17.1 |
S: |
Apakah itu SST? |
|
J: |
SST adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang kilangan tempatan dan import, manakala cukai perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu. |
|
|
|
17.2 |
S: |
Saya telah membeli tiket penerbangan sebelum 01 Jun 2018 dan dijadualkan berlepas selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut balik nilai CBP yang telah dibayar? |
|
J: |
Bergantung kepada terma dan syarat transaksi jual beli yang dipersetujui diantara penjual dan pembeli. |
|
|
|
17.3 |
S: |
Deposit (bayaran pendahuluan) untuk pembekalan barang / perkhidmatan telah dibayar sebelum tarikh 01 Jun 2018 dan barang / perkhidmatan dibekalkan selepas tarikh 01 Jun 2018. Apakah layanan CBP? |
|
J: |
Bayaran pendahuluan tertakluk kepada CBP atas kadar standard 6% manakala baki bayaran sekiranya dibuat selepas tarikh 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada kadar standard 0%. |
|
|
|
17.4 |
S: |
Adakah cukai yang dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk bersama penumpang di lapangan terbang bertukar ke kadar standard 0%? |
|
J: |
CBP ke atas barang dikenakan pada kadar standard 0%, tetapi jika barang yang dibawa masuk bersama penumpang tertakluk duti import, kadar pada ad valorem 10% masih dikekalkan. |
|
|
|
17.5 |
S: |
Barang yang dibeli dan dikenakan CBP pada kadar standard 6% kemudian dipulangkan kepada pembekal semasa CBP berkadar standard 0%. Apakah layanan CBP? |
|
J: |
Pembekal perlu mengeluarkan nota kredit yang sama nilai jualannya dan dikaitkan dengan invois. |
|
|
|
17.6 |
S: |
Adakah Cukai Pelancongan akan diteruskan? |
|
J: |
Ya. |
|
|
|
17.7 |
S: |
Bermula dari 01 Jun 2018, apakah layanan CBP terhadap pembekalan yang dibuat oleh jabatan kerajaan yang berdaftar di bawah Seksyen 20 ACBP 2014? |
|
J: |
Pembekalan yang dibuat oleh jabatan kerajaan yang berdaftar dibawah Seksyen 20 ACBP 2014 adalah merupakan pembekalan di luar skop. Pembekalan bercukai barang / perkhidmatan yang dibuat oleh jabatan kerajaan tersebut tidak tertakluk kepada CBP. |
|
|
|
17.8 |
S: |
Bermula dari 01 Jun 2018, apakah layanan CBP ke atas perolehan barang oleh jabatan kerajaan? |
|
J: |
Perolehan barang oleh jabatan kerajaan tertakluk kepada CBP pada kadar standard 0%. Perintah CBP (Pelepasan) 2014 telah dibatalkan. |
|
|
|
17.9 |
S: |
Bermula dari 01 Jun 2018, apakah layanan CBP ke atas perolehan perkhidmatan oleh jabatan kerajaan? |
|
J: |
Perolehan perkhidmatan oleh jabatan kerajaan tertakluk kepada kadar standard 0%. |
|
|
|
17.10 |
S: |
Saya bukanlah orang berdaftar CBP. Saya masih mempunyai stok barang yang telah dikenakan CBP 6% selepas 01 Jun 2018. Bolehkah saya menuntut pulang balik cukai? |
|
J: |
Tidak. |
|
|
|
17.11 |
S: |
Jika invois diterima selepas 1 Jun 2018 untuk perkhidmatan yang diberikan merangkumi sebelum dan selepas 01 Jun 2018, adakah caj balik dikenakan dan pada kadar apa? |
|
J: |
CBP hendaklah diakaunkan atas kadar standard 6% ke atas nilai pembekalan sehingga 31 Mei 2018. Dari 01 Jun 2018, CBP hendaklah dikenakan atas kadar standard 0% ke atas perbezaan diantara jumlah nilai pembekalan dan nilai pembekalan sebelum 01 Jun 2018. |
