​​​​​
​​​​1. Saya akan membekalkan makanan ringan ke Singapura pada setiap pagi untuk memenuhi permintaan pasaran di sana. Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa produk makanan tersebut layak mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan. Apa​kah peruntukan yang ada untuk saya jadikan panduan bagi memastikan bahawa produk saya itu benar-benar dikecualikan? ​
Bagi membantu persoalan yang dikemukakan, Tuan boleh merujuk kepada perintah yang boleh dijadikan panduan iaitu “Goods Vehicle Levy (Exemption) Order 1983”.  Perintah ini akan menjelaskan barang-barang yang dikecualikan dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan.​
2. ​Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barang-Barang memandangkan produk yang akan saya eksport tidak tersenarai dalam "Goods Vehicle (Exemption) Order 1983”? 
Tuan hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian kepada Kementerian Kewangan di alamat seperti berikut:​

​​Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Analisa Cukai
Presint 2, Pusat Kentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya