Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Berita

JKDM SELANGOR PATAHKAN PENYELUDUPAN PELBAGAI KOMODITI BERNILAI LEBIH RM 5.21 JUTA

Tarikh: 31/01/2025

JKDM SELANGOR PATAHKAN PENYELUDUPAN PELBAGAI KOMODITI BERNILAI LEBIH RM 5.21 JUTA

Oleh: PPK Davis anak Michael, PPA JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor)

 


PELABUHAN KLANG, 24 JANUARI 2025 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) berjaya mematahkan penyeludupan pelbagai komoditi dengan anggaran nilai dan duti/ cukai keseluruhan melebihi RM5.21 juta. Antara komoditi yang terlibat termasuklah barangan elektrik, tembakau mentah dan chewing tobacco, serta daging dan makanan sejuk beku. Kesemua kes tersebut melibatkan penahanan 11 buah kontena secara keseluruhan di Zon Bebas Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara. Ketiga-tiga kes ini masih lagi disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

 

Dalam kes yang berasingan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) juga telah berjaya merampas kenderaan dan motosikal bernilai RM1.19 juta termasuk duti/ cukai melalui Ops Tengu 2024. Hasil serbuan dan pemeriksaan di tiga buah premis yang berada di sekitar Batu Caves, Selangor pasukan telah menemui tiga (3) unit kenderaan, 54 unit motosikal dan 25 unit motosikal mini import terpakai. Kesemua kes masih dalam siasatan.

 

Sidang media tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Puan Norlela binti Ismail. Turut hadir bersama ialah Tuan Zulkifli bin Muhammad, Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah dan Tuan Mohamad Azhar Bin Ahmad Paharazi, Pengarah Operasi Perkastaman / Perkhidmatan Teknik Zon Tengah.


EKONOMI DIPELIHARA, SEMPADAN DIKAWAL​