Apakah itu Program Authorized Economic Operator (AEO)?

AEO adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) selaras dengan WCO SAFE Framework of Standards (SAFE FoS) to Secure and Facilitate Global Trade.

AEO merupakan operator yang terlibat secara langsung dalam pergerakan barangan dagangan antarabangsa yang mendapat kelulusan daripada atau bagi pihak Kastam serta mematuhi piawaian keselamatan rantaian bekalan WCO.

Program AEO ditawarkan kepada pemain industri di kalangan pengilang, pengimport, pengeksport, operator gudang dan pembekal perkhidmatan logistik.

Apakah faedah menyertai Program AEO?

2.1  Faedah kepada Pengilang, Pengimport dan Pengeksport :

  • Pengikraran dagangan dengan data minima;
  • Kelulusan self-assessed declaration import, eksport, dan pemindahan secara automatik;
  • Pembayaran duti / cukai tertangguh;
  • Syarikat Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) tidak diwajibkan mengemukakan Penyata Bulanan Pergerakan Bahan Mentah (M1) dan Penyata Barang Siap (M2). Hanya perlu dikemukakan jika diarahkan;
  • Kelulusan dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi permohonan kemudahan GPB seperti subkontrak, pelupusan, pengecualian duti/cukai, import & eksport semula dan sebagainya;
  • Tuntutan Pulang balik / Tarik balik yang diutamakan dan dipermudahkan;
  • Tuntutan kadar duti keutamaan di bawah peruntukan Perjanjian Perdagangan Bebas / Free Trade Agreement (FTA) atau Perjanjian Perkongsian Ekonomi / Economic Partnership Agreement (EPA) dengan menggunakan Consolidated Statement (CS);
  • Penggunaan sil keselamatan syarikat AEO atau perkapalan bagi pemindahan barangan berduti / bercukai kecuali barangan kritikal;
  • Layak menikmati kemudahan di bawah Mutual Recognition Arrangement (MRA) berkaitan;
  • Khidmat Account Manager yang khusus;
  • Penggunaan logo AEO;
  • Faedah latihan dan faedah-faedah lain yang diluluskan oleh Panel AEO dan agensi-agensi Pengawal Atur (OGA / PIA) lain.

2.2  Faedah kepada Ejen Kastam;

  • Dipertimbangkan pembaharuan lesen setiap lima (5) tahun.
  • Diberi keutamaan mewakili syarikat-syarikat AEO.
  • Pelepasan segera dengan kadar pemeriksaan yang minima.
  • Khidmat Account Manager yang khusus.
  • Penggunaan logo AEO.
  • Faedah latihan dan faedah-faedah lain yang diluluskan oleh Panel AEO dan agensi-agensi Pengawal Atur (OGA / PIA) lain.

2.3  Faedah kepada Operator Gudang;

  • Keutamaan sebagai Operator Gudang bagi syarikat-syarikat AEO dalam negara.
  • Keutamaan sebagai Operator Gudang bagi syarikat-syarikat AEO negara-negara rakan MRA.
  • Khidmat Account Manager yang khusus.
  • Penggunaan logo AEO.
  • Faedah latihan dan faedah-faedah lain yang diluluskan oleh Panel AEO dan agensi-agensi Pengawal Atur (OGA/PIA) lain.

Apakah kriteria permohonan bagi AEO?

3.1  Kriteria kelayakan umum:

  • Syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengimportan, pengeksportan dan pemindahan barangan.
  • Syarikat yang telah beroperasi di Malaysia sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  • Mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan rantaian bekalan.
  • Mempunyai tahap pematuhan yang tinggi kepada semua undang-undang berkaitan dan lain-lain keperluan perundangan.
  • Tiada tunggakan duti / cukai dengan JKDM dan agensi-agensi lain.

3.2 Kriteria kelayakan khusus:

Pengilang, Pengimport dan Pengeksport

  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau undang-undang lain di Malaysia;
  • Berkemampuan membuat pengikraran dan membayar duti / cukai secara elektronik;

Ejen Kastam

  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau undang-undang lain di Malaysia.
  • Dilesenkan di bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967.
  • Berkemampuan membuat pengikraran dan membayar duti / cukai secara elektronik.
  • Ahli Persatuan Ejen Kastam.
  • Pengikraran berkualiti selama tiga (3) tahun terakhir.

WOperator Gudang

  • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau undang-undang lain di Malaysia.
  • Dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967.

Apakah dokumen permohonan AEO yang diperlukan?

i.       Surat permohonan rasmi;

ii.      Borang Permohonan AEO (*Attachment 1);

iii.     Profil syarikat;

iv.     Salinan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (Sabah & Sarawak);

v.      Salinan Borang Teras (sebelumnya dikenali sebagai Borang 24 dan Borang 49) SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan Sabah & Sarawak;A copy of Teras Form (formerly known as Form 24 and Form 49) of SSM or Sabah & Sarawak Local Authority;

vi.     Self-declared Compliance Checklist (*Attachment 2) dan dokumen sokongan yang berkaitan;

vii.    Senarai kakitangan syarikat untuk berurusan dengan JKDM;

viii.  Senarai ejen Kastam yang dilantik mewakili syarikat (bagi skop pengilang, pengimport, pengeksport dan operator gudang);

ix.    Salinan sijil dan pengiktirafan yang diterima seperti sijil ISO 28000 (Keselamatan Rantaian Bekalan), Customs-Trade Partnership Against Terrorism (C-TPAT) dan Transport Asset Protection Association (TAPA) (jika ada);

x.      Salinan permit, lesen, surat kelulusan dan dokumen kemudahan lain yang dikeluarkan oleh JKDM atau agensi-agensi lain (jika berkaitan);

xi.     Salinan Penyata Kewangan tiga (3) tahun terkini yang disahkan oleh juruaudit bertauliah;

xii.    Senarai barang import, eksport dan pemindahan (*Attachment 4(i));

xiii.   Senarai pelanggan utama (*Attachment 4(ii)).

4.2         Permohonan hendaklah dimajukan ke Unit AEO Negeri yang mengawal.

4.3         Attachments boleh dimuat turun dari portal AEO (http://customsgc.gov.my)

​​