|
|
|
17.12 |
S: |
Apabila invois diterima selepas 01 Jun 2018 keatas perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum 01 Jun 2018, adakah caj balik terpakai dan atas kadar apa? |
|
J: |
CBP hendaklah diakaunkan atas kadar standard 6% ke atas jumlah nilai pembekalan. |
|
|
|
17.13 |
S: |
Perlukah saya menukar tanda harga (price tag) yang pada ketika ini menunjukkan kadar standard 6%? |
|
J: |
Sekiranya tindakan segera tidak boleh diambil, syarikat dibenarkan menampal notis di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan menyatakan kadar standard 6% telah bertukar kepada kadar standard 0% mulai 01 Jun 2018. Syarikat diberi tempoh sehingga 30 Jun 2018 untuk menukarkan tanda harga. |
|
|
|
17.14 |
S: |
Jika tanda harga yang dipamerkan oleh peniaga pada atau selepas 1 Jun 2018 masih menunjukkan harga termasuk CBP 6% (CBP inclusif 6%), apakah harga yang perlu dibayar oleh pengguna? |
|
J: |
Harga yang perlu dibayar oleh pengguna adalah selepas menggunakan pecahan cukai. Contoh: Harga dipamerkan (termasuk CBP 6%) :RM106 Harga dibayar (tidak termasuk CBP 6%) :RM106X(100/106): RM100 |
|
|
|
17.15 |
S: |
Adakah pihak insurans perlu membayar balik CBP yang telah dibayar oleh pemegang polisi sekiranya perlindungan insurans tersebut dibuat di bawah suatu perjanjian bagi suatu tempoh bermula 01 Jan 2018 hingga 31 Dec 2018 dan invois cukai dan bayaran dihubungkait dengan suatu pembekalan bagi tempoh tersebut telah dibuat sebelum 01 Jun 2018? |
|
J: |
Tidak. |
|
|
|
17.16 |
S: |
Bagaimanakah status bank yang dilantik sebagai agen pemungut CBP selepas 01 Jun 2018? |
|
J: |
Tidak ada pindaan keatas status bank yang dilantik sebagai Agen Pemungut CBP adalah kekal seperti sedia ada. |
|
|
|
17.17 |
S: |
Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah Jadual 1 Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014? |
|
J: |
Pembekalan barang tersebut dianggap sebagai pembekalan bercukai dan tertakluk kepada kadar standard 0%. |
|
|
|
17.18 |
S: |
Apakah layanan CBP ke atas pembekalan perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah Jadual 2 Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014? |
|
J: |
Kadar standard 0%. |
|
|
|
17.19 |
S: |
Merujuk kepada soalan 17.17 dan 17.18, adakah invois cukai perlu dikeluarkan? |
|
J: |
Ya. |
|
|
|
17.20 |
S: |
Saya telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 untuk pembekalan barang pada 20 Mei 2018. Barang hanya diserah kepada pembeli pada 02 Jun 2018. Apakah layanan CBP ke atas pembekalan tersebut? |
|
J: |
Pembekalan tertakluk kepada CBP 6% dan bayaran penuh yang diterima adalah termasuk CBP. Pecahan cukai (6/106) perlu digunakan untuk menentukan amaun cukai yang perlu diakaunkan. |
|
|
|
17.21 |
S: |
Saya telah menuntut pelepasan hutang lapuk sebelum 01 Jun 2018. Selepas 01 Jun 2018, penghutang telah membayar semula amaun yang saya tuntut dalam pelepasan tersebut. Apakah layanan CBP ke atas bayaran semula hutang lapuk yang dituntut pelepasan sekiranya bayaran semula dibuat selepas 01 Jun 2018? |
