Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

MAJLIS PENTAULIAHAN KOMPETENSI PEGAWAI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA DALAM BIDANG ANALISIS KIMIA, IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA.

Tarikh: 30/04/2025

MAJLIS PENTAULIAHAN KOMPETENSI PEGAWAI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA DALAM BIDANG ANALISIS KIMIA18 APRIL 2025, IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA.

Oleh : Pasukan Petugas Makmal Kastam, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Ibu Pejabat.


Petaling Jaya, 18 April 2025 – Majlis Pentauliahan Kompetensi Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam bidang analisis kimia telah berlangsung buat julung kalinya pada 18 April 2025 bertempat di Dewan Syarahan, Bangunan Forensik Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia), Petaling Jaya, Selangor.

 

Majlis pentauliahan ini menjadi penanda aras baru kejayaan smart partnership antara JKDM dan Kimia Malaysia ke arah pembangunan kapasiti dan kompetensi pegawai yang akan bertugas di makmal kastam yang pertama kelak. Empat orang pegawai JKDM selesai menjalani latihan intensif on the job training selama 12 bulan di Kimia Malaysia dan dianugerahkan sijil kompetensi untuk menganalisis produk vape, minyak kelapa sawit, barangan tembakau dan alkohol. Kompetensi pegawai-pegawai JKDM ini dalam menjalankan analisis kimia ke atas komoditi tersebut merupakan satu elemen penting dalam meningkatkan kecekapan JKDM dalam penentuan klasifikasi yang tepat dan berkesan ke arah pungutan hasil yang optimum.

 

Sesi pentauliahan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Puan Maharyani binti Md. Saad dan disaksikan oleh YBrs. Puan Norlela binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / Cukai Dalam Negeri), YBrs. Tuan Zuraidi bin Husain, Pengarah Bahagian KPSM, YBrs.Tn. Wong Pun Sian, Pengarah Bahagian Pertek dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian KPSM, Bahagian Perancangan Korporat & Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat.



 CEKAP, TANGKAS DAN INTEGRITI


image.png