Pendahuluan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia banyak menerima aduan mengenai Service Charge,Service Tax​ dan Government Tax yang telah menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam. Bagi menjelaskan kekeliruan tersebut, disini dinyatakan perbezaannya.

Perbezaan

Service Charge - adalah satu caj selain daripada kos barangan atau perkhidmatan yang dikenakan oleh sesuatu perniagaan didalam bil/inbois. Ini adalah amalan yang dipraktikan dalam industry “hospitality” dan kadar biasa yang dikenakan adalah 10%. Caj ini dikumpulkan oleh majikan sebagai dana untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini boleh mengantikan tip walaupun tidak semestinya.

Service Tax / Government Tax - Secara undang-undang dikenakan dengan kadar 6% (mulai Januari 2011) dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 keatas kategori perniagaan dalam “hospitality Industry” contoh: hotel, restoran, pubs dan SPA dibawah lessen yang dikeluarkan oleh JKDM. Lesen cukai perkhidmatan mengandungi nama, alamat dan nombor lesen yang dipamerkan dipremis yang berlesen. Cukai perkhidmatan yang dikenakan , dibayar kepada JKDM bagi tempoh dua(2) bulan sekali. Cukai perkhidmatan tidak dikenakan keatas service caj tetapi atas barangan / perkhidmatan yang dibekalkan.

Jenis perniagaan dan jenis perkhidmatan yang tertakluk kepada pelesenan dan pengenaan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.

Disediakan Oleh : Bahagian Cukai Dalam Negeri, Putrajaya