There are no translations available

Pengenalan
  1. Sepertimana yang telah diumumkan dalam Bajet 2010,cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas kad kredit dan kad caj dengan kadar RM50 bagi kad utama dan RM25 bagi kad tambahan. Pengenaan cukai perkhidmatan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

​Definisi Kad Kredit dan Kad Caj

  1. ​Kad kredit iaitu suatu instrumen pembayaran samada kad fizikal atau kad maya (virtual card) yang menandakan suatu barisan kredit atau pembiayaan yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna dan dimana apa-apa jumlah kredit yang digunakan oleh pengguna belum diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum sesuatu tarikh yang ditetapkan, jumlah yang belum diselesaikan boleh dikenakan caj faedah, unting atau caj lain.
  2. ​Kad caj ialah suatu instrumen pembayaran samada kad fizikal atau kad maya (virtual card) yang menandakan barisan kredit yang diberikan oleh pengeluar kepada pengguna jumlah kredit yang digunakan oleh pengguna mesti diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum suatu tarikh yang ditetapkan, tanpa apa-apa lanjutan kredit.

​Skop Percukaian

  1. ​Skop percukaian hanya meliputi kad kredit atau kad caj. Kad kredit juga meliputi kad kredit dwijenama (co-branded credit card) dan kad korporat. Kad kredit dwijenama ialah kad yang dikeluarkan secara bersama oleh pengeluar kad kredit dengan saudagar di bawah satu jenama yang terkenal. Saudagar tersebut biasanya menawarkan manfaat tambahan lain kepada pemegang kad seperti diskaun ke atas barangan tertentu dan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Contoh kad kredit dwijenama termasuk Maybank-Sogo Visa dan Public Bank-Esso Visa serta Maybank-Petronas.
  2. Oleh kerana skop percukaian hanya meliputi kad kredit dan kad caj, kad debit, kad petrol, kad caj di komuniti tertutup, kad loyalti dan wang elektronik tidak termasuk dalam skop percukaian.
  3. Kad debit adalah suatu jenis instrumen pembayaran di mana baki di dalam akaun tabungan atau semasa di institusi-institusi perbankan akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urns niaga yang dibuat. Satu contoh bagi kad debit ialah Maybank Kawanku e-POS.
  4. Kad petrol ialah sejenis kad caj yang dikeluarkan oleh syarikat minyak seperti Petronas atau Shell kepada Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang untuk membeli petrol atau diesel bagi kegunaan kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia atau orang tersebut. Sebagai contoh, Shell mengeluarkan FleetCard dan Petronas mengeluarkan SmartPay.
  5. Kad caj di komuniti tertutup adalah suatu kad caj samada kad fizikal atau kad maya (virtual card) yang boleh digunakan sebagai instrumen pembayaran hanya di kawasan premis tempat kerja oleh tenaga kerjanya atau hanya di kawasan premis institusi pendidikan atau kelab golf atau sukan oleh tenaga kerja, pelajar-pelajar atau ahli-ahli. Contoh-contoh bagi kad caj di komuniti tertutup ialah Kad Saujana dan kad caj di komuniti tertutup yang dikeluarkan oleh Kolej Damasara Utama dan Kolej Sunway kepada pelajar-pelajarnya untuk digunakan untuk pembelian dalam premis institusi pendidikan tersebut.
  6. ​Kad loyalti adalah apa-apa instrumen yang membolehkan pengguna mendapat diskaun atau mata ganjaran yang boleh digunakan untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan. Contoh-contoh bagi kad loyalti ialah BonusLink, Real Rewards, Jusco Jcard, Mesra Petronas clan Smiles Esso Mobil.
  7. Wang elektronik adalah apa-apa instrumen samada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat, yang :-
  1. menyimpan dana secara elektronik yang ditukarkan dengan dana yang dibayar kepada pengeluar; dan

  2. boleh digunakan sebagai suatu cara untuk membuat pembayaran kepada mana-mana orang.

​Satu contoh ialah Touch n' Go.

​​Orang Yang Kena Membayar Cukai​

  1. ​​​​Mana-mana orang yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan menyediakan perkhidmatan kad ktedit atau kad caj melalui pengeluaran kad kredit atau kad caj hendaklah memohon lesen cukai perkhidmatan di stesen kastam yang berdekatan dengan tempat pemiagaan,  

  Perkhidmatan Yang Kena Dibayar Cukai

  1. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas penyediaan perkhidmatan kad kredit atau kad caj melalui pengeluaran kad kredit utama,kad caj utama,kad kredit tambahanatau kad caj tambahan.

