LAWATAN KERJA PENOLONG KETUA PENGARAH KASTAM (CUKAI DALAM NEGERI) KE STESEN RANTAU PANJANG JKDM KELANTANTarikh: 30/12/2024
RANTAU PANJANG, 26 Disember 2024 – YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri) telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Rantau Panjang JKDM Kelantan bagi meninjau persediaan JKDM Kelantan untuk pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang akan bermula pada 1 Januari 2025 nanti. Hadir sama mengiringi adalah YBrs. Puan Wan Marini binti Wan Hamzah, Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman, YBrs. Tuan Koh Joo Kai, Pengarah Kastam Cawangan Siasatan, dan barisan pegawai-pegawai dari Bahagian Perkastaman dan Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Ibu Pejabat. Lawatan ini juga bertujuan untuk membincangkan mengenai bidang tugas pegawai-pegawai JKDM Kelantan yang akan bertugas di pintu masuk negara setelah AKPS ditempatkan di pintu masuk negara antara Malaysia-Thailand di Rantau Panjang serta memuktamadkan proses kerja antara pegawai JKDM dan AKPS.
Semoga dengan lawatan ini akan membantu melancarkan lagi pelaksanaan AKPS yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 nanti.
EKONOMI DIPELIHARA, SEMPADAN DIKAWAL
|