Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1Kastam.
Y.Bhg Datuk Nozirah bt Bahari (TKSU)
Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
Y.Bhg. Dato’ Mohamad Zabidi bin Zainal
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Wakil-wakil:
Peguam Negara, Bank Negara, SPRM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian
Dalam Negeri, MITI, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Dato’-dato, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi puji dan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin dan kurniaNya jua kita dapat berhimpun pada majlis exit conference, dan pelancaran projek U-Customs : The Way Forward pada pagi ini.
2. Seterusnya saya ingin mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan dari pelbagai OGA dan PIA yang terlibat dalam proses pelepasan dagangan dan turut menggunakan SMK. Terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk hadir di majlis ringkas pagi ini.
3. Pada kesempatan di awal ucapan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak MAMPU selaku konsultan yang telah membantu JKDM meyiapkan kajian diagnostik keatas SMK serta mengemukakan cadangan awal reka bentuk sistem elektronik JKDM yang baru, lengkap dengan draf carta perbatuan pembangunan projek. Saya menyanjung tinggi komitmen dan kegigihan pasukan kerja MAMPU yang telah berjaya menyiapkan kajian diagnostik yang komprehensif dalam masa singkat yang telah dibentang serta diluluskan oleh pihak Kerajaan. Apa yang penting sekarang ialah tindakan susulan dan proses pembangunan sistem U-Customs secara teratur dan terancang.
4. Pentadbiran kastam seluruh dunia sedang menghadapi berbagai kehendak dan cabaran. Antaranya ialah fungsi yang semakin berkembang luas, kekurangan sumber, jangka harap sektor perdagangan angtarabangsa yang semakin meningkat, tuntutan beterusan bagi meningkatkan pungutan hasil kerajaan di samping memberi fasilitasi perdagangan, dan meningkatkan keberkesanan kawalan sempadan. Saya petik gambaran daripada Laman Web WCO “All Customs administrations are coming under increasing pressure to keep abreast of change: to clear goods and people more effectively and efficiently while protecting society from the “nasties” (e.g. drugs, diseases, terrorists, illegal entrants, etc).To cope with this pressure most of us are becoming increasingly reliant on complex, ubiquitous, high-speed and networked computing systems”.
5. Selain daripada itu, terdapat keperluan yang mendesak supaya pentadbiran Kastam mengintegrasikan sistem dan prosedur dengan rangkaian logistik global yang digunakan oleh operator perdagangan. Bagi menghadapi cabaran sedia ada, kebanyakan pentadbiran kastam telah memanfaatkan penggunaan ICT sebagai suatu jalan penyelesaian bagi mempercepatkan urusan pelepasan dagangan. ICT dilihat sebagai pemangkin ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi serta core-business melalui strategi pemodenan Kastam.
6. Di Malaysia, JKDM telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah memodenkan pentadbiran kastam di antaranya ialah melalui perlaksanaan Sistem Maklumat Kastam (SMK) yang menyediakan penyelesaian secara elektronik bagi pengikraran dan pelepasan dagangan selaras dengan dasar kerajaan elektronik. Namun begitu, dengan evolusi ICT yang cepat berubah, SMK-DagangNet* yang bermula pada tahun 1994 telah menjadi suatu sistem legasi dan dianggap oleh komuniti pedagang sebagai obsolete serta tidak lagi berdaya menampung serta memenuhi tuntutan semasa. SMK sudah agak jauh ketinggalan dari segi sistem pengkalan data dan antara muka (interface) berbanding dengan system pelepasan elektronik kastam yang diguna pakai oleh negara-negara di rantau Asia Pasifik yang telah mula mengguna pakai teknologi terkini iaitu aplikasi berasaskan web dan Portal Pelepasan Internet (Internet clearance portal) bagi penyelesaian pelepasan kastam dan penilaian risiko.
7. Ekoran dari maklumbalas yang diterima dari pihak pengguna, berbagai usaha telah dijalankan oleh JKDM bagi membawa isu compatibilty, realibility, accesssibilty, efficiency sistem elektronik JKDM kepada pihak Kerajaan. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan (JKKMKPK) yang diadakan pada 27 Julai 2011 telah bersetuju supaya MAMPU menjalankan kajian menyeluruh ke atas SMK. Hasil pembentangan laporan kepada kerajaan pada 15 Mac 2012, YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya sistem sediada digantikan dengan suatu sistem yang lebih baik sesuai dengan peredaran dan perkembangan teknologi semasa.
8. Pihak MAMPU telah mencadangkan satu sistem baru dikenali sebagai U-Customs. “U” atau “ubiquitous” bermaksud “existing or being everywhere at the same time”. Dengan erti kata lain, sistem ini boleh diguna pakai dalam persekitaran real time pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Konsep U-Customs pernah diperkenalkan dalam penulisan Razmeira & Anderson pada tahun 20071 iaitu suatu sistem berteknologi baru yang inovatif bagi melaksanakan prosedur perdagangan berorentasikan “service oriented architecture (SOA), web services, Tamper Resistant Embedded Controller (TREC) device in an integrated framework named Electronic Product Code Information system (EPCIS)”. Sistem ini membolehkan data terkini berkaitan dengan maklumat perkapalan dan pengikraran dagangan import/eksport dikongsi bersama oleh “authorised partners” melalui Web services. Ianya juga boleh membantu proses pengauditan dan penarafan risiko barangan serta profil pengimport/pengeksport di dalam sistem pengurusan risiko.
9. Ke arah merealisasikan U-Customs, JKDM telah mula melaksanakan business process reengineering (BPR). Ini melibatkan perubahan asas pemikiran dan rekabentuk semula proses dan prosedur kerja secara radikal bagi meningkatkan kecekapan dan keberkasanan penyampaian perkhidmatan. Output dari BPR akan menjadi tonggak ke arah menjayakan pebangunan serta pelaksanaan U-Customs.
10. Pembangunan U-Customs selaras piawaian antarabangsa yang digariskan oleh WCO memerlukan input daripada banyakpihak seperti sektor industri dan perdagangan, persatuan agen dan juga OGA serta PIAs ke arah mewujudkan centralized processing of declaration dalam urusan pelepasan dagangan. Kerjasama daripada institusi kewangan juga diperlukan bagi membangun keupayaan penyelesaian e-payment dan lain-lain penyelesaian perdagangan di masa hadapan.
11. Saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan kajian diagnostik SMK yang telah berjaya mengenalpasti kelemahan-kelemahan dari aspek sistem penyampaian perkhidmatan, penyelesaian perdagangan dsb. Kajian yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2001- 2015 berteraskan prinsip “do more with less” dan “ubiquitous access” dan juga inisiatif Jalur Lebar Negara yang menyediakan penyelesaian HSBB (High speed broadband) untuk perkhidmatan “anytime and anywhere” dan “24/7”, bagi merangsang daya saing negara.
12. Semoga system yang baru ini dapat merealisasikan tanggungjawab JKDM untuk menyokong perkembangan ekonomi Malaysia. Adalah diharapkan pembangunaan U-Customs akan membawa perubahan dan impak yang besar.
Sekian. Terima kasih.
1Razmeira, Liana & Anderson, Niel‐Bjorn (2007), Towards Ubiquitous e‐Customs Services, IEEE/WIC/ACM International Conference on Web Intelligence.