​​​

Pengimportan semula bermaksud barangan yang telah dieksport ke luar negara termasuk ke Zon Bebas yang kemudiannya diimport semula ke Kawasan Utama Kastam (KUK) samada untuk tujuan pasaran tempatan atau menjalani proses pengilangan semula (re-processing) akibat kerosakan. 

Jenis-Jenis Pengecualian Yang Membolehkan Import Semula

Mekanisma yang ada bagi membolehkan barangan keluaran tempatan yang dieksport dan kemudiannya diimport semula samada untuk dijual  di pasaran tempatan atau diproses semula boleh menuntut pengecualian seperti berikut:

1. Butiran 68 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 iaitu bagi barangan  keluaran atau pengilangan tempatan dieksport dan kemudiannya diimport semula. Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengimport ialah:
    • Barangan boleh dikenalpasti dengan memuaskan Pegawai Kastam Yang Hak.
    • Barangan diimport semula dalam tempoh satu tahun dari  tarikh ianya dieksport.
    • Tiada tuntutan tarikbalik di bawah seksyen 99 Akta Kastam 1967 dibuat semasa barangan dieksport.
    • Tiada pengecualian atau remisi duti eksais telah dibenarkan semasa barangan dieksport.
    • Pengimport adalah dikehendaki membayar cukai jualan jika barangan tersebut dijual ke pasaran tempatan.

    2. Butiran 69, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 60, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 iaitu bagi barangan keluaran/pengilangan tempatan dieksport dan kemudiannya diimport semula untuk diproses semulaDi antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengimport ialah:-

      • Barangan boleh dikenalpasti dengan memuaskan Pegawai Kastam Yang Hak
      • Barangan diimport semula dalam tempoh satu tahun dari tarikh ianya dieksport.
      • Di bawah Butiran 60, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008, barangan hendaklah dikembalikan kepada pengilang berlesen yang sama untuk diproses semula.

      Barang-Barang  Yang Layak  Diimport Semula

      Alasan yang boleh diterima bagi barangan keluaran tempatan yang dieksport dan kemudiannya diimport semula adalah disebabkan ditolak oleh pihak luar negara atas sebab-sebab seperti berikut:

      •  Kualiti yang tidak memuaskan.
      • Gagal memenuhi spesifikasi.
      • Barangan yang tersilap dihantar atau tidak seperti yang ditempah,
      • Terlebih kuantiti,
      • Rosak atau cacat ketika dieksport,
      • Barangan yang berubah akibat dari kesan tindakbalas kimiacuaca atau lain-lain yang tidak dapat dikawal.

      Barang-Barang Yang Tidak Layak Diimport Semula

      Walau bagaimanapun terdapat juga barang-barang yang tidak layak menuntut pengecualian di bawah butiran di atas. Antara barangan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

      • Barangan yang tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 kecuali dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
      • Barangan yang gagal memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan di atas
      Prosedur-Prosedur Import Semula

      Dalam melaksanakan kemudahan terhadap barangan yang diimport semula ini, pengimport adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-

      • Mengemukakan Borang Kastam No. 1 bagi pengikraran barangan yang diimport semula bersama klausa sijil pengecualian yang telah ditetapkan seperti berikut:

      Saya dengan ini mengakui bahawa barang-barang yang tersebut di atas adalah *diimport oleh/dieksport oleh/dibekalkan kepada ....................................................................................

      (Nama dan alamat orang atau badan bagi siapa pengecualian dituntut) dan pengecualian dari duti kastam adalah dituntut di bawah Butiran 68/69* Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan dibawah butiran 60 Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 tertakluk kepada syarat-syarat di bawahnya.

      * Potong mana yang tidak berkenaan

      Tandatangan ............................

      Nama ........................................

      No. Kad Pengenalan .................

      Tarikh........................................

      Pangkat.....................................

      • Mengemukakan Borang Kastam No. 2 (salinan) bagi pengeksportan terdahulu untuk barangan yang sama yang diimport semula.
      • Mengemukakan lain-lain dokumen sokongan import seperti inbois, bill of lading dan packing list.
      • Mengemukakan lain-lain dokumen sokongan bagi eksport asal seperti inbois, packing list, shipping note/airway bill, permit eksport (jika berkaitan), certificate of origin [(barangan berasal atau buatan Malaysia) jika ada].
      • Mengemukakan surat penolakan (rejection letter) bagi barangan diimport semula yang dikeluarkan oleh pihak di luar negara dengan menyatakan:

      • diskripsi barangan;

      • kuantiti;

      • alasan penolakan;

      • nombor siri, nombor enjin dan jenama, di mana berkenaan.

      Sekiranya pengikraran dibuat secara elektronik, prosedur pengikraran secara elektronik semasa adalah terpakai.

      Bagi barangan yang diimport untuk diproses semula di bawah Butiran 69, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 60, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 di premis/kilang, pengimport dikehendaki memohon kelulusan dari pejabat Kastam  yang mengawal kilang berkenaan.

      Bagi barangan yang hendak dimusnahkan, prosedur yang telah digariskan bagi maksud pemusnahan hendaklah dipatuhi. Manakala bagi barangan yang dituntut pengecualian di bawah Butiran 68 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, hanya duti import sahaja yang layak dikecualikan. Manakala cukai jualan dan duti eksais terlibat hendaklah dibayar (jika berkenaan).

      Tanggungjawab  pengimport

      Sebelum barangan dibawa masuk ke premis kilang berlesen bagi tujuan proses semula adalah seperti berikut :

      • Barangan yang dibawa masuk semula telah diluluskan dan diakaunkan dengan benar dan tepat.
      • Barangan yang  menuntut pengecualian di bawah Butiran 69, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 60, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008, setelah siap diproses  di premis kilang hendaklah dieksport semula.  Sekiranya  barangan yang gagal dieksport semula atas sebab-sebab tertentu dan pekilang berhasrat untuk menjualnya ke pasaran tempatan, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pejabat Kastam  yang mengawal kilang dan duti eksais atau cukai jualan yang terlibat (yang mana yang berkenaan) hendaklah dibayar.​