|
J: |
Bayaran semula hutang lapuk perlu diakaunkan atas kadar standard 6%. |
|
|
|
17.22 |
S: |
Adakah pelepasan hutang lapuk (bad debt relief) masih boleh dituntut bermula 01 Jun 2018 sekiranya belum menerima apa-apa bayaran dalam masa 4 bulan dari tarikh pembekalan? |
|
J: |
Tidak. Kamu hendaklah mematuhi tempoh 6 bulan dan syarat lain yang ditetapkan. |
|
|
|
17.23 |
S: |
Adakah pelepasan hutang lapuk (bad debt relief) boleh dituntut bermula tarikh 01 Jun 2018 sekiranya telah melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh invois jualan? |
|
J: |
Boleh, sekiranya usaha-usaha yang mencukupi untuk mendapatkan hutang lapuk dipatuhi. |
|
|
|
17.24 |
S: |
Apakah layanan CBP ke atas “reimbursement” yang berkaitan dengan pembekalan yang berlaku sebelum 01 Jun 2018? |
|
J: |
“Reimbursement” adalah dianggap sebagai satu pembekalan yang dibuat selepas 01 Jun 2018 dan tertakluk ke atas CBP atas kadar standard 0%. |
|
|
|
17.25 |
S: |
Saya telah menandatangani Perjanjian Jual Beli untuk menjual satu unit bangunan komersial bernilai RM 1,600,000 pada 01 April 2018. Deposit sebanyak 10% telah diterima semasa menandatangani perjanjian tersebut dan baki 90% akan dibayar dalam tempoh 90 hari iaitu pada 11 Jun 2018. Pemilikan kosong (VP) akan dikeluarkan setelah pembayaran penuh dibuat. Apakah layanan CBP ke atas transaksi ini? |
|
J: |
Deposit yang diterima semasa menandatangani perjanjian jual beli berkenaan adalah merupakan sebahagian daripada balasan yang diterima sebelum 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard 6%. Manakala baki bayaran sebanyak 90% yang diterima pada atau selepas 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard 0%. |
|
|
|
17.26 |
S: |
LMN Construction Sdn Bhd adalah pembekal perkhidmatan pembinaan. Sejumlah pembayaran ditahan oleh pelanggan sebagai wang tahanan. Apakah layanan CBP ke atas wang tahanan yang dikaitkan dengan kerja pembinaan yang telah dilakukan sebelum 01 Jun 2018 dan pembayaran wang tahanan dibuat pada atau selepas 01 Jun 2018? |
|
J: |
Jumlah wang tahanan yang dikaitkan dengan pembekalan yang dilakukan sebelum 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard 6%. LMN Construction Sdn Bhd adalah bertanggungan untuk mengakaunkan cukai output setelah menerima jumlah wang tahanan tersebut walaupun bayaran itu diterima pada atau selepas 01 Jun 2018. |
|
|
|
17.27 |
S: |
Badan pengurusan bersama / perbadanan pengurusan yang menguruskan bangunan komersial telah menerima bayaran pada 31 Mac 2018 bagi yuran penyelenggaraan dan wang penjelas (sinking fund) untuk tempoh 1 tahun mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Cukai output atas kadar 6% telah diakaunkan di dalam GST-03. Adakah sebarang pindaan keatas kadar cukai ke atas pembekalan ini? |
|
J: |
CBP kekal pada kadar standard 6%. |
|
|
|
17.28 |
S: |
