA

    Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMBATALAN

    Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ICT ini, maka Dasar Keselamatan ICT yang diedarkan melalui surat rujukan KE.HK (-)421/10(36) bertarikh 11 Januari 2007 adalah dibatalkan.

Klik disini untuk melihat Dasar ICT JKDM