Apakah Cukai Jualan ?

Cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas barang-barang kilangan tempatan dan import, cukai dikenakan sekali sahaja (seperingkat).

Bilakah cukai jualan dikenakan ?

  • Barang kilangan tempatan - semasa barang dijual daripada pengilang kepada pembeli/diguna sendiri/dilupuskan dengan cara lain (hadiah dan sebagainya )
  • Barang import – semasa barang dituntut oleh pemilik​  di tempat import di pintu masuk negara/gudang kastam.

Berapakah kadar Cukai Jualan yang dikenakan?

  • Kadar cukai jualan adalah  10 %  (mengikut Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No. 1) 2008 kecuali berikut:
    • Barang di Jadual 1 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) -  dikenakan 5%
    • Barang di Jadual 2 Perintah Cukai Jualan ( Kadar-Kadar Cukai No. 2) 2008 ) -  dikenakan 20%
    • Barang di Jadual 3 Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No. 2) 2008 - kadar spesifik

Adakah semua pengilang wajib dilesenkan?

  • Semua pengilang barangan  dalam negeri wajib memohon lesen cukai jualan ( Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972 ) kecuali:
    • Pengilang barang-barang yang dikecualikan cukai jualan dibawah Jadual A Perintah Cukai Jualan ( Pengecualian ) 2008.
    • Pengilang barangan bercukai dimana :
      • Jumlah jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00  - Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Walau bagaimanapun pengilang perlu memohon terlebih  untuk dikecualikan daripada pelesenan Cukai Jualan - Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan
      • Nilai upah tahunan kurang daripada RM20,000.00  -  Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Walau bagaimanapun pengilang perlu memohon terlebih  untuk dikecualikan daripada pelesenan Cukai Jualan - Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan
      • Aktiviti pengilangan yang disenarai dibawah Jadual B Perintah Cukai Jualan ( Pengecualian Daripada Pelesenan ) 1997.

  • Aktiviti pengilangan yang tidak memenuhi definasi pengilangan dibawah seksyen 2  Akta Cukai Jualan. ( Link 6.4.4 PTCJ Bil 2 - 8 contoh ).
  • Pengilangan yang beroperasi di Labuan, Langkawi, Tioman, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen.

Bagaimanakah  permohonan lesen CJ boleh dibuat?

  • Permohonan lesen cukai jualan boleh dibuat secara :
    • Manual
    • Online (e-BLESS)

Bilakah sesuatu lesen cukai jualan berkuatkuasa?

  • Seperti tarikh kuatkuasa yang tercatat di atas lesen.

Bilakah saya perlu memohon pindaan lesen?

  • Jika berlaku perubahan pada salah satu daripada perkara berikut :
    • Perubahan nama syarikat atau pertukaran taraf syarikat.
    • Pertukaran alamat premis perniagaan.
    • Penambahan/penutupan cawangan.
    • Pertukaran atau penambahan jenis barang siap bercukai yang dikilang.
    • Perubahan rakan kongsi dalam perniagaan.
    • Apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.

Bilakah saya perlu memohon pindaan lesen?

  • Jika berlaku perubahan pada salah satu daripada perkara berikut :
    • Perubahan nama syarikat atau pertukaran taraf syarikat.
    • Pertukaran alamat premis perniagaan.
    • Penambahan/penutupan cawangan.
    • Pertukaran atau penambahan jenis barang siap bercukai yang dikilang.
    • Perubahan rakan kongsi dalam perniagaan.
    • Apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.

Bagaimanakah hendak membuat pindaan lesen CJ?

  • Mengemukakan surat Permohonan (free format) dan disertakan bersama lesen asalnya/ laporan polis ( sekiranya lesen hilang atau musnah) kepada Pejabat Kastam yang mengeluarkan lesen asal.
  • Lesen yang telah dipinda akan diserah kembali kepada pemegang lesen.

Bilakah saya perlu memohon pembatalan lesen?

Bilakah saya perlu memohon pembatalan lesen?

  • Pelesen perlu membuat permohonan pembatalan lesen jika berlaku salah satu daripada perkara berikut :
    • Syarikat berhenti mengilang atau syarikat dibubarkan.
    • Pengilang berlesen bertukar taraf kepada SPP – nilai jualan tahunan kurang daripada RM 100,000 atau nilai upah tahunan kurang daripada RM 20,000.
    • Pertukaran hak milik syarikat/firma.
    • Pemilik meninggal dunia dan perniagaan ditamatkan
    • Perniagaan dipajak - lesen hendaklah dibatal dan lesen baru hendaklah dikeluarkan atas nama pemajak.
    • Pengilang berlesen meninggal dunia dan perniagaan diambilalih oleh orang lain.
    • Syarikat pengilang diletakkan di bawah penerima / penyelesai hutang piutang / pemegang amanah dan penerima faedah.
    • Pembatalan  lesen atas arahan Ketua Pengarah Kastam.

