Untitled 1
PENGENALAN
Y.B. Menteri Kewangan melalui peruntukan perundangan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kastam 1967 boleh membuat perintah bagi mengecualikan pembayaran duti import ke atas mesin dan peralatan yang digunakan secara langsung dalam pengilangan dan perhotelan sebagaimana yang dinyatakan di bawah butiran 112 dan 113 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.
Pengecualian duti import ini diberikan dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Perintah ini.
KELAYAKAN
Syarikat-syarikat yang boleh menuntut kemudahan pengecualian duti import;
- Pengilang di Kawasan Utama Kastam.
- Pengusaha hotel.
BARANG YANG DIKECUALIKAN DUTI / CUKAI
Pengilang di Kawasan Utama Kastam
- Pengecualian duti import ke atas mesin dan peralatan tidak termasuk alat ganti dan bahan guna habis yang diimport atau dibeli daripada Gudang Pengilangan Berlesen, Bonded Warehouse atau Zon Bebas.
Pengusaha Hotel.
- Pengecualian duti import ke atas peralatan atau mesin yang diimport atau dibeli daripada Gudang Pengilangan Berlesen, Bonded Warehouse atau Zon Bebas
KRITERIAUntuk melayakkan pengecualian duti import diperolehi ke atas mesin dan peralatan, kriteria utama barang tersebut adalah;
- Baharu dan tidak digunakan lagi (new and unused)
- Digunakan secara langsung dalam pengilangan atau perkhidmatan (used directly)
BORANG PERMOHONAN
Syarikat yang akan menuntut pengecualian duti import hendaklah melengkapkan maklumat barang yang akan diimport dalam lampiran-lampiran berkaitan seperti berikut:
Pengilang di Kawasan Utama Kastam |
Appendix I (SPM 1/2018) |
Pengecualian duti import ke atas mesin dan peralatan tidak termasuk alat ganti dan bahan guna habis yang diimport atau dibeli daripada Gudang Pengilangan Berlesen, Bonded Warehouse atau Zon Bebas di bawah Butiran 112 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 |
Pengusaha Hotel |
Appendix I (SPM 2/2018) |
Pengecualian duti import ke atas peralatan atau mesin yang diimport atau dibeli daripada Gudang Pengilangan Berlesen, Bonded Warehouse atau Zon Bebas di bawah Butiran 113 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 |
Permohonan pengecualian duti import hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Perindustrian negeri.
CARTA ALIRAN PROSES KERJA MENUNTUT PENGECUALIAN DUTI IMPORT
Untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut, sila rujuk;
Bahagian Perkastaman
Cawangan Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian
Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya.
Tel : 03-8882 4812 / 8882 2650
Fax : 03-8882 2655