​​​​1. Apakah kemudahan Pengecualian Duti/Cukai dari Perbendaharaan?
​Pengecualian duti / cukai ke atas barang-barang yang diberi oleh YAB Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 14 Akta Kastam 1967, Seksyen 35 Akta Cukai Jualan 2018 dan Seksyen 11 Akta E​ksais 1976 bagi menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.​​
2. ​​Siapakah yang layak menikmati kemudahan Pengecualian Duti/Cukai dari Perbendaharaan?​
Pengecualian ini diberi di bawah bidang kuasa M​enteri Kewangan kepada sesiapa yang layak.
3. ​Dimanakah permohonan pengecualian perlu dikemukakan?
​Permohonan pengecualian hendaklah dikemukakan kepada:-
a. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi sektor pengilangan dan perkhidmatan
b. Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi syarikat berstatus MSC.
c. Kementerian Kewangan bagi barang-barang / perkhidmatan yang tidak dinyatakan di atas
d. Malaysia International Trade and Industry (MITI)