  Kadar Pengenaan Cukai Perkhidmatan

  1. Kadar cukai perkhidmatan yang akan dikenakan a​dalah seperti berikut:​
  2. ​​Kadar

    ​Kad Kredit:
    Utama RM 50 setiap kad setahun atau sebahagian daripadanya Tambahan RM25 setiap kad setahun atau sebahagian daripadanya

    ​Kad Caj:
    Utama RM50 setiap kad setahun atau sebahagian daripadanya Tambahan RM25 setiap kad setahun atau sebahagian daripadanya

  3. ​​​​​​​​​Kadar cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan mengikut bilangan dan jenis kad yang dikeluarkan iaitu samada kad utama atau kad tambahan. Sekiranya pengeluar kad mengeluarkan dua kad kredit utama iaitu Kad Visa dan Kad MasterCard, cukai perkhidmatan yang dikenakan ialah RMI00 (RM50 + RM50) walaupun kedua-dua kad berkenaan dikeluarkan kepada pengguna yang sama atau kedua-dua kad berkenaan dengan kongsi had kredit (joint credit limit). Sekiranya pengeluar kad mengeluarkan satu kad kredit utarna dan satu kad kredit tambahan, cukai perkhidmatan yang dikenakan ialah RM75 (RM50 + RM25).

Pengenaan Cukai

  1. ​​Secara ringkas, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad kredit atau kad caj dikeluarkan, atau diperbaharui atau pada setiap tarikh genap dua belas bulan selepas tarikh kad dikeluarkan atau diperbaharui. Berikut adalah tiga kaedah bila cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan:
  2. ​​Kaedah 1: Kad baru dikeluarkan dan tempoh sah untuk 1 tahun
    Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad dikeluarkan.

    Contoh:
    Satu kad kredit dikeluarkan pada 10 Januari 2010. Pengeluar kad kredit tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam bil (penyata bulanan) yang meliputi 10 Januari 2010.

      Kaedah 2: Kad baru dikeluarkan dan tempoh sah untuk beberapa tahun
      Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad dikeluarkan dan setiap tarikh selepas genap setahun.

    ​Contoh:
    Satu kad kredit baru dikeluarkanpada 8 Mac 2010 dan tempoh sah ialah untuk lima tahun. Pengeluar kad kredit tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 8 Mac 2010, 8 Mac 2011, 8 Mac 2012, 8 Mac 2013 dan 8 Mac 2014.

    ​​Kaedah 3: Kad dikeluarkan sebelum 1 Januari 2010 dan tempoh sah untuk beberapa tahun
    ​​Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh pembaharuan bagi tempoh genap setahun.

    ​Contoh:
    Satu kad kredit baru dikeluarkan pada 18 Mei 2008 dan, tempoh sah ialah untuk lima tahun, Pengeluar kad kredit tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 18 Mei 2010, 18 Mei 2011 dan 18 Mei 2012.

  3. ​​​​​Cukai perkhidmatan perlu dikenakan walaupun yuran atau fee tahunan tidak dikenakanoleh pengeluarkad.
  4. Bagi kes kad hilang, rosak, dicuri, diklon (cloned) atau dijangka klon (suspect cloning), cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas kad baru yang dikeluarkan untuk menggantikan kad yang hilang, rosak,dicuri, diklon atau dijangka klon dengan syarat tarikh bermula dan tarikh luput kad tidak berubah. Juga, cukai perkhidmatan tidak dikenakan jika had kredit bagi sesuatu kad konvesyenal dinaikkan memandangkan tiada kad baru dikeluarkan.
  5. Untuk kad yang dikeluarkan mengikut Hukum Syariah, cukai perkhidmatan, hendaklah dikenakan pada tarikh kad baru dikeluarkan jika tarikh luput kad baru tidak sama dengan tarikh luput kad lama. Jika tarikh luput kad baru sama dengan tarikh luput kad lama, maka cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad diperbaharui.
  6. ​Contoh 1: Tarikh Luput Tidak Sama
    Satu kad Bai Inah telah diperbaharui untuk tempoh lima tahun dari 1 Mei 2010 hingga 30 April 2015. Cukai perkhidmatan telah dikenakan pada 1 Mei 2010. Pada 25 Oktober 2010, pengguna kad dan pengeluar kad menandatangani satu akad untuk menaikkan had kredit. Kad baru telah dikeluarkan pada 1 November 2010 akibat perubahan had kredit. Tempoh sah bagi kad baru ialah dari 1 November 2010 hingga 31 Oktober 2015. Pengeluar kad Bai Inah tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 1 November 2010, 1 November 2011, 1 November 2012, 1 November 2013 dan 1 November 2014 walaupun cukai perkhidmatan telah dikenakan pada 1 Mei 2010.