Bagaimana untuk membuat pembatalan lesen cukai jualan?

  • Mengemukakan surat permohonan (free format) berserta lesen asal/laporan polis (sekiranya lesen asal hilang atau musnah)  kepada Pejabat Kastam yang mengeluarkan lesen asal.
  • Satu surat makluman akan dikeluarkan kepada syarikat/perniagaan berhubung tarikh pembatalan lesen.

Adakah kerja-kerja memasang/mencantum bahagian-bahagian mesin dan dijadikan barang siap perlu memohon lesen?

  • Aktiviti memasang/mencantum bahagian-bahagian mesin untuk dijadikan barang siap perlu memohon lesen kerana  aktiviti tersebut memenuhi definasi pengilangan.  Walau bagaimanapun, aktiviti pengilangan mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian dengan skrew tidak tertakluk kepada definasi pengilangan dengan syarat :
    • mesin tersebut telah lengkap dan tiada tambahan tempatan baru digunakan dalam pemasangan tersebut
    • pemasangan boleh dibuat dengan mudah dan cepat
    • barang dibeli/diimport oleh bukan pemegang lesen

Adakah memotong aluminium dan kaca kepada saiz-saiz tertentu dikenakan cukai jualan?

  • Memotong aluminium dan kaca kepada saiz tertentu tidak tertakluk kepada cukai jualan kerana tiada produk baru dihasilkan (rujuk takrif pengilangan)

Barangan yang saya kilangkan adalah untuk tujuan eksport, perlukah saya mengemukakan penyata Cukai Jualan?

  • Penyata Cukai Jualan (CJP1) perlu dikemukakan dan nilai jualan eksport itu hendaklah diikrar di ruangan 3 (jualan eksport) di dalam penyata CJP1.

Bagaimanakah hendak membeli bahan mentah untuk digunakan dalam pengilangan tanpa dikenakan cukai?

  • Pengilang / peniaga boleh membeli bahan mentah untuk digunakan dalam pengilangan tanpa dikenakan cukai jualan dengan menggunakan kemudahan:
    • CJ5
    • CJ5A
    • Sistem Kredit
    • Sistem Pulang Balik

Apakah bahan yang layak mendapat kemudahan cukai jualan?

  • Bahan mentah/komponen yang digunakan secara langsung dalam proses pengilangan.
  • Bahan pembungkusan dan label.
  • "Manufacturing Aids"

Bolehkah saya (pemegang lesen cukai jualan) menghantar kepada pihak ketiga untuk menjalankan sebahagian atau keseluruhan proses pengilangan barang saya?

  • Ya. Subkontrak boleh diberi kepada pihak ketiga mengikut kategori subkontraktor seperti berikut :
    • Subkontrak kepada pengilang berlesen lain - Kemudahan CJ5B
    • Subkontrak kepada bukan pengilang berlesen – Pengecualian But 93, Jadual B, PCJ(P)2008
    • Subkontrak kepada syarikat GPB/FIZ – Pengecualian But 89, Jadual B, PCJ(B)2008

Barang siap yang  dikilang tidak bercukai jualan.  Adakah pengilang layak mendapat pengecualian cukai atas bahan mentah/komponen/bahan pembungkusan yang digunakan dalam pengilangan?

  • Ya, dengan syarat barangan yang dikilang adalah untuk tujuan eksport di bawah Butiran 12, Jadual C, PCJ(P) 2008.

Bolehkah pengilang berlesen yang mempunyai kemudahan CJ5 memohon kemudahan Sistem Kredit (CJ10)?

  • Ya, dengan syarat kelulusan yang diberi melalui CJ5 adalah bagi bahan mentah yang berlainan daripada kelulusan Sistem Kredit.

Saya menjalankan perniagaan trading.  Bolehkah saya mendapat pengecualian cukai jika saya membeli barang siap dari syarikat tempatan untuk eksport?

  • Pengecualian cukai boleh diperolehi melalui Butiran 71, Jadual B, Perintah Cukai Jualan(Pengecualian) 2008.

  • Syarikat saya dibayar upah untuk melakukan kerja subkontrak.  Adakah saya perlu memohon lesen dan bayar cukai jualan ke atas nilai barang?
  • Sekiranya kuantiti yang diluluskan dibawah kemudahan CJ(P)2  dan CJ 5 telah habis digunakan , bolehkah saya memohon tambahan kuantiti.

    • Boleh. Pemohon boleh membuat permohonan pembaharuan.

    Bolehkah syarikat trading membeli barang siap daripada pengilang berlesen dan menjual kepada syarikat trading yang lain?

    • ​Boleh, tetapi cukai jualan dikenakan oleh pengilang berlesen semasa jualan.
    • Pengecualian cukai hanya diberikan kepada syarikat trading yang mengeksport barangan yang dibeli daripada pengilang berlesen dengan membuat permohonan melalui Borang CJ(P)2 - Butiran 71, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008.