• Siapa yang dikehendaki membuat Pengikraran ?
  • Pengembara  (traveller) yang memasuki dan keluar Malaysia dengan membawa wang tunai dan/atau intrumen pembawa boleh niaga (IPBN) seperti cek, promissory notes, cek kembara (traveller's cheques), bearer bond, kiriman wang (money order) dan wang pos (postal order), melebihi agregat bersamaan USD 10,000.00 .

  • Bila dan bagaimana untuk membuat pengikraran ?
  • Apabila pengembara memasuki dan keluar Malaysia dengan membawa wang tunai dan/atau intrumen pembawa boleh niaga (IPBN) seperti cek, promissory notes, cek kembara (traveller's cheques), bearer bond, kiriman wang (money order) dan wang pos (postal order), melebihi agregat bersamaan USD10,000. Pengikraran hendaklah dibuat didalam Borang Kastam No. 22.

  • Dimana Borang Kastam No. 22 boleh didapati ?
  • Borang Kastam No. 22 boleh diperolehi di kaunter-kaunter yang disediakan sebelum pemeriksaan Kastam (Customs Checkpoint) di semua pintu masuk dan keluar Negara.

  • Apakah peranan JKDM dalam pelaksanaan Pengisytiharan Mata Wang ?
  • JKDM akan melaksanakan pengkuatkuasaan pengisytiharan mata wang ini sebagaimana kuasa yang diberi di bawah Sek.23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) seperti berikut:

    Menerima pengisytiharan matawang/IPBN melalui Borang Kastam    No.22.

    Menggunakan kuasa penyiasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan     Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) sekiranya pengembaraan gagal mematuhi keperluan pengikraran matawang/IPBN atau pengembara membuat pengikraran palsu.

    Jika didapati bersalah pengembara boleh didenda sehingga RM1 juta, dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Wang tunai dan IPBN juga boleh dirampas atau disita mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan keganasan 2001 (AMLATFA)

      

  • Dimana pengembara boleh mendapat maklumat tambahan mengenai keperluan pengisytiharan mata wang ini ?
  • Pengembara boleh menghubungi: 

    ​​Public Relation Division
    Royal Malaysian Customs Department Headquarters
    Tel: 1-800-88-8855/+603-88824803/+603-88822929
    Email:kastam (alias) customs (dot) gov (dot) my 

    Bank Negera
    BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
    Tel: 1-300-88-5465
    E-mail: bnmtelelink (alias) bnm (dot) gov (dot) my
    Website: http:www.bnm.gov.my​