Badan pengurusan bersama / perbadanan pengurusan yang menguruskan bangunan komersial masih belum menerima pembayaran daripada pemilik unit bagi pembekalan perkhidmatan bagi tempoh 01 Januari 2018 sehingga 31 Mei 2018. Bayaran dibayar pada 02 Julai 2018. Adakah CBP perlu dikenakan pada kadar standard 0%? |
|
J: |
Tidak, CBP adalah pada kadar standard 6%. |
|
|
|
17.29 |
S: |
Apakah layanan CBP ke atas pembekalan barang yang dilepaskan di bawah Jadual 1 dan 2 Perintah CBP (Pelepasan) 2014? |
|
J: |
Dengan pembatalan Perintah CBP (Pelepasan) 2014, pembekalan barang bermula dari tarikh 01 Jun 2018 adalah tertakluk kepada kadar CBP 0%. |
|
|
|
17.30 |
S: |
Projek pembangunan komersial telah disiapkan pada 18 Mei 2018. Walau bagaimanapun, konsultan hanya boleh mengeluarkan sijil pengesahan projek pada Jun 2018. Invois bercukai telah dikeluarkan pada 30 Jun 2018 apabila pihak konsultan mengesahkan bayaran terakhir. Adakah CBP dikenakan atas kadar standard 6% atau 0%? |
|
J: |
Kadar standard 6%. |
|
|
|
17.31 |
S: |
Jom Travel Sdn Bhd telah membuat tempahan hotel berjumlah RM101,760 dan telah membuat bayaran pendahuluan (security deposit) pada 04 Mac 2018 berjumlah RM30,528 dan dijangka menginap di hotel tersebut pada 05 Julai 2018. Apakah implikasi CBP ke atas pembekalan yang dibuat pada 05 Julai 2018? |
|
J: |
Bagi tujuan CBP, bayaran pendahuluan yang diterima adalah bukan sebahagian daripada balasan kepada pembekalan. Keseluruhan pembekalan adalah tertakluk kepada CBP pada kadar 0%. |
|
|
|
17.32 |
S: |
Jom Travel Sdn Bhd telah membuat tempahan hotel ke atas lima pelancong daripada Indonesia dan Jom Travel Sdn Bhd telah membuat bayaran penuh iaitu RM6,360 (termasuk CBP 6%) pada 15 Februari 2018, dan akan menginap di hotel tersebut bermula 01 Julai 2018 sehingga 09 Julai 2018. Apakah kadar CBP yang terpakai keatas pembekalan yang dibuat oleh operator hotel tersebut? |
|
J: |
Pembekalan perkhidmatan penginapan adalah tertakluk kepada CBP 6% kerana bayaran penuh telah dibuat sebelum 01 Jun 2018. |
|
|
|
17.33 |
S: |
Bermula 01 Jun 2018, apakah kedudukan permohonan semakan semula saya di bawah seksyen 124 ACBP 2014 yang belum mendapat keputusan? |
|
J: |
Ia akan diproses oleh JKDM seperti biasa. |
|
|
|
17.34 |
S: |
Bolehkah saya membuat rayuan terhadap permohonan semakan semula yang telah ditolak oleh JKDM? |
|
J: |
Rayuan boleh dibuat kepada Tribunal CBP. |
|
|
|
17.35 |
S: |
Perlukah saya memohon pelepasan oleh Menteri Kewangan melalui peruntukan Pelepasan Oleh Menteri Kewangan 1/2017 bagi perkhidmatan berkaitan barang yang akan dieksport mulai 1 Jun 2018? |
|
J: |
Permohonan pelepasan tidak perlu dibuat. |
|
|
|
Kod cukai (Mulai 01 Jun 2018) |
|
|
|
17.36 |
S: |
Apakah kod cukai yang perlu digunakan bagi pembekalan barang / perkhidmatan yang dibuat pada atau selepas 01 Jun 2018 dan bagaimana ia perlu diikrarkan dalam GST-03? |
|
J: |
Satu kod cukai baru pada kadar 0% perlu diwujudkan (SR-0) atau apa-apa kod lain yang digunakan oleh syarikat untuk pembekalan tempatan berkadar standard 0% pada atau selepas 01 Jun 2018. Kod cukai ini perlu diikrarkan ke dalam ruangan 5 (a) penyata GST-03. |
|
|
|
17.37 |
S: |