    ​Contoh 2: Tarikh Luput Sama
    Menggunakan maklumat yang sama seperti Contoh 1 tetapi tempoh sah bagi kad baru ialah dari 1 November 2010 hingga 30 April 2015. Pengeluar kad Bai Inah tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 1 Mei 2010 (Yang telahdibayar ke atas kad lama), 1 Mei 2011, 1 Mei 2012, 1 Mei 2013 dan 1 Mei 2014.

  7. ​​Prinsip pengenaan cukai perkhidmatan di para 19 juga terpakai bagi kes-kes apabila kad dinaik atau diturun taraf (upgrade and downgrade) dan kad generik (generic card) ditukarkan kepada kad dwijenama (co-branded card) atau sebaliknya.
  8. Dalam kes dimana kad korporat (corporate card) ditukarkan kepada kad peribadi (personal card) atau sebaliknya, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad baru dikeluarkan walaupun tarikh luput kad baru sama dengan tarikh luput kad lama.
  9. Contoh:

    Pada 1 Mac 2010, cukai perkhidmatan telah dikenakan keatas satu kad korporat. Pada 25 Jun 2010, pengguna kad korporat berkenaan telah metletak jawatan dan memohon supaya kad korporat tersebut ditukar taraf menjadi kad peribadi. Kad baru telah dikeluarkan pada 1 Julai 2010 akibat pertukaran taraf. Tempoh sah bagi kad baru ialah dari 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2015. Pengeluar kad tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 1 Julai 2010, 1 Julai 2011, 1 Julai 2012, 1 Julai 2013 dan 1 Julai 2014 walaupun cukai perkhidmatan telah dikenakan pada 1 Mac 2010.

  10. ​​Bagi kes kad lama digunapakai semula selepas pengguna membatal kad (reinstatementcard), cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad baru dikeluarkan.

  11. Contoh:

    ​Pada 25 Mei 2010, seorang pengguna kad telah membatal kad kredit yang mana sah lakunya adalah bagi tempoh lima tahun mulai 1 Jun 2009 hingga 31 Mei 2014. Cukai perkhidmatan sepatutnya dikenakan pada 1 Jun 2010. Pada 18 Ogos 2010, pengguna berkenaan tukar fikiran dan membuat keputusan untuk menggunakan kad kredit lama.Kad kredit baru telah dikeluarkan pada 25 Ogos 2010. Tempoh sah bagi kad baru ialah dari 25 Ogos 2010 hingga 24 Ogos 2015. Pengeluar kad tersebut hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan dalam setiap bil (penyata bulanan) yang meliputi 25 Ogos 2010, 25 Ogos 2011, 25 Ogos 2012,25 Ogos 2013 dan 25 Ogos 2014. Pengeluar kad kredit tersebut tidak perlu mengenakan cukai perkhidmatan pada 1 Jun 2010.

  12. ​​​Cukai perkhidmatan perlu dikenakan walaupun kad kredit atau kad caj digunakan di Langkawi, Labuan, Tioman, Setulang Laut atau Pengkalan Kubor. Juga,cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas kad kredit atau kad caj yang dikeluarkan oleh cawangan pengeluar kad yang terletak di Langkawi, Labuan atau Tioman sekiranya pemiagaan utama pengeluar kad terletak dalam Malaysia.

    Pembayaran Cukai
  1. ​​Cukai perkhidmatan hendaklah genap masanya (becomes due) pada masa pembayaran diterima. Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian bayaran tidak diterima daripada pengguna dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh penyata bulanan, cukai perkhidmatan hendaklah genap masanya pada hari yang mengikuti tempoh dua belas bulan kalendar itu. Mana-mana cukai perkhidmatan yang genap masanya hendaklah kena dibayar dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh tamat yang kena dibayar cukai itu.

Contoh 1: Amaun Minima Dibayar Sepenuh

Kad kredit utama seseorang pengguna telah diperbaharui Pada 8 Ogos 2010. Dalam bulan Ogos 2010, pengguna berkenaan telah belanja sebanyak RM1,500. Amaun minima yang perlu dibayar ialah RM 125 (RM75 + RM50) dimana RM50 ialah cukai perkhidmatan yang kena dibayar. Pada 23 September 2010, pengguna membayar RM125. Jika tempoh bercukai pengeluar kad iaIah September hingga Oktober 2010, pengeluar kad tersebut hendaklah mengakaun cukai perkhidmatan bagi tempoh. bercukai berkenaan. Cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai September hingga Oktober 2010 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 November 2010.

Contoh 2: Amaun Minima Dibayar Separa

Menggunakan maklumat yang sama seperti Cohtoh 1 tetapi pengguna hanya membayar RM75 pada 23 September 2010. DaIam hal ini, jika tempoh bercukai pengeluar kad iaIah September hingga Oktober, pengeluar kad hendaklah mengakaun cukai perkhidmatan sebanyak RM50 daIam tempoh bercukai tersebut. Cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai September hingga Oktober 2010 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 November 2010.

Contoh 3: Amaun Minima Dibayar Separa Dan Tidak Cukup Untuk Bayar Cukai

Menggunakan maklumat yang sama seperti Contoh 1 tetapi pengguna hanya membayar RM40 pada 23 September 2010. DaIam bulan berikutnya, pengeluar kad hendaklah menuntut baki cukai perkhidmatan sebanyak RMI0 ke daIam amaun minima daIam penyata bulanan pengguna tersebut. Pengguna membayar baki RM10 pada 2 November 2010. Jika tempoh bercukai pengeluar kad iaIah September hingga Oktober, pengeluar kad hendaklah mengakaun cukai sebanyak RM40 daIam tempoh bercukai berkenaan. Baki RM10 hendaklah diakaunkan daIam tempoh bercukai November hingga Disember 2010. Cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai September hingga Oktober 2010 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 November 2010 manakaIa cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai November hingga Disember 2010 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011.

Contoh 4: Amaun Tidak Dibayar Langsung

Menggunakan maklumat yang sarna seperti Contoh 1 tetapi pengguna tidak membuat apa-apa bayaran. Penyata bulanan yang menunjukkan cukai perkhidmatan yang kena dibayar dikeluarkan pada 5 September 2010. DaIam hal ini, pengeluar kad hendaklah mengakaun cukai sebanyak RM50 daIam tempoh bercukai September hingga Oktober 2011 iaitu dua belas bulan dari tarikh penyata bulanan. Cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai September hingga Oktober 2011 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 November 2011.

Penalti

  1. PenaIti cukai perkhidmatan akan dikenakan sekiranya cukai perkhidmatan tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. PenaIti sehingga had maksima lima puluh peratus boleh dikenakan ke atas amaun cukai perkhidmatan yang tertunggak.

Pulang Balik Cukai

  1. Bagi kes kad dibatalkan dan tidak digunakan selepas tarikh pembaharuan, cukai perkhidmatan tidak perlu dikenakan dan diakaunkan jika cukai perkhidmatan belum dibayar. Jika cukai perkhidmatan telah dibayar selepas tarikh perbaharuan, pengeluar layak memotong cukai perkhidmatan yang telah dibayar daripada penyata cukai dengan syarat kelulusan pemotongan cukai (sistem kontra) telah diluluskan. Kemudahan dalam para ini tertakluk kepada had masa tiga bulan daripada tarikh pembaharuan.

​​Sistem Kontra Bagi Pembatalan Kad Selepas Pembaharuan

  1. ​Bagi kes kad dibatalkan dan tidak digunakan selepas tarikh pembaharuan, cukai perkhidmatan tidak perlu dikenakan dan diakaunkan jika cukai perkhidmatan belum dibayar. Jika cukai perkhidmatan telah dibayar selepas tarikh perbaharuan, pengeluar layak memotong cukai perkhidmatan yang telah dibayar daripada penyata cukai dengan syarat kelulusan pemotongan cukai (sistem kontra) telah diluluskan. Kemudahan dalam para ini tertakluk kepada had masa tiga bulan daripada tarikh pembaharuan.

​​ Back to Top ​​​​