Bolehkah saya menggunakan kod pembekalan berkadar sifar (ZRL) untuk pembekalan berkadar standard 0% selain daripada SR-0? |
|
J: |
Boleh. Syarikat boleh menggunakan kod ZRL atau apa-apa kod baru yang diwujudkan untuk pembekalan tempatan berkadar 0%. Dalam keadaan pembekalan berkadar sifar (ZRL) yang dibuat pada atau selepas 01 Jun 2018, nilai pembekalan hendaklah diikrarkan di ruangan 5 (a) GST-03 kerana semua pembekalan ZRL telah bertukar menjadi pembekalan berkadar standard 0%. |
|
|
|
17.38 |
S: |
Selepas 01 Jun 2018, bagaimanakah pengikraran yang perlu dibuat ke atas pembekalan yang diberi pelepasan oleh Menteri, pembekalan dikecualikan, pembekalan lain (di luar skop) dan pengeksportan barang? |
|
J: |
Tiada sebarang pindaan ke atas pengikraran di GST-03 dan kod cukai. |
|
|
|
17.39 |
S: |
Apakah kod cukai yang perlu digunakan bagi perolehan barang / perkhidmatan yang dibuat pada atau selepas 01 Jun 2018 dan bagaimana ia perlu diikrarkan dalam GST-03? |
|
J: |
Satu kod cukai baru (TX-0) pada kadar 0% perlu diwujudkan atau apa-apa kod yang syarikat gunakan untuk perolehan tempatan berkadar standard atas 0% pada atau selepas 01 Jun 2018. Kod cukai ini perlu diikrarkan ke dalam ruangan 6 (a) penyata GST-03. |
|
|
|
17.40 |
S: |
Bolehkan saya menggunakan kod perolehan berkadar sifar (ZP) untuk perolehan berkadar standard 0% selain daripada TX-0? |
|
J: |
Ya, syarikat boleh menggunakan kod ZP atau apa-apa kod baru yang syarikat wujudkan untuk perolehan berkadar standard 0%. Dalam keadaan semua perolehan berkadar sifar (ZP) yang dibuat pada atau selepas 01 Jun 2018, nilai perolehan hendaklah diikrarkan di ruangan 6(a) GST- 03 kerana semua perolehan ZP telah bertukar menjadi perolehan berkadar standard 0%. |
|
|
|
17.41 |
S: |
Bagi nota kredit dan nota debit yang diterima daripada pembekal pada atau selepas 01 Jun 2018 yang berkaitan dengan invois cukai bagi pembekalan berkadar standard 6% yang dikeluarkan sebelum 01 Jun 2018, apakah kod cukai yang perlu digunakan untuk tujuan pelarasan yang melibatkan nilai negatif? |
|
J: |
Sekiranya nilai negatif wujud di ruangan 5(b) GST-03, pelarasan untuk tujuan tuntutan cukai hendaklah menggunakan kod “AJP” dan diikrar di ruangan 6 (b) penyata GST-03. Sebaliknya, jika nilai negatif wujud di ruangan 6(b) GST-03, pelarasan untuk tujuan bayaran cukai hendaklah menggunakan kod “AJS” dan diikrar di ruangan 5 (b) penyata GST-03. |
|
|
|
17.42 |
S: |
Apakah kod cukai yang perlu digunakan untuk pengeluaran nota kredit dan nota debit pada atau selepas 01 Jun 2018 yang berkaitan dengan invois cukai yang dikeluarkan sebelum 01 Jun 2018 bagi pembekalan yang berkadar standard 6%? |
|
J: |
Kod cukai yang perlu digunakan ialah SR (6%) |
|
|
|
Informasi yang terkandung di dalam FAQ ini bertujuan untuk memberi kefahaman ke atas layanan CBP dan tidak bertujuan untuk membincangkan kesemua isu CBP. Informasi ini adalah betul pada tarikh dikeluarkan. JKDM mempunyai hak untuk meminda atau menarik balik FAQ ini. |
|
|
|
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. |